Sebenarnya ramai yang bertanyakan tentang bagaimana bayaran bulanan (installment) loan kereta dikira. Mereka tidak tahu macam mana bayaran bulanan kereta dikira. Sebenarnya mudah sahaja. Cuma anda kena tahu asas matematiklah. Lepas sudah tahu, saya pasti anda akan mudah faham macam mana untuk kira percent interest loan kereta anda. Malah pengiraan installment kereta adalah tersangat mudah berbanding loan rumah atau personal loan. Kepada yang masih tidak tahu, mari baca penulisan saya ini. Baca satu satu agar anda tidak terlepas point yang penting ok.
Pengiraan percent interest loan kereta adalah jenis TETAP (Fixed). Ianya tidak berubah ubah seperti loan rumah. Bila tetap, maka sudah tentulah senang untuk kira. Biasanya bila anda membeli kereta, dan anda tidak ada wang tunai untuk membeli kereta secara cash. Maka anda kena buat pinjaman iaitu loan kereta. Anda kena pinjam duit dengan pihak bank. Dan pihak bank pula akan memberikan pinjaman kereta iaitu loan kereta atas nama “Hire Purchace”. Dan loan kereta dari setiap bank akan menawarkan kadar interest yang berbeza. Sebenarnya apa maksud interest ini?
Kadar Percent Interest Loan Kereta
“Interest” adalah bunga. Ianya adalah salah satu cara kaedah bank hendak buat duit. Contoh mereka berikan anda pinjaman wang sebanyak RM10K. Jadi anda kena pulang lebih dari RM10K. Kalau anda hanya pulang balik RM10K, bagaimana pihak bank hendak buat untung? Mereka bukan jual barang? Pihak bank bukan menjual kereta. Mereka hanya memberikan pinjaman wang. Jadi kaedah bank buat duit adalah dengan mengenakan kadar faedah yang biasanya kita sebut bunga atau INTEREST. Faham ya.
Bagaimana percent interest loan kereta dikira? Macam saya katakan tadi, setiap bank menawarkan dan mengenakan kadar interest yang berbeza. Contoh. Loan kereta Maybank menawarkan kadar interest sebanyak 3.4% setahun, CIMB pula 3.25% setahun, Public Bank pula sebanyak 3.31% setahun. Sudah tentulah pinjaman loan kereta dari CIMB yang paling rendah ketika ini iaitu 3.25% setahun yang paling baik kereta bayaran installment bulanan kereta anda akan lebih rendah dari bank lain.
Cara untuk kira percent interest loan kereta adalah sangat mudah. Anda hanya perlu tahu berapa kadar interest loan kereta dari pihak bank tersebut sahaja. Selepas itu mudahlah untuk mengira. Di bawah ini saya buat contoh mudah ya. Katakan anda mahu beli Perodua Myvi harga dalam RM45K. Anda mahu buat full loan kereta tidak mahu berikan wang muka (zero downpayment). Dan loan kereta yang anda ambil adalah dari Maybank yang menawarkan kadar interest loan kereta sebanyak 3.4% setahun. Dan anda mahu bayar loan kereta anda selama 7 tahun sahaja. Jom kira.
- Harga Kereta – RM45K
- Buat Pinjaman Loan Kereta (Full loan) – RM45K
- Kadar Interest Loan Kereta – 3.4% setahun
- Tempoh Bayar Loan Kereta – 7 tahun.
- Cara Kira Percent Interest Loan Kereta – RM45K x 3.4% setahun x 7 tahun = RM10710
Jumlah TOTAL keseluruhan untuk anda bayar interest loan kereta sahaja adalah RM10,710 selama 7 tahun. Dengan kata lain, jumlah anda kena bayar dengan bank ke semuanya adalah RM45K + RM10,710 = RM55,080. Jadi berapa pula bayaran bulanan kereta anda? Jom kita kira.
- Jumlah Loan Kereta – RM55,710
- Tempoh Bayar Loan Kereta 7 tahun = 84 bulan
- Cara Kira Installment Bulanan Loan Kereta – RM55,710 / 84 bulan = RM663.21 SEBULAN.
Jadi kalau anda beli kereta Myvi baru harga RM45K, dan guna loan kereta Maybank yang menawarkan kadar interest sebanyak 3.4% setahun dan ikat tempoh bayar balik selama 7 tahun, maka bayaran bulanan loan kereta anda adalah RM663.21 sahaja. Jelas? Faham?
Tetapi anda kena faham ya, bukan semua bank akan menawarkan kadar interest loan kereta (Hire Purchase) yang sama kepada kepada anda seperti orang lain. Kadang kala rekod pembayaran loan bank anda masa lalu juga mempengaruhi kadar interest rate yang akan ditawarkan kepada anda. Sebab itulah kadang kala berlaku keadaan di mana orang lain dapat kadar rate interest yang mungkin sedikit mahal atau murah berbanding anda walaupun dari bank yang sama.
Cara Mudah Buat Kira Kira Secara Online
- [ CarLoanCalculatorMalaysia ] – sila klik link ini dan ikuti panduan video di bawah ini tentang bagaimana cara untuk menggunakannya.
Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari kira kira percent interest loan kereta ini? Kesimpulannya adalah, kalau kita beli kereta RM45K, jumlah interest loan kereta yang anda kena bayar adalah lebih kurang dalam RM10K lebih. Sebab itulah, kalau anda hendak lebih jimat bayaran bulanan untuk membeli kereta, lebih baik kalau anda ada berikan duit muka (downpayment), tempoh ikat bayar balik lebih pendek macam 7 tahun dan ke bawah. Janganlah sampai 9 tahun. Dan cari kadar interest rate bank yang rendah. Anda akan dapati yang jumlah interest loan kereta yang anda kena bayar akan lebih jimat. Cubalah kira. BYE!!!.