Ketika saya mempromosikan servis submit loan bank untuk hire purchase untuk individu yang mahu beli kereta secara direct owner. Banyak juga buyer yang bertanyaan tentang bank yang kami tawarkan. Mereka akan tanya samada kami boleh tolong apply dan submit loan di bank sekian dan sekian. Dan yang paling terbaru di blog ini ada yang membuat carian berkenaan cara kira loan kereta menggunakan pinjaman pembiayaan kenderaan dari Maybank.
Ini pendapat saya ya. Sebenarnya tidak kisah pun di bank mana anda buat loan pinjaman untuk pembelian kereta. Ianya lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza pun samada anda pilih loan jenis konvensional atau loan jenis islamik. Ramai sangat cakna dan mahu ambil tahu berkenaan jenis kadar interest kereta setiap bank tetapi hampir kebanyakkan langsung tidak bertanya samada loan yang diambil itu patuh syariah atau tidak. Hanya peringatan untuk diri sendiri dan kepada anda juga.

Cara Kira Loan Hire Purchase Maybank
Saya sebenarnya telah menulis dan berkongsikan panduan cara kira loan kereta di sini. Anda boleh klik dan baca kalau mahu. Simple dan mudah sahaja untuk faham. Cumanya kali ini, oleh kerana tajuknya adalah panduan cara kira loan kereta Maybank, maka saya ingin buat kelainan sedikit dengan kaedah yang lebih mudah dan senang. Sebabnya pihak Maybank sendiri ada menyediakan page halaman yang siap ada sekali dengan kalkulator untuk hire purchase untuk memudahkan anda sebagai pengguna. Bagaimana caranya.
Hire Purchase Loan Calculator Maybank
- [ Hire Purchase Loan Estimation ] – Kalkulator Loan Kereta Maybank untuk kiraan secara umum
- [ Islamic Hire Purchase Calculator ] – Kalkulator Loan Kereta Maybank untuk Islamik loan (paling tepat kiraan)
Dari 2 jenis kalkulator yang disediakan oleh Maybank, hanya islamik calculator yang tepat selepas saya membuat kiraan secara manual. Saya tidak pasti kenapa kalkulator yang pertama agak tidak tepat walaupun nilai pinjaman, kadar interest rate dan jumlah tahun yang saya isi untuk kedua dua kalkulator adalah sama. Kalkulator pertama bayaran bulanan adalah RM566 sedangkan kalkulator kedua memaparkan bayaran bulanan adalah RM629. Kalau saya buat kiraan manual, jawapan yang betul adalah RM629. Jadi sila gunakan kalkulator jenis islamik ya.

Ketika artikel ini ditulis, sebenarnya kadar interest rate bagi car loan dari Maybank adalah sekitar 3.4% setahun. Sebenarnya kadar interest rate untuk setiap individu adalah berbeza walaupun dari bank yang sama. Ianya bergantung juga kepada profil rekod pinjaman anda yang ada dari Maybank sendiri dan bank bank yang lain. Sebab itulah mereka akan semak Ctos, Ccris dan lain lain untuk menentukan kadar yang layak untuk anda.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya adalah broker penjual kereta baru untuk ke semua brand jenama yang ada dijual di Malaysia. Saya juga adalah broker penjual kereta recond. Anda juga boleh beli kereta terpakai di Carsome dan MyTukar (Carro) melalui saya. Saya juga ada menawarkan khidmat untuk submit dan apply loan kereta di bank untuk anda yang beli kereta terpakai terus dari owner. Hendak renew insurans kereta pun boleh. Saya harap panduan cara kira loan kereta Maybank di atas ini memudahkan anda. BYE!!!.