Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri
    Takaful/Insurans

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    adminBy admin01/09/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam saya sempat bertanya kepada rakan sekerja yang baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan jalan raya menggunakan motosikal. Patah tulang kaki agak teruk. Terpaksa buat pembedahan dan dimasukkan beli di dalam betis peha kaki. Tidak bekerja selama setahun. Nasib baik ada insurans kesihatan dari isteri beliau yang seorang pekerja Petronas. Bolehlah dapat bilik first class dan coverage tinggi di atas RM100K. Kalau ikutkan medical coverage tempat kerja beliau cuma RM40K sahaja maksimum.

    Saya ada pakcik, meninggal dunia ketika menaiki motosikal akibat termasuk ke dalam parit. Saya ada saudara yang pernah accident motosikal ketika mahu ke tempat kerja di Singapore dan terus jadi OKU 100% sehingga kini dan tidak lagi boleh bekerja. Dan isteri saya sendiri pernah kemalangan menaiki kereta ketika mengambil selekoh jalan. Ketika bercakap tentang menggunakan kenderaan, risiko kemalangan yang mengakibatkan keselamatan nyawa dan kecederaan adalah topik yang sangat penting sebenarnya.

    Coverage perubatan We Kongsi setinggi RM1 juta
    Coverage perubatan We Kongsi setinggi RM1 juta

    Pelan Perubatan We Kongsi Sesuai Untuk Seisi Keluarga

    Kesimpulan, majoriti dari kita akan dimasukkan ke hospital kalau bukan kerana ada sakit, penyakit atau disebabkan oleh kemalangan jalan raya sahaja. Dengan kata lain, jika anda sakit, ada penyakit atau kemalangan jalan raya, anda pasti akan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Cumanya di dalam sesetengah keadaan, masalah kesihatan anda terlalu serius sehinggan perlu mendapatkan rawatan yang menelan masa yang lama dan kos perubatan yang sangat tinggi. Jika ini berlaku, anda sudah bersiap sedia dengan keadaan tersebut?

    Contoh. Anda kemalangan jalan raya. Masuk bilik pembedahan. Kaki kena masuk besi. Kos paling murah besi adalah ribuan ringgit walaupun anda di hospital kerajaan. Anda ada duit? Contoh, anda sakit berat. Perlu rawatan perubatan segera. Pergi hospital kerajaan dapat date tarikh rawatan yang berikutnya agak lama. Anda sanggup menunggu lama?

    Kos rawatan kemalangan setinggi RM10K dan faedah kematian adalah sebanyak RM10K
    Kos rawatan kemalangan setinggi RM10K dan faedah kematian adalah sebanyak RM10K

    Tidak kisahlah macam mana keadaan pun. Kalau anda adalah seorang suami atau pasangan yang perlu kerja untuk cari duit. Dan masuk ke hospital pula terpaksa hilang mata pencarian seketika. Adakah anda bersedia dari segi kewangan ketika itu? Ramai sahaja yang mengalami keadaan seperti ini namun ramai pula yang mengabaikan persediaan jika bencana seperti ini berlaku dikemudian hari.

    [ Caruman Medical Card Isteri Naik Lagi ] – Ini adalah kisah sebenar bagaimana bayaran caruman permium kad perubatan isteri saya terus naik dan naik lagi. Ramai pengguna medical card yang menghadapi keadaan seperti ini. Sampai satu titik tidak lagi mampu untuk melanggan dan menggunakan medikal kad. Terpaksa terminate.

    Bayaran perkongsian bil perubatan ahli We Kongsi bulan Ogos 2025 cuma RM31.72 SEORANG
    Bayaran perkongsian bil perubatan ahli We Kongsi bulan Ogos 2025 cuma RM31.72 SEORANG

    [ Perlindungan Perubatan Murah Untuk Anak ] – Sejak anak dimasukkan ke wad kanak kanak di hospital kerajaan yang macam tin sardin, saya sedar yang ianya tidak menyelesakan bagi anak dan isteri yang terpaksa teman anak tidur di dalam wad katil hospital pada hari tersebut. Jadi saya mencari pelan perubatan yang murah untuk anak saya selepas itu.

    Berdasarkan kisah rakan sekerja saya yang accident patah kali dan dimasukkan besi. Jumlah kos rawatan beliau di hospital swasta adalah sebanyak RM140K. Kalau guna perlindungan kesihatan tempat kerja beliau cuma RM40K sahaja. Nasib baik ada medical coverage si isteri yang bekerja di Petronas.

    Tempat kerja isteri saya pula TIDAK ADA apa apa pelan insurans kesihatan dan kemalangan. Jadi beliau perlu mencarum insurans kesihatan diluar yang mahal dan terus menerus menjadi mahal. Kalau beliau tidak bekerja selepas ini, siapa yang mahu bayar caruman insurans beliau. Saya sendiri selaku suami sudah ada komitment yang tinggi.

    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Anak pula tidak ada apa apa pelan perlindungan kos perubatan kerana kami suami isteri melanggan insurans kesihatan keluarga ketika kami belum dikurniakan anak. Selepas sudah ada anak, mahu tambah anak di dalam polisi insurans kami, kena langgan pakej yang baru. Saya ada darah tinggi. Kalau terminate plan lama, sudah tentu saya tidak layak untuk meneruskan langganan pelan insurans yang baru. Jadi apa yang perlu saya buat untuk saya, isteri dan anak ada perlindungan kos perubatan dan dalam masa yang sama murah iaitu mampu milik? Jawapannya adalah anak dan isteri kena join program perubatan WE KONGSI!!!

    Daftar/Register We Kongsi

    • [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
    • [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
    • [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.

    We Kongsi bukan syarikat insurans atau takaful. Ianya adalah program perkongsian bil perubatan hospital sesama ahli yang terlibat. Bayaran bulanan akan serendah RM0 dan setinggi RM90 sahaja setiap bulan. Tidak tetap. Kenapa tidak tetap? Sebab setiap bulan bil hospital mana sama. Ada orang kena RM100, ada yang kena RM1000, ada yang kena RM10K dan lebih. Jadi share kongsi kongsi bayar bil perubatan ahli We Kongsi yang masuk ke wad hospital setiap bulan adalah tidak sama. Berminat klik link daftar di atas ini atau hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    09/07/2025
    We Kongsi melalui TPA EMAS menawarkan kelebihan outpatient di klinik swasta panel dengan RM10 sahaja

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025
    Langgan pelan perlindungan perubatan yang murah untuk anak isteri di We Kongsi

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025
    Medikal kad pelan perlindungan perubatan We Kongsi dalam bentuk digital

    Pelan Perlindungan Perubatan Mampu Milik Bawah RM100 SEBULAN

    04/01/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Sangat mudah booking servis Lalamove on-demand melalui Easyparcel

    Cara Booking Penghantaran Segera On-Demand

    01/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.