Antara bentuk pinjaman wang yang ditawarkan oleh pihak bank adalah seperti Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan juga Pinjaman Kenderaan. Biasanya inilah 3 bentuk loan yang boleh anda mohon dari institusi kewangan bank bank yang ada di Malaysia. Antara kaedah pengiraan bayaran bulanan (installment) yang paling mudah adalah untuk mengira pinjaman kereta. Jadi bila ada orang hendak tahu bagaimana cara kira interest loan kereta, maka ianya sebenarnya amat amatlah mudah. Dengan mengetahui akan jumlah interest loan kereta itu boleh membantu anda untuk membuat keputusan. Keputusan yang bagaimana? Mari saya kongsikan di sini.
Biasanya bila orang mahu beli kereta, majoriti rakyat Malaysia bukan ada cash tunai yang banyak. Contohnya mahu beli kereta Perodua Myvi dan ianya berharga RM50,000. Rasanya majoriti dari kita tiada cash tunai sebanyak itu betul? Oleh kerana tiada wang sebanyak itu, maka kita akan membuat pinjaman wang dari bank untuk membeli kereta bagi pihak kita. Apa proses yang berlaku? Pihak bank akan membeli kereta tersebut bagi pihak kita. Kereta tersebut adalah milik bank.
Bagaimana Kira Interest Loan Kereta
Bank telah beli kereta tersebut dengan harga RM50K. MUSTAHIL bank akan jual kepada kita dengan harga RM50K juga. Pihak bank juga mahu untung mereka. Contohnya mereka beli kereta dengan harga RM50K, mereka jual kepada anda dengan harga RM80K pula. Bolehlah mereka berbuat begitu? Sudah tentulah boleh. Itulah konsep ekonomi. Itulah konsep perniagaan. Memang kena ada untung, baru bisnes boleh jalan. Keuntungan itulah mereka akan bayar kedai, bayar gaji pekerja, bayar maintenance dan sebagainya.
Tetapi pihak bank tidak mengambil untung dengan cara tersebut. Mereka tidak jual kereta berharga RM50K yang dibeli sebelum ini dengan harga RM80K pula. Bank buat untung melalui “INTEREST”. Dalam bahasa melayu kita sebut ianya sebagai “BUNGA”. Dalam bahasa arab kita sebut ianya sebagai “RIBA”. Rasanya anda faham maksud saya bukan? Mereka akan kenakan interest pada jumlah wang pokok yang anda pinjam untuk membeli kereta tadi. Kalau ikut contoh tadi, anda beli kereta yang berharga RM50K, maka interest akan dikenakan terhadap RM50K ini. Jom kita kira berapa jumlah interest loan kereta yang dikenakan.
Ada banyak bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat dan sebagainya. Setiap bank mengenakan kadar interest yang berbeza. Biasanya mereka kenakan kadar untuk loan kereta seperti 2.5% – 3.9% setahun. Perbezaan kadar interest biasanya disebabkan oleh bank dan juga jenis model kereta yang anda ingin beli itu. Jadi mudah cerita, setiap bank tidak sama akan kadar interest yang mereka kenakan kepada anda.
Kita ambil 1 contoh ya. Anda beli kereta Perodua Myvi berharga RM50K. Dan anda mahu buat bayaran selama 9 tahun. Dan ada 3 bank yang menawarkan loan kereta kepada anda dengan contohnya loan kereta dari Maybank kenakan kadar interest sebanyak 3.4% setahun, Bank Islam 2.35% setahun dan Hong Leong pula sebanyak 3.24% setahun.
Kiraan Kadar Interest Loan Kereta Maybank
- RM50K x 3.4% setahun = RM1700 setahun
- RM1400 kadar interest setahun x 9 tahun = RM15300
Kiraan Kadar Interest Loan Kereta Bank Islam
- RM50K x 2.35% setahun = RM1175 setahun
- RM1600 kadar interest setahun x 9 tahun = RM10575
Kiraan Kadar Interest Loan Kereta Hong Leong Bank
- RM50K x 3.25% setahun = RM1625 setahun
- RM1550 kadar interest setahun x 9 tahun = RM14625
Selepas anda buat kira kira kadar interest loan kereta setiap bank selama 9 tahun, anda akan dapati memang kadar interest yang berbeza akan mempengaruhi jumlah keseluruhan interest loan kereta yang anda kena bayar. Lagi tinggi kadar interest, lagi tinggi jumlah bayaran bulanan yang anda kena bayar.
Ada 3 cara sahaja untuk kurangkan jumlah interest yang perlu anda bayar kepada pihak bank. Yang pertama sila berikan wang muka (downpayment) tinggi ketika membeli kereta. Jadi jumlah wang yang anda pinjam kepada pihak bank akan rendah. Bila rendah, sudah tentulah jumlah interest yang kena bayar balik pun rendah. Yang kedua sila pastikan tempoh bayaran balik pinjaman dipendekkan. Contohnya dari 9 tahun ke 7 tahun misalnya. Jadi jumlah interest akan dikira berdasarkan selama 7 tahun dan bukannya 9 tahun. Jadi kuranglah jumlah bayaran interest kepada pihak bank.
Car Loan Calculator Online
- [ Calculator Malaysia ] – anda boleh gunakan kalkulator online untuk terus kira bayaran bulanan loan kereta anda dengan mudah
- [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan kereta
- [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk pembiayaan kereta
- [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan hire purchase kereta
Dan cara yang ketiga pula adalah dengan mendapatkan pinjaman kereta dari pihak bank yang menawarkan kadar interest yang lebih rendah dari bank lain. Hendak cari perbandingan kadar interest rate setiap bank di mana? Melalui link di atas ini sahaja. Tetapi bagi saranan saya kepada kawan yang beragama Islam, dapatkanlah loan kereta dari jenis Islamik walaupun kadang kala kadar interest (profit rate) lebih mahal. Anda mahu keberkatan dalam hidup betul? Ini lebih penting. Terpulang kepada anda. Saya sudah kongsikan cara kira interest loan kereta di atas ini dengan anda. Harap anda dapat faham dengan mudah ya. Selamat mencuba.