Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Cara Kilatkan Headlamp Kereta Kusam Kekuningan

    adminBy admin08/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Tahukah anda yang cermin lampu kenderaan diperbuat daripada plastik dan bukannya kaca. Kereta kereta mahal pun pakai lampu hadapan jenis plastik sahaja. Sifat plastik, bila sudah lama, ianya akan menjadi kusam, kuning kekuningan. Dan itulah yang berlaku kepada ke semua lampu kereta bila sudah bertahun. Jadi, apakah terdapat cara kilatkan headlamp semula? Ya boleh. Ada cara yang mahal dan ada cara yang murah. Biasanya orang mahu mudah, kurangkan kos dan masalah selesai. Jadi saya kongsikan bagaimana cara untuk kilatkan semula cermin lampu hadapan kereta anda ya.

    Sebenarnya sebelum ini saya sudah pernah kilatkan cermin lampu kereta Proton Saga saya. Dan selepas membeli Proton Preve dan memakainya seketika, masalah kusam kekuningan juga berlaku. Dan saya membawa ke bengkel yang sama ketika saya kilatkan lampu kereta saga saya sebelum ini. Jadi mudahlah urusan saya sebab tahu hendak bawa ke bengkel mana dan berapa kos yang mereka kenakan. Proses untuk mengilatkan lampu headlamp ini pun sekejap sahaja. Cumanya kalau kita yang kurang terbiasa kerja kerja seperti diy ini memang penat dan lenguh tangan dibuatnya.

    Cermin lampu depan Proton Preve kusam kuning
    Cermin lampu depan Proton Preve kusam kuning

    Cara Kilatkan Headlamp Cermin Lampu Depan Kereta

    Proses untuk kilatkan headlamp lampu hadapan kereta mudah sahaja sebenarnya. Pernah dengar orang gosok cermin lampu kereta dengan ubat gigi? Ya sama sahaja proses nya. Cumanya di bengkel mereka tidaklah gunakan ubat gigi. Mereka gunakan bahan seperti ubat gigi yang bernama “Metal Polish” dari brand jenama Autosol. Mereka letakkan sedikit di cermin lampu kereta dan mula menggosok sampai warna kusam kekuningan mula hilang. Dan ketika mereka cuci atau lapkan dengan air, cermin lampu kereta kelihatan cerah semula iaitu clear.

    Cara kilatkan headlamp Proton Preve
    Cara kilatkan headlamp Proton Preve

    Anda kena faham ya. Warna kusam kuning kekuningan hanya terjadi pada permukaan cermin lampu sahaja. Jadi bila anda gosok permukaan tersebut, maka lapisan yang kusam tadi akan mula tertanggal. Biasanya bengkel yang kenakan kos yang sedikit mahal akan menyembur (spray) permukaan yang digosok tadi dengan lapisan cerah clear yang kita sebut sebagai “coating” iaitu lapisan perlindungan. Di sebabkan untuk kos yang lebih murah dan lebih menjimatkan, mereka akan gunakan lapisan tinted sebagai lapisan perlindungan agar kawasan cermin yang digosok tadi akan tahan lebih lama.

    Sebenarnya kalau rumah anda jenis rumah teres, ada tempat untuk anda buat DIY sendiri, boleh sahaja anda lakukan sendiri. Modal hanya beli autosol metal polish, 2 helai plastik tinted kecil dan sedikit air. Itu sahaja. Malah tersangat sangat murah dan jimat duit. Oleh kerana saya tinggal di rumah bertingkat, parking kereta di kawasan tanah lapang yang panas. Jadi sebab itulah saya bawa sahaja ke bengkel kereta dan minta mereka tolong buatkan. Kos upah untuk mereka kilatkan lampu headlamp kereta Proton Preve saya adalah RM80.

    Pengilat besi dan plastik Autosol Metal Polish
    Pengilat besi dan plastik Autosol Metal Polish

    Beli Autosol Dan Tinted Online

    • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
    • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

    Kepada anda yang mungkin tertanya tanya kenapa saya tidak tukar sahaja lampu headlamp yang sudah kusam kuning kekuningan ini kepada cermin lampu depan yang baru? Jawapannya adalah kerana kos. Saya buat semakan harga di Shopee. Cermin lampu hadapan Proton Preve original pun sudah berharga lebih dari RM500 untuk sebelah sahaja. Kalau sepasang? Anda kira sendirilah. Memang tidak berbaloi pun beli baru selagi tidak rosak. Duit yang dibazirkan lebih baik buat beli tayar baharu yang berkualiti pun lebih baik.

    Sebenarnya cermin lampu hadapan kereta kita sangat jarang untuk rosak. Masalah yang selalu terjadi adalah kusam dan berwarna kuning. Itu sahaja. Kalau kita boleh kilatkan dan clearkan balik, kenapa mahu beli baru betul tidak? Ianya bukan rosak pun. Di atas ini saya kongsikan video cara kilatkan headlamp cermin lampu hadapan kereta saga saya dahulu. Di sebabkan saya bawa Proton Preve ke kedai bengkel yang sama, jadi prosesnya pun sama sahaja. Harap anda faham dan jelas bagaimana proses untuk mengilatkan cermin lampu depan kereta anda ya. BYE!!!.

    Cara Gosok Lampu Kereta Cara Kilatkan Lampu Kereta Lampu Kereta Kekuningan Lampu Kereta Kusam
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.