Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Panduan Cara Semak Penyata CTOS Online

    adminBy admin29/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Di dalam proses urusan permohonan loan dari institusi kewangan BANK misalnya, pihak bank akan menilai kelayakkan pemohon dari status rekod CCRIS dan juga CTOS. Maknanya, jika anda mahu membuat pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pembiayaan ASB dan juga permohonan kredit kad, rekod kewangan anda di dalam sistem CCRIS dan juga CTOS akan disemak. Kalau kedua dua rekod ini bersih dan cemerlang, maka potensi permohonan pinjaman bank anda untuk diterima lulus sangat tinggi dan begitulah sebaliknya. Tahukah anda yang anda boleh semak penyata CTOS secara online dengan mudah?

    Saya tahu, pasti ada di antara anda yang akan bertanya apakah perbezaan CCRIS dan juga CTOS. Maaf saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan ini. Cuma dari fahaman dangkal saya, CCRIS merekodkan rekod pinjaman dan pembayaran anda dari loan yang telah dan pernah anda buat sebelum ini dari pihak bank. Sedangkan CTOS pula merekodkan rekod hutang yang anda pernah ada dari syarikat yang bukan bank seperti pinjaman Aeon, hutang Courts, hutang postpoid dan yang lain lain yang bukan bersifat bank.

    Semak Penyata CTOS Untuk Elak Blacklist Kredit CTOS
    Semak Penyata CTOS Untuk Elak Blacklist Kredit CTOS

    Semak Penyata CTOS Untuk Elak Blacklist Kredit CTOS

    Contoh mudah begini. Anda pernah langgan pakej internet. Kemudian anda tidak bayar dan internet dipotong. Tunggakkan tersebut kalau tidak dibayar akan masuk ke rekod CTOS. Anda pernah beli perabot dikedai. Anda tidak bayar berbulan bulan. Hutang kedai ini akan masuk ke CTOS report. Dan apa apa sahaja yang anda hutang di syarikat atau kedai yang selain institusi kewangan bank, maka semua ini akan masuk ke dalam senarai kredit CTOS. Di sinilah nama anda dimasukkan ke dalam senarai blacklist CTOS.

    Dengan adanya penyata dari CCRIS dan juga CTOS inilah yang akan menentukan samada permohonan pembiayaan loan dari pihak bank yang akan datang akan menentukan samada permohonan anda layak untuk lulus atau gagal.

    CRISS dan CTOS ini akan mencatatkan rekod tabiat pembayaran anda sepanjang 3 bulan, 6 bulan dan juga 12 bulan. Jadi kalau anda mahukan rekod dalam sistem ccris dan ctos anda bersih, sila pastikan anda bayar hutang anda secara tetap setiap bulan tanpa tunggakkan sepanjang 12 bulan sebelum anda memohon pinjaman loan yang baru untuk mudah lulus.

    Ringkasan senarai loan yang dipaparkan dalam sistem CTOS
    Ringkasan senarai loan yang dipaparkan dalam sistem CTOS

    Panduan Cara Mendapatkan CTOS Report

    • CTOS – sila ke website rasmi Ctos Malaysia
    • Register jika belum. Sila login selepas register
    • Sila klik “Purchase Report”
    • Sila masukkan password. Sila tandakan tick pada “I Agree… dan kemudian sila klik “Get Report”
    • Sila pilih mahu bayar guna Kad Debit/Kad Kredit atau Online banking (FPX). Sila tandakan tick pada “I Agree… dan kemudian sila klik “Checkout”
    • Selesaikan proses pembayaran
    • Jika selesai dan berjaya, sila klik pada “View MyCTOS Score Report”
    • Itulah dia paparan report CTOS anda.

    Sebelum ini saya pernah menulis dan berkongsikan cara semak CCRIS secara online. Dan untuk kali ini pula, saya mahu tunjukkan bagaimana cara untuk semak penyata CTOS pula secara online dengan mudah. Sila ikuti step cara caranya di atas ini ya.

    Di mudahkan cerita, anda boleh semak penyata CTOS dan juga penyata CCRIS secara online terus melalui website masing masing. Cuma bezanya, CTOS anda boleh terus register online untuk melihat penyata ctos tersebut. Berbanding ccriss, anda kena pergi ke bank negara terlebih dahulu untuk mendaftar dan mengaktifkan nombor telefon anda terlebih dahulu. Akhir sekali, nasihat saya, sila pastikan rekod pembayaran hutang pinjaman anda bersama bank haruslah cantik dan jangan buat hutang dengan mana mana syarikat luar kalau anda tidak mahu nama anda dimasukkan ke dalam senarai kredit CTOS. Bye!!!

    semak blacklist penyata CTOS semak penyata CTOS semak penyata CTOS di internet semak penyata CTOS online semak rekod CTOS semak report CTOS semakan penyata CTOS
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.