Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Daftar Bisnes Sewa Kereta
    Kerjaya

    Cara Daftar Bisnes Sewa Kereta

    adminBy admin23/07/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Saya teringat kisah 15 tahun lalu masa zaman zaman belajar di Universiti. Masa itu kami kalau hendak berjalan ramai ramai dengan kawan mesti kena sewa kereta. Dan pada zaman tersebut juga, bisnes sewaan kereta memang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Di sana sini semua ada. Cuma kena ada duit sahaja. Kemudian masuk ke zaman pekerjaan, rakan sekerja saya masih ada yang buat duit dan menjana pendapatan dengan bisnes kereta sewa ini. Mudah cerita bisnes ini masih ada permintaan.

    Kemudian datang Uber dan kini diganti pula dengan GrabCar iaitu GRAB. Dan sehingga ke saat ini, kalau anda ingin buat duit dan menjana pendapatan dengan kenderaan, salah satu pilihan yang ada adalah dengan menjadi pemandu Grab. Ketika ini saya memang terfikir yang kerjaya pemandu teksi dan bisnes kereta sewa akan terkubur. Ini adalah pandangan saya secara peribadi yang tidak terlibat pun dalam dunia penyediaan penyewaan kereta. Hanya pandangan selaku pengguna sahaja.

    Contoh paparan bisnes kereta sewa melalui GoGreenMatrix
    Contoh paparan bisnes kereta sewa melalui GoGreenMatrix

    Buat Bisnes Kereta Sewa Mudah Dengan GoGreenMatrix

    Tetapi saya berasa pelik, salah satu syarikat sewa kereta popular seperti Go Green Matrix (Car Rental) berjaya membina syarikat sewaan kereta dan memberikan pulangan keuntungan kepada peserta. Terlalu banyak pemilik kereta sewa yang menjana pendapatan lumayan dengan platform car rental service dari Green Matrix Hub ini. Jadi ianya membuatkan saya terfikir semula bahawa perniagaan sewa kereta tetap dan masih mendapat permintaan tinggi. Kenapa?

    Contoh mudah. Sebuah keluarga ada seramai 6 orang ahli keluarga. Dan buat program camping di Perak untuk 2 hari. Kereta yang ada cumalah kereta sedan yang tidak cukup untuk membawa seramai 6 orang. Maka memang perlu untuk menggunakan kereta jenis MPV untuk perjalanan jauh dan selesa. Jadi di mana cara mudah untuk dapatkan kereta? Memang kena sewa kereta lah. Dan alhamdulillah, syarikat Go Green Matrix sudah ada cawangan di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

    Contoh order kereta sewa melalui platform Go Green Matrix
    Contoh order kereta sewa melalui platform Go Green Matrix

    Soalan. Kenapa kena buat bisnes kereta sewa melalui GoGreenMatrix? Terpulang sebenarnya. Cumanya bila anda sertai program kereta sewa melalui platform yang telah establish, telah terbukti berjaya dan dikenali ramai, maka mudahlah untuk anda sewakan kepada orang lain.

    Contoh, anda mahu buka homestay, anda promosilah sendiri. Rasanya susah hendak dapatkan customer. Tapi selepas anda guna platfom Facebook, website, Tiktok, IG, Mudah.my dan banyak lagi, maka mudahlah untuk homestay anda dicari dan dijumpai yang mana sudah tentu mudah pula untuk mendapatkan pelanggan. Setuju? Bisnes kereta sewa juga begitu. Baiklah, saya mulakan ringkasan berkenaan GoGreenMatrix ya.

    Pejabat GoGreenMatrix di Kota Warisan, Sepang, Selangor
    Pejabat GoGreenMatrix di Kota Warisan, Sepang, Selangor

    Apa Itu Green Matrix Hub

    • Green Matrix Hub (GMHUB) adalah program licensing bisnes kereta sewa
      di bawah jenama GoGreenMatrix
    • Berpengalaman sejak 2006
    • Jenama yang dikenali
    • Peluang dapat kereta percuma melalui program pajakan
    • Insuran kereta sewa (P2P)
    • Beli kereta tanpa bayaran muka (akan datang)
    • Membekal kereta sewa kepada syarikat insuran (akan datang)

    Apa maksud program licensing kereta sewa? Ianya bermaksud perniagaan kereta sewa berkonsepkan rakan niaga.

    Lokasi Cadangan Untuk Mudah Sewa Kereta

    • Lapangan Terbang
    • Stesen bas
    • Stesen keretapi
    • Jeti
    • Bandar utama di Malaysia

    Syarat Penyertaan Car Rental GoGreenMatrix

    • Yuran pendaftaran sebanyak RM300.
    • Keahlian sah selama 12 bulan.
    • Keahlian boleh diperbaharui setiap tahun.
    • Setiap tempahan dan bayaran yang diterima hasil pemasaran oleh HQ (Green Matrix), komisen sebanyak 20% akan dikenakan. Baki 80% akan dimasukkan ke dalam akaun peserta dalam masa tidak lebih 24 jam.
    • Setiap tempahan dan bayaran hasil pemasaran peserta, Green Matrix akan mengambil royalti sebanyak 1% untuk penggunaan jenama.
    • Tinggal/menyewa berdekatan lokasi yang dinyatakan.
    • Mahu menjadi jutawan kereta sewa dalam masa 3 tahun.
    • Merendah diri dan sentiasa ingin belajar.

    Apa Peserta Dapat?

    • 10 kali latihan secara online.
    • Group support Whatsapp.
    • Dokumen sewa (Softcopy)
    • Sistem tempahan kereta sewa online yang lengkap
    • Kemudahan CTOS
    • Bahan pemasaran (video/gambar)

    Objektif Program Green Matrix Hub

    • Mengurus berpuluh kereta sewa
    • Menjana sales pendapatan 5 angka sebulan
    • Keuntungan bersih minima 15% sebulan
    • Ada 3 orang pekerja
    • Mampu beli rumah bernilai RM1 juta
    • Ada simpanan emas 1KG
    • Konsisten bayar zakat, sedekah dan cukai

    Cara Daftar Green Matrix Hub

    • [ Homepage GoGreenMatrix ] – ini adalah paparan utama website untuk booking kereta sewa
      • 1) Buat bayaran RM300 di akaun Maybank : 511065549827 Green Matrix Services
      • 2) [ Link Daftar Green Matrix ] – ini adalah link pendaftaran jenis Google Form untuk menyertai program rakan niaga berkonsepkan licensing. Isi borang pendaftaran di sini. Jika tidak boleh, sila isi melalui Link Di Sini.
      • 3) Selesai langkah 1 & 2 ==> KLIK SINI Ini adalah untuk pemberitahuan kepada admin bahawa anda sudah berjaya buat bayaran dan mengisi borang pendaftaran
    • Tunggu admin masukkan anda di dalam group Whatsapp
    • Masuk Whatsapp group khas untuk latihan.
    • Selesaikan tutorial yang telah diberikan.
    • Hadir coaching Zoom pada Isnin 9 malam
    • DONE!!!

    GoGreenMatrix adalah program untuk menghasilkan usahawan kereta sewa termasuk sewaan motorsikal. Dengan kata lain, kalau anda anda kereta yang mahu disewa dan anda juga ada motor yang mahu disewakan, dan ada berminat untuk menjana pendapatan melalui bisnes sewaan. Maka program bisnes kereta sewa dari GoGreenMatrix ini adalah salah satu pilihan yang anda boleh cuba. Anda kena jalankan sendiri perniagaan sewaan kereta motor ini. Cumanya anda gunakan platform Go Green Matrix untuk anda mempromosikan dan mendapatkan customer pelanggan anda. Menarik? Kalau berminat klik sahaja link di atas ini untuk mendaftar. BYE!!!.

    Bisnes Kereta Sewa Bisnes Kereta Sewa Car Rental Green Matrix Car Rental GoGreenMatrix Car Rental Green Matrix Go Green Matrix GoGreenMatrix GreenMatrix Kereta Sewa Car Rental Green Matrix Kereta Sewa GoGreenMatrix
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Kursus Kemahiran Kereta Elektrik & Hibrid

    11/03/2025

    Daftar Kursus Kemahiran TVET Online

    05/03/2025

    Buat Duit Dengan Misi Express

    17/01/2025

    Part Time Internship Kedai Jual Kereta

    19/12/2024

    Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat

    28/08/2024

    Cara Jadi Rider Misi Rakyat

    28/08/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.