Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cooling Coil Preve Bocor Dan Tidak Sejuk
    Panduan

    Cooling Coil Preve Bocor Dan Tidak Sejuk

    adminBy admin29/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini aircond Proton Preve saya sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk. Kalau hari tidak panas, bawa kereta laju, hari hujan, atau waktu malam, memang akan rasa sejuk. Tetapi kalau hari panas, berteduh bawah pokok pun memang akan terasa bahang dan panas. Angin sejuk dari blower aircond ada rasa sejuk tetapi sangat sangat kurang. Yang buatkan saya syak yang cooling coil Preve saya bocor adalah kerana baju busuk yang kerap kali ter bau ketika kereta mula dihidupkan. Adakah cooling coil Proton Preve saya rosak dan sudah bocor?

    Kenapa saya suspect masalah berpunca dari kerosakkan cooling coil? Faktor utama adalah kerana BAU BUSUK. Tanyalah kepada mana mana pemilik kereta, kalau tiba tiba ada bau gas ke dalam kabin kereta dan aircond terasa tidak sejuk, biasanya memang berpunca dari cooling coil. Itu adalah tekaan saya yang pertama lah. Boleh jadi saya silap. Tetapi saya tetap bawa pergi kerja macam biasa. Sampai 2 bulan saya masih tidak buat apa apa kerana ianya bukan satu masalah besar buat saya ketika itu. Maklumlah bukan hendak jalan jauhpun. Hanya bawa kereta pergi balik ke tempat kerja sahaja.

    cooling coil Preve yang kotor dan bocor
    cooling coil Preve yang kotor dan bocor

    Masalah Cooling Coil Preve Dan Aircond Tidak Sejuk

    Tetapi selepas 2 bulan, rasanya saya pun tidak tahan juga. Bawa jugalah ke bengkel kereta dan beritahu masalah tersebut. Cumanya mekanik kurang bersetuju dengan pendapat yang kemungkinan cooling coil adalah puncanya. Kerana menurut beliau, kalau cooling coil bocor, sudah tentu tidak sejuk langsung kerana gas telah habis keluar. Tetapi aircond saya masih rasa sejuk kalau memandu pada waktu malam. Beliau saran untuk mereka buat check terlebih dahulu untuk cari punca masalah dan baru baiki kerosakkkan tersebut. Saya setuju.

    Sebenarnya saya berpengalaman menukar cooling coil pada kereta Proton Saga dulu. Bila sudah pernah kena, jadi fahamlah apakah simtom simtom kebocoran cooling coil kereta. Oleh kerana simtom nya adalah sama yang berlaku kepada kereta Preve saya, maka sudah tentulah tekaan awal saya ianya adalah disebabkan cooling coil Preve yang bocor. Tetapi saya suka dengan kejujuran bengkel kereta ini. Mereka tidak akan katakan ianya 100% berpunca dari cooling coil. Kena check dulu apa masalah, kenal pasti penyebab dan baru tukar barang yang rosak tersebut. Terbaik.

    Servis aircond kereta melayu islam bumiputera Pulau Pinang
    Servis aircond kereta melayu islam bumiputera Pulau Pinang

    Apa yang saya suka dari bengkel kereta ini? Pemilik bengkel adalah orang melayu yang sudah tentu muslim. Kalau anda adalah penyokong buy muslim first, maka sudah tentulah kita akan cari bengkel orang Islam terlebih dahulu. Sokong mereka. Kalau mereka berikan servis yang baik, kita boleh terus sokong. Kalau mereka berikan servis buruk, memang saya tidak akan datang lagi selepas itu. Alhamdulillah saya sudah hampir 3-4 kali mendapatkan perkhidmatan berkenaan aircond untuk kereta Saga, Myvi dan Preve saya. Semuanya baik. Maka saya berpuas hati untuk kembali lagi.

    Selepas mereka membuka dashboard dan masukkan tekanan gas baru, memang serta merta ada dengar bungi angin keluar dari cooling coil. Jadi memang sahlah yang kerosakkan tersebut berpunca dari cooling coil yang bocor. Cumanya faktor kenapa kalau bawa kereta waktu malam atau hari hujan masih terasa sejuk aircond adalah kerana gas yang berbaki masih ada dan belum habis 100%. 

    Berapa kos untuk tukar sebuah cooling coil kereta yang baru? Semasa saya tukar cooling coil untuk kereta Proton Saga saya dulu, saya kena bayar RM580. Jadi saya sudah dapat agakkan yang harga bagi menukar dan memasang sebuah cooling coil yang baru pastilah dalam lingkungan RM500-RM600. Alhamdulillah, cooling coil Proton Preve ini berharga RM550 sahaja termasuk kos upah pemasangan dan juga gas aircond. Yang paling saya suka kedai bengkel ini adalah mereka suka ingatkan untuk datang ke bengkel mereka semula kalau ada berlaku apa apa masalah berbangkit dalam tempoh waranti. Terbaik.

    Harga cooling coil Proton Preve
    Harga cooling coil Proton Preve

    Mencari Cooling Coil Proton

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli cooling coil kereta Proton di sini

    Ini adalah pengalaman saya menukar cooling coil Preve yang bocor kerana saya mengesan bau dan aircond tidak sejuk pada hari panas. Anda juga boleh baca penulisan artikel saya berkenaan aircond tidak sejuk kerana temperature enjin naik yang berpunca dari kerosakan kipas radiator. Anda boleh baca dua artikel ini untuk mendapatkan gambaran ringkas part bahagian manakah dalam sistem aircond kenderaan kereta yang mungkin rosak atau bermasalah ketika aircond kereta tidak berasa sejuk. BYE!!!.

    Beli Cooling Coil Proton Preve Cooling Coil Cooling Coil Preve Cooling Coil Proton Preve Cooling Coil Proton Preve Berbau Cooling Coil Proton Preve Bocor Harga Cooling Coil Proton Preve Tukar Cooling Coil Proton Preve
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.