Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Friday, June 6
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Apa Itu ICE, EV, BEV, HEV, PHEV Dan FCEV
    Beli Kereta Baru

    Apa Itu ICE, EV, BEV, HEV, PHEV Dan FCEV

    adminBy admin09/09/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Adakah anda sudah biasa dengar atau terbaca dengan terma terma seperti kereta ICE lah, kereta EV lah dan term lain seperti BEV, PHEV dan juga FCEV. Adakah anda faham akan maksud dan perbezaan tersebut. Jika tidak, mari saya jelaskan kepada anda secara ringkas. Tidak perlu pening kepala. Ianya hanyalah terma yang dibuat oleh pengeluar kenderaan bagi meng-kategorikan segmen kereta yang mereka keluarkan. Masing masing ada pro dan con. Jom teruskan pembacaan anda.

    Kereta ICE

    Maksud “ICE” adalah “internal combustion engine” iaitu enjin yang berfungsi secara pembakaran. Secara mudahnya enjin yang gunakan minyak petrol dan diesel yang melalui proses pembakaran ini disebut sebagai kenderaan yang menggunakan enjin jenis ICE.

    Kereta ICE, EV, BEV, HEV, PHEV Dan FCEV
    Kereta ICE, EV, BEV, HEV, PHEV Dan FCEV – Image credit to https://www.lifewire.com/ (Julie Bang)

    Kereta EV

    • Kereta BEV : Maksud “BEV” adalah “battery electric vehicle”
      • Bergantung sepenuhnya dengan kuasa elektrik dari bateri untuk bergerak. Kereta elektrik hanya menggunakan kuasa daripada bateri untuk menggerakkan motor dan tiada enjin.
    • Kereta HEV : Maksud “HEV” adalah “hybrid electric vehicle”
      • Kereta dikuasakan oleh enjin pembakaran petrol/diesel dan juga motor elektrik (bateri hybrid) untuk bergerak. Tiada soket pengecasan. Bateri hibrid dicaj semula melalui proses brek regeneratif (regenerative braking). Apabila brek ditekan, tenaga daripada kelajuan kenderaan ditukarkan kepada tenaga untuk pengecasan bateri hibrid.
    • Kereta PHEV : Maksud “PHCE” adalah “plug-in hybrid electric vehicle”
      • Kereta dikuasakan oleh enjin pembakaran petrol/diesel dan juga motor elektrik. TETAPI kereta PHEV boleh mengecas semula bateri dengan cara plug-in. Dalam erti kata lain, kereta anda boleh menggunakan lebih banyak kuasa motor elektrik berbanding kereta HEV sekaligus anda mampu merasai lebih penjimatan petrol.
    • Kereta FCEV : Maksud “FCEV” adalah “fuel cell electric vehicle”
      • Kereta FCEV menggunakan bahan bakar hidrogen sebagai sumber bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik. Anda hanya perlu isikan hidrogen (H2) pada tangki gas kereta anda. Dan hidrogen ini akan ditukarkan kepada tenaga elektrik yang disimpan di dalam bateri yang mana tenaga ini ini akan digunakan oleh motor untuk menggerakkan kereta.

    Maksud EV itu sendiri adalah “Electric Vehicle” iaitu kenderaan elektrik. Cumanya kereta elektrik terbahagi kepada 4 jenis buat masa sekarang iaitu kereta BEV, HEV, PHEV dan juga FCEV.

    Contoh kereta ICE yang popular di Malaysia adalah seperti Proton Saga, Perodua Myvi, Toyota Vios, Honda City atau mana mana kenderaan yang masih menggunakan minyak petrol/diesel sebagai bahan utama iaitu tenaga untuk menggerakkan kereta.

    Pandangan Hadapan Tepi Kereta MG4
    Pandangan Hadapan Tepi Kereta MG4
    Pandangan Hadapan BYD Seal Putih
    Pandangan Hadapan BYD Seal Putih
    Pandangan Hadapan Tepi GAC GS3 Emzoom Biru
    Pandangan Hadapan Tepi GAC GS3 Emzoom Biru

    Contoh kereta BEV yang popular di Malaysia adalah seperti kereta Tesla, BYD, Chery, MG, GAC, Smart Brabus, Tesla Model S, BMW i3, Porsche Taycan dan lain lain. Ini adalah kereta yang sepenuhnya menggunakan bateri untuk menggerakkan kereta. Kereta elektrik yang dijual di pasaran Malaysia majoritinya adalah dari jenis BEV.

    Contoh kereta HEV yang popular di Malaysia adalah seperti kereta Honda CRZ, Hyundai Ioniq, Toyota Prius C, Toyota Camry Hybrid, Honda Jazz Hybrid dan Nissan X-Trail Hybrid dan lain lain. Kelebihan kereta HEV adalah penggunaan minyak adalah tersangat sangat menjimatkan sehingga 50% dari kereta ICE yang biasa.

    Contoh kereta PHEV yang popular di Malaysia adalah seperti kereta BMW X5, 330e, Mercedes C350e, Volvo S90, Volvo XC60 T8, Mitsubishi Outlander PHEV dan BMW X5 xDrive45e dan lain lain.

    Contoh kereta FCEV yang popular di Malaysia adalah seperti kereta Toyota Mirai.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.

    Di Malaysia kebanyakkan kereta masih lagi menggunakan minyak petrol sebagai bahan tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Tetapi trend semasa menunjukkan kereta elektrik jenis BEV mula meningkat naik lagi lagi dengan kemasukkan dan kebanjiran kenderaan elektrik dari negara China. Kalau anda berminat hendak beli kereta baru dari apa apa brand model jenama kereta, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Submit dokomen pun secara online sahaja. Whatsapp saya ok. BYE!!!.

    Apa Itu Kereta BEV Apa Itu Kereta EV Apa Itu Kereta FCEV Apa Itu Kereta HEV Apa Itu Kereta ICE Apa Itu Kereta PHEV
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Beli Kereta BYD Sealion 7 Baru Malaysia

    14/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.