Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Perodua
    Perodua

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Perodua

    adminBy admin16/11/2024Updated:20/11/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Setiap hujung tahun, syarikat automotif akan menawarkan penurunan harga iaitu diskaun dalam bentuk “rebate” kepada bakal pembeli kereta baru. Ini adalah amalan biasa bagi mana mana syarikat penjual kenderaan termasuk PERODUA. Setiap awal tahun sudah ditetapkan target jualan dan mana mana kereta yang belum habis terjual untuk tahun tersebut, akan diberikan rebate dalam bentuk pengurangan harga dan juga insentif lain agar stok kereta yang masih ada terjual dan mencapai sasaran jualan untuk tahun tersebut.

    Jadi, adakah Perodua Malaysia ada menawarkan promosi diskaun rebate untuk jualan kereta baru Perodua sebelum tamatnya hujung tahun ini? Jawapannya adalah YA!!!. Pembelian kereta baru hujung tahun dengan rebate ada pro dan con. Namun bagi pendapat peribadi saya, saya lebih ke arah kelebihan berbanding kekurangan. Saya kongsikan dahulu perbandingan beli kereta awal tahun depan dan hujung tahun ini. Sebab akhir sekali ianya adalah pilihan anda sendiri kerana andalah yang akan beli, bayar dan gunakan kereta tersebut. Jelas? Faham?

    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Perodua
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Perodua

    Diskaun | Rebate Kereta Perodua Baru Akhir Tahun

    Kelebihan/Kekurangan Beli Kereta Baru Perodua Awal Tahun Depan

    • Sebuah kereta baru dengan tahun dibuat adalah terkini iaitu tahun depan
    • Sebuah kereta baru dari stok terkini iaitu tahun depan
    • Harga jualan sebagai kenderaan terpakai adalah lebih mahal sebab tahun masih baru
    • Kekurangannya pula adalah harga semasa kereta baru awal tahun tidak ada diskaun rebate

    Kelebihan/Kekurangan Beli Kereta Baru Perodua Akhir Tahun Ini

    • Harga lebih murah kerana adanya diskaun rebate
    • Kekurangan adalah, kereta akan dianggap berumur 1 tahun lebih tua pada awal tahun hadapan
    • Kekurangan adalah, kereta akan dianggap stok tahun lepas
    • Kekurangan adalah, harga jualan sebagai kenderaan terpakai adalah lebih rendah kerana dianggap sudah berumur 1 tahun lebih tua berbanding beli kereta awal tahun hadapan

    Sebenarnya tidak ada istilah betul atau salah samada ingin beli kereta baru hujung tahun ini atau awal tahun depan. Ianya berbalik kepada apa yang anda mahukan.

    Kalau anda ingin kereta yang anda beli itu mempunyai nilai jualan balik iaitu resale value yang tinggi, maka anda kena beli kereta baru Perodua awal tahun hadapan. Kalau anda tidak kisah tentang nilai harga resale value sebab anda hanya ingin gunakan kereta tersebut dalam waktu yang lama, maka beli kereta baru Perodua pada hujung tahun adalah pilihan terbaik sebab dapat harga yang lebih murah dengan adanya promosi diskaun rebate harga. Jelas? Faham?

    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru
    Kereta Perodua Axia Paling Jimat Minyak Petrol
    Kereta Perodua Axia Paling Jimat Minyak Petrol
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah

    Rebate Perodua Axia

    • No Rebate
    Rebate Perodua Bezza
    • No Rebate

    Rebate Perodua Myvi

    • No Rebate
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Alza Hitam
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Alza Hitam
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa
    Rebate Perodua Ativa
    • Rebate RM1500
    Rebate Perodua Alza
    • No Rebate
    Rebate Perodua Aruz
    • Rebate RM4000

    Untuk tahun 2024, setakat ini tidak ada apa apa promosi rebate untuk kereta baru Perodua kecuali Perodua Aruz. Rasanya tidak pelik kerana kereta keluaran syarikat automotif Perodua adalah paling laris di Malaysia. Dengan kata lain, boleh dikatakan tidak ada begitu banyak model keluaran Perodua yang tidak habis dijual sebelum penghujung tahun. Nampaknya untuk tahun 2024, hanya Perodua Aruz yang mendapatkan rebate. Tahun lalu iaitu tahun 2023, Perodua Ativa yang dapat rebate. Jadi setiap tahun berbeza bergantung kepada keadaan.

    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Aruz Biru
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Aruz Biru

    Jika anda tidak kisah samada kereta baru Perodua anda dari stok lama dan memang mahu dapatkan kenderaan baharu dengan lebih murah dan jimat. Anda boleh beli kereta sekarang juga. Kereta lama bukan bermaksud kereta terpakai. Ianya adalah kereta baru. Cuma stok untuk tahun tersebut tidak mencapai target jualan dan harus dijual dengan harga murah, diskaun dan diberikan rebate untuk meningkatkan jumlah jualan model kereta tersebut sebelum tamatnya akhir tahun tersebut.

    Contoh sekarang sudah masuk bulan 11 tahun 2024. Lagi 2 bulan akan masuk awal tahun 2025. Anda tidak kisah beli kereta stok tahun 2024, maka kelebihannya adalah anda beli kereta baru dengan harga rebate dan bayaran bulanan anda sudah tentu akan jadi lebih rendah. Jelas? Faham?

    Jom Submit Loan Untuk Kereta Perodua Secara Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Nissan, Honda, Toyota, Mitsubishi, Proton dan juga PERODUA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Perodua ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Perodua secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta Perodua baru dengan murah dan jimat. BYE!!!.

    Rebat Akhir Tahun Perodua Rebat Hujung Tahun Perodua Rebat Kereta Baru Perodua Rebate Akhir Tahun Perodua Rebate Hujung Tahun Perodua Rebate Kereta Baru Perodua
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia

    Beli Kereta Baru Paling Murah Bayaran Bulanan

    24/03/2025
    Perbezaan harga kereta terpakai Bezza dan Saga untuk model tahun yang sama

    Kenapa Beli Perodua Bezza Berbanding Proton Saga

    13/11/2024
    Penggunaan minyak petrol fuel consumption kereta Perodua Axia

    Senarai Kereta Perodua Yang Paling Jimat Minyak

    11/10/2024
    Gambar spark plug kereta Perodua Myvi

    Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi

    03/10/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.