Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, June 22
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Kereta Recond Harga Bajet Murah Bawah RM100K
    Kereta Recond

    Kereta Recond Harga Bajet Murah Bawah RM100K

    adminBy admin08/09/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Masa awal awal mempromosikan dan menjual kereta import terpakai dari Jepun, saya memang memfokuskan kepada kenderaan jenis mewah. Tetapi seiring dengan waktu, saya sebenarnya juga mendapat banyak pertanyaan tentang kereta recond dari kategori murah, bajet dan mampu milik. Contohnya kereta yang dijual dibawah harga RM100K. Malah ada kereta yang mereka minta itu adalah kereta yang memang banyak ada dijual di pasaran kereta terpakai di kedai used car. Persoalannya, kenapa mereka mahu beli kereta recond tetapi harga murah?

    Biasanya orang mahu beli kereta recond sebab mahukan kereta yang dibawa masuk secara import, jenis terpakai, jenis mewah mahal tetapi sedikit lebih murah dari harga pasaran tempatan. Dan yang lebih penting adalah pasti ianya lebih berkualiti dengan apa yang dijual di Malaysia. Biasanya sebab inilah kenapa ada orang sanggup beli kereta import terpakai ini. Cumanya saya sendiri tidak sangka ada ramai juga yang mahu beli kereta import terpakai kategori murah dan mampu milik iaitu bawah RM100K. Ada kah?

    Gambar kereta recond Toyota Passo
    Gambar kereta recond Toyota Passo

    Cari Kereta Import Terpakai Mampu Milik?

    Ada orang mahukan kereta recond Toyota Vios. Ada yang mahukan kereta recond Honda City, ada yang mahukan kereta recond Honda Civic Hybrid eHev, ada yang telah beli kereta recond Toyota Passo, ada yang mahukan kereta recond Toyota Wish. Ada yang mahukan kenderaan recond Toyota Coaster dan lain lain. Dengan kata lain, demand terhadap kereta recond harga murah bawah RM100K memang ada. Masalahnya saya ada seorang ejen bagi kedai kereta import terpakai jenis mewah. Jadi mahu tidak mahu saya perlu kerjasama dengan kedai kereta recond yang memang ada menjual kenderaan bawah RM100K. Jom tengok.

    Apakah kriteria jenis kedai kereta recond yang saya pilih untuk saya tolong promosikan kereta mereka? Kalau mereka ada ciri ciri ini, maka saya dengan berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka untuk tolong menjual kereta bagi pihak mereka kepada pelanggan yang berminat. Sebab paling utama adalah mesti kena ada trusted.

    Kedai menjual kereta import terpakai Sinar Auto Sdn Bhd
    Kedai menjual kereta import terpakai Sinar Auto Sdn Bhd

    Kriteria Kedai Kereta Recond Terpercaya

    • Menjual kereta recond dengan gred 3.5 dan ke atas
    • Boleh berikan auction report sheet kereta tersebut
    • Boleh SCRUT kereta
    • Boleh dapatkan nombor chasis kenderaan
    • Boleh bawa keluar untuk buat inspection
    • Ada jaminan waranty
    • Boleh buat loan bank

    Majoriti kereta terpakai yang di bawa masuk secara import ke dalam pasaran Malaysia adalah melalui pusat lelongan iaitu auction house di negara tersebut contohnya samada di Japan atau UK. Dan kereta yang melalui pusat lelongan akan disertakan sekali dengan jenis gred tersebut selepas pemeriksaan dibuat. Jika kedai gagal untuk berikan laporan auction, maka tidak ada kejujuran di situ menurut saya.

    Scrut Thumbnail
    Scrut Thumbnail
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai. Sila baca artikel ini untuk belajar cara check rekod kereta recond secara online.

    Kalau kedai kereta recond tidak mahu memberikan nombor chasis kenderaan yang anda mahu beli, itu maknanya mereka tidak mahu anda membuat semakan tentang kondisi kenderaan tersebut ketika di bawa masuk ke pasaran Malaysia. Sila elak beli sebab takut takut kereta yang anda mahu beli itu adalah bekas kereta kemalangan atau kereta bekas banjir.

    Kedai kereta yang membenarkan kereta di showroom mereka untuk dibawa keluar untuk buat pemeriksaan inspection sendiri oleh anda, menunjukkan mereka yakin dengan kualiti kenderaan import terpakai yang mereka jual di kedai mereka. Jika tidak, anda boleh elak beli kereta dari mereka.

    Saya tidak suka beli kereta guna loan kedai. Beli motor bolehlah guna loan kedai. Kereta harga mahal. Macam mana kedai ada bajet untuk benarkan kereta mereka dibeli terus gunakan loan kedai? Lainlah kalau guna AEON kredit. Lebih baik cari kedai yang boleh tawarkan loan bank.

    Jaminan perlindungan kereta import terpakai dari Ezcare Warranty untuk tempoh 7 tahun
    Jaminan perlindungan kereta import terpakai dari Ezcare Warranty untuk tempoh 7 tahun
    • [ Ezcare ] – Ini adalah salah satu penyedia servis yang menawarkan jaminan waranti selama 1-7 tahun kepada pemilik kereta recond. Jika anda membeli kereta recon dan perlukan perlindungan jaminan warranty untuk kereta anda, sila hubungi Ezcare Warranty.

    Akhir sekali, sila pastikan kedai kereta recond ada menawarkan sekali jaminan warranty. Di pasaran ada ditawarkan pelbagai jenis pelan warranty untuk kereta recond. Barulah ada keyakinan hendak beli dan guna kereta recond. Paling tidak, jika ada kerosakkan, tidaklah anda bimbang dengan kos untuk baiki kereta terbabit.

    Antara kereta mpv jenis bajet dan dijual di bawah harga RM100K adalah seperti Daihatsu Taft, Toyota Tank, Toyota Roomy, Honda N-Box, Suzuki Swift dan lain lain.

    Gambar Belakang Kereta Recond Honda NBox Warna Biru
    Gambar Belakang Kereta Recond Honda NBox Warna Biru
    Gambar Depan Kereta Recond Honda NBox Warna Putih
    Gambar Depan Kereta Recond Honda NBox Warna Putih
    Kereta import terpakai Suzuki Swift Sport
    Kereta import terpakai Suzuki Swift Sport
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Taft G Turbo
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Taft G Turbo

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta import terpakai, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.

    Akhir sekali kenapa kena beli kereta recond murah bawah RM100K dari kami? Ke semua kriteria kedai yang menjual kereta recond ini mempunyai rekod servis layanan pelanggan yang baik. Anda boleh dapatkan auction report, tahu gred kereta, ada jaminan warranty selepas pembelian, boleh loan bank dan lain lain. Boleh datang tengok kereta dan test drive. Berminat, hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Kereta Recond Bawah RM100K Kereta Recond Bawah RM150K Kereta Recond Harga Bajet Kereta Recond Jimat Kereta Recond Mampu Milik Kereta Recond Murah
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025

    Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan

    12/12/2024

    Beli Kereta Recond Di Negeri Pantai Timur

    13/11/2024

    Beli Kereta Recond Grade S Macam Baru

    10/11/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.