Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Friday, August 15
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar
    Info

    Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar

    adminBy admin11/03/2025Updated:16/04/2025No Comments6 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sebelum ini saya sudah kongsikan cara untuk jual kereta yang masih ada hutang loan bank di sini. Penulisan tersebut lebih kepada bagaimana untuk jual kereta anda kepada buyer yang ada duit cash tunai atau anda jual sahaja di Carsome atau MyTukar (Carro). Namun anda tetap kena ada duit cash extra untuk topup kalau kereta anda dijual lebih rendah dari jumlah baki hutang loan kereta yang anda masih ada. Cuma kali ini saya ingin berkongsikan panduan cara jual kereta anda yang masih belum habis bayar dengan cara CONTRA. Berminat?

    Begini ceritanya, saya adalah ejen marketing bagi sebuah kedai used car yang menawarkan mendapatkan loan di bank kepada anda yang beli kereta terpakai secara direct owner. Dan ketika saya aktif mengiklankan servis ini dan mendapat ramai customer yang berminat mendapatkan loan untuk kereta terpakai untuk direct buyer, maka ramai dari owner kereta yang masih ada baki loan kereta dengan pihak bank. Maknanya mereka masih ada hutang dengan bank iaitu masih belum habis bayar. Dan kebetulan onwer kereta tidak ada duit untuk buat full settlement.

    Boleh jual kereta belum habis bayar dengan cara buat contra loan di bank
    Boleh jual kereta belum habis bayar dengan cara buat contra loan di bank

    Jual Kereta Yang Belum Habis Bayar Loan Bank

    Katakan pemilik kereta Perodua Myvi masih ada loan kereta sebanyak RM30K. Dan beliau tidak mampu untuk terus guna kereta dan bayar installment bulanan kereta tersebut. Kalau hendak jual di kedai used car pula hanya boleh laku terjual dengan harga RM25K. Dan beliau tidak ada duit untuk topup lagi RM5K dengan pihak bank. Maka beliau memang kena jual kereta kepada direct buyer dengan harga minima RM30K bagi selesaikan terus hutang kereta beliau dengan pihak bank.

    Persoalannya, adakah boleh bakal pembeli kereta beliau membeli kereta beliau dengan cara buat loan baru untuk tutup hutang loan lama? Jawapannya adalah BOLEH!!!!. Inilah yang di namakan sebagai kontra (CONTRA)!!!. Adakah kedai used car yang saya recommend ini boleh membantu anda dalam hal ini. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan beberapa syaratlah. Dan syarat ini ditetapkan oleh pihak bank ya dan bukan kedai used car ini sendiri.

    Sijil pemeriksaan tukar milik inspection Puspakom yang lulus
    Sijil pemeriksaan tukar milik inspection Puspakom yang lulus

    Syarat Untuk Buat Kontra Loan Kereta

    • Pemilik kereta mesti selesaikan ujian Puspakom
    • Pemilik kereta wajib menurunkan cap jari (thumbprint) MyEG atau e-Auto untuk tukar nama di kedai used car yang diwakili
    • Bakal pembeli mendapatkan loan kereta menggunakan loan (hire purchased) dari bank yang sama dengan pemilik asal kenderaan tersebut

    Baik, saya terangkan secara detail kenapa anda perlu buat perkara di atas ini. Proses puspakom adalah proses untuk memastikan kereta yang mahu dijual adalah dalam keadaan selamat dan boleh dipandu. Ini adalah bagi memastikan hak pembeli dan pemilik baru kereta tersebut memiliki sebuah kenderaan yang patut, boleh dan layak dijual. Jelas? Faham?

    Tukar Nama MyEG Di Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ
    Tukar Nama MyEG Di Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ

    Proses tukar nama perlu dilakukan di kedai used car seperti di kedai kami. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kedai used car memang ada alat khas untuk anda turunkan cap jari secara terus yang mana sistemnya di link terus dengan sistem JPJ. Dengan kata lain, anda dengan kedai used car mestilah berada di negeri yang sama. Kedai used car kami adalah di Pulau Pinang. Adalah mudah jika anda adalah pemilik kereta juga dari Penang. Jadi mudah dan cepat.

    Syarat ini adalah dari pihak bank sendiri. Tujuannya adalah apa? Tujuannya adalah bagi memastikan pemilik lama kereta serius mahu jual kereta. Dan kedai used car menjadi orang tengah. Dan pihak bakal pemilik baru layak untuk apply loan kereta yang baru. Dan barulah pihak bank akan membenarkan proses submit loan baru di lakukan kerana pemilik kereta memang hendak jual kereta kerana telah melakukan proses tukar nama di kedai used car ini. Dan proses CONTRA iaitu tutup loan lama dengan loan kereta yang baru boleh dilakukan. Jelas? Faham?

    Kenapa kena guna loan hire purchased dari bank yang sama? Sudah nama pun untuk buat kontra. Sudah pastilah pihak bank yang sama sahaja membenarkan kaedah ini dilakukan. Jelas? Faham?

    Kesimpulan, jika owner kereta tidak ada duit untuk buat full settlement untuk selesaikan baki tunggakkan pinjaman kereta yang beliau ada. Maka beliau kena jual kereta beliau yang belum habis bayar secara direct buyer bagi mendapatkan pembeli yang mahu membeli kereta beliau dengan harga sedikit tinggi atau sama dengan jumlah baki semasa hutang kereta beliau dengan pihak bank.

    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner
    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner

    Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car

    • Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus. Kalau loan gagal, kami pulangkan RM100 deposit anda. Setuju?
    • Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
    • Proses Tukar Nama/Geran : RM300. Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
    • Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Bagaimana dengan pihak pembeli (buyer) pula? Tidak perlu untuk sama negeri dengan kedai used car kami atau sama negeri pemilik yang mahu jual kereta. Katakan kedai used car dan owner yang mahu jual kereta dari Penang. Anda sebagai bakal buyer pula dari Selangor. Pihak kedai used car yang akan uruskan proses submit loan berserta invois jual kereta kepada bank. Jika permohonan anda lulus, maka anda hanya perlu sign agreement loan bank di bank cawangan Selangor sahaja. Setel. Di atas ini adalah caj yang pihak kedai used car kami kenakan ya.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ Ejen Dealer Carsome/MyTukar ] – Jika anda tiada buyer dan mahu dapatkan bantuan untuk tolong jualkan kereta anda di kedai used car atau di carsome/mytukar/carro, maka kami boleh bantu anda dengan submit maklumat kereta anda di sini.

    Kalau anda mahu jual kereta yang belum habis bayar dan sudah ada direct buyer, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Kalau anda tidak ada ready buyer dan tidak kisah jual kereta di Carsome, boleh dapatkan bantuan saya juga melalui link Whatsapp di atas ini ya. Jika berminat dengan servis di atas ini, sila hubungi saya sekarang juga ya. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.