Perodua Ativa adalah sebuah kereta baru Perodua di dalam line up keluaran Perodua. Ianya adalah sebuah kereta dalam segmen SUV yang kecil. Mula mula terfikir juga kenapa perlukan Ativa jika perodua sudah ada Alza dan juga Aruz. Rupa rupanya Alza adalah dalam segmen MPV. Dan Aruz pula dalam segmen SUV 7 seaters. Jadi perodua memerlukan segmen suv yang lebih kecil maka terhasillah Perodua Ativa baru 5-seaters SUV. Dan ketika ianya dilancarkan terjadi isu kecil berkenaan keupayaan kereta ini. Kenapa?
Untuk maklumat anda, Perodua Ativa adalah sebuah kereta jenis “SUV” tetapi kapasiti enjin yang ditawarkan adalah sebesar 1.0L sahaja. Setakat ini, hanya kereta Axia sahaja yang gunakan enjin 1.0cc. Jadi secara logiknya Perodua Ativa dengan body yang lebih besar dan berat, pastikan kurang berkeupayaan untuk membawa muatan yang lebih berat. Tetapi jangan lupa, trend sekarang banyak pengeluar kenderaan menghasilkan kereta dengan menggunakan kapasiti enjin yang lebih kecil untuk jimat minyak dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan enjin dengan penggunaan TURBO!!!.
Harga Perodua Ativa Baru
Ya, perodua Axia adalah 1.0cc tanpa turbo. Tetapi Perodua Ativa adalah 1.0cc dengan turbo. Maka dalam kes Ativa, hendak cakap enjin kurang berkuasa adalah kurang tepat. Antara kereta yang sesuai dibandingkan dengan Ativa adalah Nissan Almera. Ini adalah kerana Nissan Almera baru hanya didatangkan dengan kapasiti enjin sebenar 1.cc turbo sahaja. Dengan kata lain, saiz enjin Ativa dan Almera adalah sama sahaja. Kalau kereta sedan Almera pun boleh bawa badan yang besar tanpa masalah, maka sudah tentulah Perodua Ativa baru pun tidak ada masalah.
Kuasa (HP) & Torque (Nm)
- Perodua Axia (non turbo) – 67HP & 91Nm
- Perodua Ativa (with turbo) – 98HP & 140Nm
- Nissan Almera (with turbo) – 99HP & 152Nm
Di atas ini saya kongsikan secara ringkas output kuasa enjin antara Perodua Axia, Perodua Ativa dengan Nissan Almera. Jadi anda akan faham perbezaan tersebut dan kenapa enjin 1.cc pada Ativa adalah relevan. Ok selesai bab enjin.
Spesfikasi Kereta Perodua Ativa
- 1.0 liter 1KR-VET VVT-i DOHC 3 silinder Turbo (98HP/140Nm)
- Gearbox : D-CVT
- Segmen : SUV 5-seaters
- Jarak Roda : 2525mm
- Panjang : 4065mm
- Lebar : 1710mm
- Tinggi : 1635mm
- Luas Bonet : 303L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, TC, BA, VSC, HSA,
- Berat : 1020KG
- Tangki Minyak : 36L
- Penggunaan minyak (fuel consumption) : 18.9KM per liter
Kelebihan Perodua Ativa
- Jimat minyak. Hanya guna 1 liter untuk 18.9KM jarak perjalanan kerana ada fungsi Eco Idle
- Ciri keselamatan yang bagus
- Sesuai untuk dijadikan kereta GRAB kerana faktor kereta jimat minyak petrol
- Ada sistem ASA 3.0 (Advanced Safety Assist) untuk keselamatan ketika pemanduan
Sekarang zaman kena beli kereta jimat minyak. Kenapa? Sebab harga minyak petrol sekarang pun RM2.00 untuk 1 liter. Ketika kerajaan akan menghapuskan subsidi minyak, maka harga minyak akan naik menjadi RM3 dan ke atas. Ketika ini berlaku, sudah tentulah ramai yang akan mula memilih untuk mencari dan membeli kereta yang jimat penggunaan minyak. Dan Perodua Ativa adalah salah satu darinya.
Jom Submit Loan Perodua Ativa Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PERODUA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Perodua Ativa baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Ativa ini atau model kereta selain Ativa juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive Perodua Ativa secara online melalui saya. Selamat membeli kereta Ativa baru. BYE!!!.