Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Kad NFC Touch ‘n Go

    adminBy admin03/09/2024Updated:05/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Masih ramai pengguna lebuhraya (highway) yang menggunakan kad Touch ‘n Go yang biasa. Dan mereka membuat bayaran laluan palang tol menggunakan kad tersebut. Dan mereka reload kad TnG mereka di stesen minyak, di mesin Kiosk TnG atau di laluan kaunter bayaran tol untuk topup kad TnG mereka. Sebenarnya ini adalah cara lama yang masih ramai gunakan kerana merasa selesa dengan cara tersebut atau kurang cakna berkenaan teknologi terkini. Sebenarnya pihak Touch ‘n Go ada mengeluarkan kad terbaru mereka yang menggunakan teknologi NFC bagi menggantikan kad Touch ‘n Go  yang lama. Anda tahu?

    NFC bermaksud “Near Field Communication”. Ianya berfungsi untuk berkomunikasi secara electronic dalam range yang dekat. Dan kad Touch ‘n Go yang ada fungsi NFC akan berinteraksi dengan alat (device) yang ada fungsi NFC untuk melakukan tugasan dalam julat jarak yang dekat juga. Macam sistem bluetooth tetapi lebih pantas. Dan apa tujuan pihak Touch ‘n Go perkenalkan kad TnG NFC? Untuk mudah reload kad TnG. Ini adalah sebab paling utama.

    Cara add Kad NFC Touch 'n Go di eWallet TnG
    Cara add Kad NFC Touch ‘n Go di eWallet TnG

    Kad Touch ‘n Go Jenis NFC

    Pihak Touch ‘n Go ada perkenalkan aplikasi TnG eWallet. Dan anda boleh gunakan app TnG ini untuk buat pembayaran secara cashless dengan mudah. Dan segala transaksi penghantaran wang atau pembayaran akan ditolak terus melalui dompet digital eWallet Touch ‘n Go ini. Dan ketika anda menggunakan kad NFC TnG ini, ianya akan membuat bayaran laluan palang tol terus melalui akaun eWallet TnG anda. Mudah bukan? Dengan kata lain, jika anda hendak topup kad Touch ‘n Go anda, anda hanya perlu reload sahaja akaun eWallet Touch ‘n Go sahaja. Jelas? Faham?

    Sejak saya menggunakan kad Touch ‘n Go jenis NFC ini, rasanya hampir tidak pernah saya melakukan reload di stesen minyak. Saya reload sahaja eWallet aplikasi TnG dan gunakan kad NFC seperti biasa. Mudah dan senang.

    Harga Kad NFC Touch 'n Go
    Harga Kad NFC Touch ‘n Go

    Cara Daftar Kad NFC Touch ‘n Go Di eWallet

    • [ Shopee ] – sila beli dan dapatkan kad NFC Touch ‘n Go di sini
    • [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini
    • Sila lakukan tambah nilai eWallet TnG terlebih dahulu
    • Kemudian sila klik “TNG Card”
    • Sila klik pada tanda “+”
    • Sila pastikan fungsi NFC telah dihidupkan pada smartphone anda
    • Sila dekatkan kad NFC pada smartphone anda
    • Klik pada “Tap Now” untuk mula scan kad NFC
    Nombor serial pada kad RFiD Touch 'n Go
    Nombor serial pada kad RFiD Touch ‘n Go
    • Masukkan 10 digit nombor serial kad NFC
    • Pada “Prefered Card Name” sila masukkan nama yang mahukan supaya mudah ingat
    • Sila tandakan tick pada “Pursuant to the services herein, I agree….”
    • Akhir sekali sila klik pada “Add”
    • Done!!!.

    Proses untuk tambahkan (add) kad NFC Touch ‘n Go pada eWallet TnG sebenarnya mudah sahaja. Kalau anda masih kurang faham, saya jemput anda untuk tonton sahaja video di bawah ini. Saya harap saya telah memudahkannya untuk anda faham.

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Aplikasi Touch ‘n Go adalah salah satu mobile wallet yang paling popular di Malaysia. Saya sendiri salah seorang yang sangat aktif menggunakan eWallet dari Touch ‘n Go ini. Saya pergi kedai runcit, pasaraya, restoran kedai makan atau apa apa yang melibatkan pembayaran pasti saya akan gunakan eWallet TnG ini. Dan kalau anda berminat mendapatkan kad Touch ‘n Go jenis NFC ini, sila klik melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

    Kad NFC TnG Kad NFC Touch 'n Go NFC TnG NFC Touch 'n Go TnG NFC Touch 'n Go NFC
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.