Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kipas Radiator Proton Saga Tidak Berputar
    Info

    Kipas Radiator Proton Saga Tidak Berputar

    adminBy admin17/08/2024Updated:17/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Salam kepada pembaca, di dalam blog ini agak kerap juga saya menulis tentang permasalah yang dihadapi dengan Proton Saga ini. Akan tetapi masalah yang dihadapi bukanlah untuk menunjukkan yang kualiti kereta Proton tidak bagus. Tetapi ianya lebih kepada pengalaman menghadapi kerosakkan sesuatu bahagian yang boleh menjadi rujukan kepada anda diluar sana yang memiliki jenama kereta yang sama atau masalah yang sama. Dan masalah terbaru yang saya hadapi beberapa hari lepas adalah berkenaan dengan cooling fan pada bahagian depan enjin iaitu kipas radiator tidak berfungsi. Kejap hidup, kejap mati.

    Sebenarnya saya pernah menghadapi masalah yang hampir serupa sebelum ini. Anda boleh baca artikel sebelum ini iaitu masalah enjin proton tiba tiba berasap. Asap yang keluar pada waktu itu bukanlah asap kebakaran. Akan tetapi asap dari wap air yang mendidih dalam bekas air radiator. Puncanya adalah kerana kipas radiator tidak berpusing, yang menyebabkan bacaan suhu enjin meningkat dan menyebabkan air penyejuk tambahan untuk radiator menjadi terlalu panas sehingga mendidih dan mengeluarkan wap. Punca yang dapat dikesan ketika itu adalah masalah suis “relay” yang rosak. 

    Selepas menukar kipas radiator yang baharu
    Selepas menukar kipas radiator yang baharu

    Mengganti Kipas Radiator Proton Saga Yang Rosak

    Dan pada kali ini ianya juga terjadi sekali lagi. Tetapi tidaklah sampai air cooling mendidih. Saya sempat mengesan punca apabila melihat suhu enjin menjadi tinggi dan aircond tidak menjadi sejuk. Bila buka bonnet enjin, saya dapati yang kipas radiator memang tidak berfungsi. Tidak berjalan langsung. Dan seperti biasa, saya menjangkakan yang ianya adalah masalah yang sama iaitu suis relay sudah rosak. Saya terus bawa ke bengkel kereta untuk dibaiki. Dan selepas pemeriksaan dilakukan, nampaknya suis relay masih elok. Namun yang rosak ketika itu adalah kipas penyejuk untuk radiator itu sendiri yang rosak.

    Macam mana boleh tahu yang cooling fan untuk radiator itu rosak? Mudah sahaja. Selepas menggantikan suis relay yang baharu, kipas radiator tetap tidak berputar. Dan apabila diketuk sedikit dengan spanar pada kipas tersebut, tiba tiba kipas radiator berputar dan mati semula. Selepas dikenal pasti masalah dan puncanya, mahu tidak mahu kereta Proton Saga saya terpaksa menukar radiator fan yang baharu. Dan harga kipas radiator yang original berjenama Denso adalah berharga RM250. Jadi anda faham faham sahajalah kos untuk servis menukar dan memasang termasuk upahnya selepas itu.

    Bil kos gantian kipas radiator untuk proton saga
    Bil kos gantian kipas radiator untuk proton saga

    Selepas saya melihat proses membuka, mengganti dan memasang semula kipas radiator kepada proton saga. Saya dapati yang prosesnya tidaklah sesukar mana dan ianya boleh dilakukan di rumah anda sahaja dengan sedikit pengetahuan. Kos yang saya kena bayar adalah RM250 untuk sebuah kipas radiator brand Denso yang baru, kos suis relay yang “mungkin” berharga RM20 dan termasuk kos upah semuanya berharga RM330. 

    Harga fan motor untuk radiator proton saga
    Harga fan motor untuk radiator proton saga

    Radiator Fan Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli kipas radiator fan kereta Proton Saga di sini

    Dari perbincangan dengan rakan saya sendiri ditempat kerja, sebenarnya kalau anda hendak jimat, anda boleh sahaja menukar sendiri kipas radiator. Ianya tidak susah mana. Malah kata beliau, saya boleh dapatkan cooling fan tersebut dengan harga jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM150 samada di kedai spare part kereta atau beli sahaja di internet melalui link Shopee di atas ini. Nak buat macam mana, saya memang tidak tahu proses tersebut. Jadi memang kena ikhlaslah untuk kos RM330 yang dikeluarkan. Kalau anda pandai menukar sendiri, mungkin kos RM150 sahaja diperlukan untuk masalah seperti ini. Selamat mencuba.

    Beli Radiator Fan Proton Saga Harga Radiator Fan Proton Saga Radiator Fan Proton Saga Radiator Fan Proton Saga Rosak
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.