Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 21
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Enjin Kereta Proton Preve Tiba Tiba Berasap
    Info

    Enjin Kereta Proton Preve Tiba Tiba Berasap

    adminBy admin17/08/2024No Comments3 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Kisahnya bermula begini, ketika rehat rehat santai dalam kereta sambil buka aircond, tiba tiba suhu sejuk aircond kereta Proton Preve saya blm saya berubah. Mula mula sejuk dan kemudian hilang sejuk. Kipas blower fan aircond berpusing dan ada rasa angin tetapi tidak rasa sejuk. Cuba matikan enjin dan buka semula. Aircond sejuk kembali tetapi beberapa minit kemudian tidak sejuk. Itulah dia tanda tanda yang terdapat masalah yang akan berlaku kepada kereta Preve saya pada waktu petang itu.

    Waktu petang balik kerja terus hidupkan enjin dan buka aircond. Tetapi dalam hati ada perasaan bimbang. Ternyata ianya sejuk. Saya pun bawa kereta untuk perjalanan beberapa kilometer. Dan tiba tiba apa yang saya bimbangkan terjadi. Suhu sejuk yang ada rasa sejak tadi tiba tiba menjadi tidak sejuk. Kipas blower fan berfungsi tetapi tidak sejuk. TIBA TIBA, terlihat asap putih keluar dari bonnet kereta bahagian enjin. Terus berhentikan kereta dan matikan enjin. Ingatkan asap dari kenderaan hadapan, rupanya dari ruangan enjin kereta sendiri.

    Contoh gambar kawasan suis relay Proton Preve

    Suhu Enjin Proton Preve Tinggi Kerana Suis Relay Rosak

    Cepat cepat matikan kereta. Dan terus buka bonet kereta hadapan kawasan enjin. Ternyata yang berasap tadi adalah wap air akibat dari air penyejuk kereta (coolant) menggelegak panas dan temperature suhu enjin menunjukkan maksimum. Tetapi berasa pelik kerana berpendapat sepertinya enjin kereta masih hidup. Bila ditinjau, rupanya kipas radiator masih berpusing laju. Yang saya lakukan adalah berhenti sementara untuk menyejukkan enjin dan mengisi semula air radiator yang telah kering (bahagian simpanan). Isi semula air di bahagian simpanan.

    Selepas itu sambung perjalanan semula tanpa membuka penyejuk aircond sambil perhatikan suhu temperature di panel meter. Nasib suhu tidak melonjak tinggi tetapi tidak berani untuk membuka aircond takut memberikan beban kepada enjin dan meninggikan suhu enjin. Apabila sampai ke rumah, perkara tidak diingini berlaku. Selepas enjin kereta dimatikan, kipas radiator terus berpusing dan kemudian mati. Setelah beberapa minit berlaku, kipas radiator berpusing kembali dan kemudian mati semula. Dan selepas itu terus berpusing tanpa henti walaupun enjin sudah dimatikan. 

    Nasib ada jiran yang pandai dalam hal berkenaan enjin kereta. Dan mereka ada rakan yang juga baru sahaja terjadi dalam seminggu lalu dan kebetulan masalah yang sama dan jenis kenderaan yang sama seperti saya iaitu Proton Preve. Yang beliau buat adalah menarik wayar cable yang menyambungkan kipas radiator untuk berhenti. Dan setelah dicabut wayar berkenaan, kipas radiator pun berhenti. Yang kedua pula beliau check komponen yang bernama “SUIS RELAY” di bahagian berdekatan bateri kereta kawasan elektronik. Dan ternyata suis relay sudah terbakar.

    Suis relay switch kipas fan radiator untuk kereta Proton
    Suis relay switch kipas fan radiator untuk kereta Proton

    Mencari Suis Relay Kereta Proton

    • [ Shopee ] – cari dan beli relay switch kereta Proton di sini

    Keesokkan harinya saya tukar suis relay yang baru di bengkel kereta dan masalah enjin kereta overheat sudah selesai. Masalahnya saya tidak jelas kenapa enjin kereta boleh overheat sedangkan kipas radiator fan masih berpusing? Biasanya masalah enjin overheat adalah kerana radiator fan tidak berputar untuk menyejukkan enjin dan juga radiator. Jawapan yang saya dapatkan adalah, oleh kerana kerosakkan suis relay, maka kipas radiator tidak berputar dengan maksimum seperti yang dikehendaki. Memang berpusing tetapi tidak cukup untuk menyejukkan enjin. Owh begitu rupanya. Anda pernah terkena kes yang hampir sama dengan kisah saya?

    Suis Relay Proton Suis Relay Radiator Fan
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.