Masa awal awal mempromosikan dan menjual kereta import terpakai dari Jepun, saya memang memfokuskan kepada kenderaan jenis mewah. Tetapi seiring dengan waktu, saya sebenarnya juga mendapat banyak pertanyaan tentang kereta recond dari kategori murah, bajet dan mampu milik. Contohnya kereta yang dijual dibawah harga RM100K. Malah ada kereta yang mereka minta itu adalah kereta yang memang banyak ada dijual di pasaran kereta terpakai di kedai used car. Persoalannya, kenapa mereka mahu beli kereta recond tetapi harga murah?
Biasanya orang mahu beli kereta recond sebab mahukan kereta yang dibawa masuk secara import, jenis terpakai, jenis mewah mahal tetapi sedikit lebih murah dari harga pasaran tempatan. Dan yang lebih penting adalah pasti ianya lebih berkualiti dengan apa yang dijual di Malaysia. Biasanya sebab inilah kenapa ada orang sanggup beli kereta import terpakai ini. Cumanya saya sendiri tidak sangka ada ramai juga yang mahu beli kereta import terpakai kategori murah dan mampu milik iaitu bawah RM100K. Ada kah?
Cari Kereta Import Terpakai Mampu Milik?
Ada orang mahukan kereta recond Toyota Vios. Ada yang mahukan kereta recond Honda City, ada yang mahukan kereta recond Honda Civic Hybrid eHev, ada yang telah beli kereta recond Toyota Passo, ada yang mahukan kereta recond Toyota Wish. Ada yang mahukan kenderaan recond Toyota Coaster dan lain lain. Dengan kata lain, demand terhadap kereta recond harga murah bawah RM100K memang ada. Masalahnya saya ada seorang ejen bagi kedai kereta import terpakai jenis mewah. Jadi mahu tidak mahu saya perlu kerjasama dengan kedai kereta recond yang memang ada menjual kenderaan bawah RM100K. Jom tengok.
Apakah kriteria jenis kedai kereta recond yang saya pilih untuk saya tolong promosikan kereta mereka? Kalau mereka ada ciri ciri ini, maka saya dengan berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka untuk tolong menjual kereta bagi pihak mereka kepada pelanggan yang berminat. Sebab paling utama adalah mesti kena ada trusted.
Kriteria Kedai Kereta Recond Terpercaya
- Menjual kereta recond dengan gred 3.5 dan ke atas
- Boleh berikan auction report sheet kereta tersebut
- Boleh SCRUT kereta
- Boleh dapatkan nombor chasis kenderaan
- Boleh bawa keluar untuk buat inspection
- Ada jaminan waranty
- Boleh buat loan bank
Majoriti kereta terpakai yang di bawa masuk secara import ke dalam pasaran Malaysia adalah melalui pusat lelongan iaitu auction house di negara tersebut contohnya samada di Japan atau UK. Dan kereta yang melalui pusat lelongan akan disertakan sekali dengan jenis gred tersebut selepas pemeriksaan dibuat. Jika kedai gagal untuk berikan laporan auction, maka tidak ada kejujuran di situ menurut saya.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai. Sila baca artikel ini untuk belajar cara check rekod kereta recond secara online.
Kalau kedai kereta recond tidak mahu memberikan nombor chasis kenderaan yang anda mahu beli, itu maknanya mereka tidak mahu anda membuat semakan tentang kondisi kenderaan tersebut ketika di bawa masuk ke pasaran Malaysia. Sila elak beli sebab takut takut kereta yang anda mahu beli itu adalah bekas kereta kemalangan atau kereta bekas banjir.
Kedai kereta yang membenarkan kereta di showroom mereka untuk dibawa keluar untuk buat pemeriksaan inspection sendiri oleh anda, menunjukkan mereka yakin dengan kualiti kenderaan import terpakai yang mereka jual di kedai mereka. Jika tidak, anda boleh elak beli kereta dari mereka.
Saya tidak suka beli kereta guna loan kedai. Beli motor bolehlah guna loan kedai. Kereta harga mahal. Macam mana kedai ada bajet untuk benarkan kereta mereka dibeli terus gunakan loan kedai? Lainlah kalau guna AEON kredit. Lebih baik cari kedai yang boleh tawarkan loan bank.
- [ Ezcare ] – Ini adalah salah satu penyedia servis yang menawarkan jaminan waranti selama 1-7 tahun kepada pemilik kereta recond. Jika anda membeli kereta recon dan perlukan perlindungan jaminan warranty untuk kereta anda, sila hubungi Ezcare Warranty.
Akhir sekali, sila pastikan kedai kereta recond ada menawarkan sekali jaminan warranty. Di pasaran ada ditawarkan pelbagai jenis pelan warranty untuk kereta recond. Barulah ada keyakinan hendak beli dan guna kereta recond. Paling tidak, jika ada kerosakkan, tidaklah anda bimbang dengan kos untuk baiki kereta terbabit.
Antara kereta mpv jenis bajet dan dijual di bawah harga RM100K adalah seperti Daihatsu Taft, Toyota Tank, Toyota Roomy, Honda N-Box, Suzuki Swift dan lain lain.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta import terpakai, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
Akhir sekali kenapa kena beli kereta recond murah bawah RM100K dari kami? Ke semua kriteria kedai yang menjual kereta recond ini mempunyai rekod servis layanan pelanggan yang baik. Anda boleh dapatkan auction report, tahu gred kereta, ada jaminan warranty selepas pembelian, boleh loan bank dan lain lain. Boleh datang tengok kereta dan test drive. Berminat, hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.