Ceritanya begini. Ketika saya baru pertama kali beli dan tinggal di rumah jenis tingkat tinggi seperti flat, pangsapuri, apartment dan juga kondominium. Sudah pastilah kepada mereka yang ada kereta lebih dari 2 buah biji terpaksa parking kenderaan di luar kawasan perumahan. Bila terpaksa parking luar dan jauh, maka risiko kereta kena khianat, rosak atau kena curi adalah risiko yang terpaksa di hadap oleh pemilik kenderaan. Dan telah terjadi 2-4 kali kes di mana tayar sport rim kereta kena curi. Dan isu ini membuatkan saya tidak senang duduk.
Maklumlah rumah yang saya beli hanya tawarkan 1 petak parking kereta sahaja. Siapa yang ada kereta lebih dari 1, wajib parking kereta di luar kawasan perumahan. Park kereta guna konsep siapa cepat dia dapat. Saya yang memang selalu sampai lambat ketika balik dari kerja, terpaksa parking kereta di tempat yang agak jauh. Sudahlah jauh, sempit dan gelap pula kawasan parking tersebut. Siap ada tagline lagi iaitu “Park At Your Own Risk” sebab management hanya akan bertanggungjawab kepada kereta yang kena khianat di dalam kawasan perumahan sahaja. Ermm terpaksa terima.
Skru Pengunci Tayar Kereta (Special Lock Nut/Anti Theft)
Kes tayar sportrim kereta kena rembat? Ada yang hilang 1 tayar. Ada yang hilang 2 tayar. Dan yang paling teruk hilang keempat empat tayar sport rim sekaligus. Menang kesian. Kalau hilang “tayar” pun sudah terasa beban kos. Kalau hilang tayar dengan “sport rim” sekali memang berkali kali terasa beban kos. Kena pula kalau tayar sportrim tersebut cantik dan berharga mahal, mestilah pemilik kereta akan terasa kecewa sangat sangat. Jadi apa tindakkan yang boleh menghalang dari kes kecurian sport rim kereta berlaku?
Anda kena faham, apabila pencuri mahu mencuri tayar kereta yang biasanya mereka mahu mencuri “sportrim”. Maka benda yang paling penting bagi memudahkan tugas untuk mencuri adalah dengan membuka skru pada tayar kereta itu sendiri. Dan skru ini disebut sebagai “WHEEL LOCK NUT”. Dalam bahasa Malaysia kita sebut sebagai skru pengunci tayar kereta. Jelas? Faham?
Dan memang biasa yang skru kunci tayar kereta ini menggunakan design dan saiz yang lebih kurang sama sahaja. Dan sudah tentulah si pencuri pasti sudah ada alat yang biasa untuk membuka skru pada tayar kereta kita. Jadi untuk mengurangkan potensi si pencuri tayar kereta berjaya membuka skru adalah dengan menggunakan “Anti-Theft Lock Nut / Special Lock Nut Rim”. Ianya skru anti kecurian atau skru jenis special yang akan menyukarkan proses untuk membuka skru tayar kereta anda.
Gambar pertama di atas ini adalah gambar skru kunci tayar yang biasa. Dan gambar kedua pula adalah salah satu skru pengunci tayar yang jenis anti theff atau special yang berbeza bentuk. Dan bentuk skru yang berbeza inilah yang akan si pencuri tiba tiba ketiadaan tools alat khas untuk membuka skru tersebut yang akhirnya akan menggagalkan operasi untuk mencuri tayar sport rim kereta anda. Jelas? Faham?
Berapa banyak hendak beli? Nasihat bengkel kereta, tidak perlu beli banyak pun. Hanya beli yang 1 set ada 4 skru pun sudah cukup memadai. Hanya gunakan 1 sahaja skru berbeza (anti theft/special) untuk setiap tayar kereta. Contohnya jika sportrim anda menggunakan 4 skru setiap tayar, maka selepas ini 3 skru gunakan skru yang sama macam biasa dan hanya 1 skru sahaja gunakan skru yang berbeza atau special ini. Jelas? Faham? Lihat video di atas ini.
Wheel Lock Nut Kereta
- [ Shopee ] – Cari dan beli skru anti-theft special untuk tayar sport rim kereta secara online
Ini hanyalah panduan usaha untuk mengurangkan kebarangkalian kecurian sahaja dan bukan 100% pasti berjaya!!!. Dan antara sebab sebab kenapa sportrim kereta anda mudah kena curi adalah ianya dari saiz yang mendapat permintaan tinggi. Saiz sport rim tayar kereta yang mudah kena curi adalah seperti saiz 14, 15 dan 17 inci. Dan tayar sport rim yang gunakan 4 skru adalah antara yang mudah kena curi sebab demand tinggi. Itu dari data statistik kecurian tayar kereta lah. Berminat beli skru anti kecurian? Klik sahaja link di atas ini. BYE!!!.