Website ini telah menerima jumlah trafik yang tinggi berkenaan artikel yang saya tulis bertajuk kereta jimat minyak di Malaysia ini. Dan jumlah visitor yang banyak ini adalah kerana kerajaan Malaysia sedang dalam rangka untuk rasionalisasi harga minyak petrol dan diesel di Malaysia. Kesannya adalah kita akan melihat kenaikkan “harga baru” untuk minyak petrol dan diesel di Malaysia selepas ini. Harga minyak petrol RON95 masih kekal dengan harga RM2.05 seliter. Selepas ini harga minyak pasti akan naik menghampiri RM3 seliter dan sudah tentu pengguna kereta akan cenderung mencari kenderaan yang jimat minyak. Inilah isunya.
Saya adalah pengguna kereta Proton Preve. Saya memang ulang alik pergi kerja naik kereta 100%. Kos minyak petrol sehari adalah dalam RM15. Peningkatan harga minyak dari RM2.05 kepada RM3 misalnya adalah kenaikkan sebanyak 50%. Dengan kata lain, selepas ini kos minyak kereta saya ulang alik dari rumah ke tempat kerja dari RM15 sehari akan bertambah menjadi RM22.50. Sudah tentu keadaan ini akan memberikan tekanan kewangan kepada saya yang memang bergantung kepada kereta untuk ulang alik ke tempat kerja setiap hari.
Beli Kereta Perodua Jimat Penggunaan Minyak Petrol
Apa alternatif yang saya perlu lakukan? Saya kena ubah cara saya ke tempat kerja. Yang pertama selepas ini saya kena pergi kerja naik motor. Dan cara yang kedua pula saya terpaksa menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Mungkin dari pakai Proton Preve yang jelas kuat makan minyak kepada menggunakan kereta Perodua yang terbukti jimat minyak. Jadi kalau saya memang mahu gunakan kereta Perodua atas sebab ingin jimat minyak, kereta model yang manakah yang paling jimat minyak?
Kisah dan cerita saya di atas ini adalah sama dengan apa yang orang lain rasakan. Kepada yang ada motor, mungkin boleh pergi kerja naik motosikal sahaja. Dan kepada yang tidak ada motor di rumah, dan kereta adalah pengangkutan utama, dan dalam masa yang sama tidak mampu menanggung kos sara hidup dari segi kos minyak kereta yang tinggi, maka mereka ini pasti akan mencari kereta apa yang jimat minyak. Dan untuk artikel kali ini saya hanya ingin fokus kepada model kereta keluaran syarikat automotif Perodua sahaja.
Senarai Kereta Jimat Minyak Perodua
- Perodua Axia – 27.4KM / 1 liter
- Perodua Bezza – 22KM / 1 liter
- Perodua Myvi – 21KM / 1 liter
- Perodua Ativa – 18.9KM / 1 liter
- Perodua Alza – 22KM / 1 liter
- Perodua Aruz – 15.6KM / 1 liter
Kiraan penggunaan minyak petrol (fuel consumption) adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Perodua sendiri berdasarkan penggunaan mode “Eco Idle”. Mungkin ada perbezaan dengan penggunaan sebenar di atas jalan raya oleh pemilik kereta Perodua kerana faktor berat bilangan penumpang, cara memandu, jenis kelajuan dan sebagainya. Namun info di atas ini adalah sebagai rujukan asas sahaja ya.
Dari perkongsian di atas, jelas menunjukkan kereta Perodua Axia, Bezza, Myvi dan juga Alza adalah yang paling jimat sekali. Ke empat empat buah kenderaan ini menggunakan teknologi enjin dan juga kotak gearbox yang hampir sama. Jadi atas sebab itu sudah tentulah keputusan penggunaan minyak iaitu fuel consumption nya adalah lebih kurang sama. Harap maklum ya.
Dan kereta perodua Ativa dan juga perodua Aruz antara yang kurang penjimatan minyak. Kenapa? Pertama sekali anda kena faham, perodua Ativa menggunakan enjin yang berbeza. Ianya menggunakan enjin dari kapasiti 1.0L iaitu enjin dengan saiz kecil tetapi menggunakan “turbo” untuk meningkatkan kuasa output enjin. Jadi penggunaan minyak sedikit kurang cekap tetapi masih jimat kalau bandingkan dengan kereta dari brand lain yang lebih kurang cekap penggunaan minyak petrol.
Perodua Aruz pula adalah satu satunya kenderaan buatan Perodua yang paling kurang jimat penggunaan minyak. Kenapa? Faktor pertama adalah kereta Aruz adalah kenderaan jenis SUV yang paling berat dalam keluarga Perodua. Dan faktor yang kedua pula adalah disebabkan Aruz satu satunya kenderaan yang masih menggunakan kotak gearbox jenis 4 AT berbanding ke semua kereta keluaran Perodua yang sudah beralih menggunana kotak gearbox jenis D-CVT yang cekap menggunakan bahan api bakar petrol.
Yang bagusnya dengan syarikat automotif Perodua ini, mereka memang mengiklankan jumlah penggunaan minyak petrol (oil fuel consumption) di website rasmi mereka. Ya mereka berani dan yakin yang kenderaan buatan mereka memang jimat minyak. Dan itu adalah kekuatan yang ada pada kenderaan buatan Perodua. Memang tidak dapat di nafikan.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Perodua ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Saya harap perkongsian mengenai senarai kereta jimat minyak dari Perodua ini memberikan info yang berguna kepada anda. Selamat membeli kereta baru Perodua. BYE!!!.