Baru baru ini viral berkenaan hadiah utama pada hari Honda Day 2024. Apa isunya? Isunya berkenaan hadiah lucky draw. Dan syarat untuk menyertai lucky draw adalah wajib membayar yuran penyertaan sebanyak RM90 dan akan mendapat sehelai baju t-shirt dan beg goodie. Hadiah utama cabutan bertuah tersebut adalah sebuah Honda Accord SM4 keluaran tahun 1992 yang berharga RM3500. Masalahnya di mana? Seramai 5000 pemilik kereta Honda hadir yang sudah tentu kutipan adalah sebanyak RM90x5000 peserta = RM450K. Ini adalah anggaran kasar jumlah kutipan. Jumlah sebenar adalah lebih tinggi.
Apa yang netizen pertikaikan? Hadiah utama tidak patut sebuah kereta buruk. Enjin semput. Kereta dengan cat hitam buruk dan lain lain. Dengan kata lain hadiah tidak padan dengan jumlah kutipan, dibandingkan dengan hadiah dari event yang lain dan dalam masa yang sama kereta haruslah di cat dan dicantikkan terlebih dahulu. Macam hadiah pakai tangkap muat. Pihak penganjur telah meminta maaf dan menggantikan dengan sebuah kereta baru yang lain iaitu BMW F30. Pemenang pasti berpuas hati dari kereta Honda Accord SM4 kepada BMW F30.

Isu Honda Accord SM4 & BMW F30
Tetapi isu berkenaan tidak berhenti setakat itu. Pihak SCRUT telah membuat semakan terhadap kereta berkenaan. Saya tidak pasti samada kereta tersebut adalah sebuah kereta terpakai dari Malaysia atau sebuah kereta recond. Yang pasti ianya bukan sebuah kereta baru. Tidak mengapa. Ianya bukan isu. Isunya adalah kondisi kereta BMW F30 tersebut. Ianya adalah sebuah kereta terpakai yang ada rekod sejarah kemalangan yang teruk. Macam mana hendak tahu? Scrutlah dulu. Apa itu SCRUT?

Sila baca info tentang SCRUT di sini ya. Saya malas hurai panjang lebar. Anda klik, baca dan fahamkan dulu. Di singkatkan cerita, SCRUT menyediakan servis perkhidmatan untuk mendapatkan rekod laporan claim insurans sesebuah kenderaan. Biasanya kenderaan yang kena cermin pecah, kena banjir atau kemalangan akan buat tuntutan claim insurans untuk proses pembaikkan kenderaan tersebut. Jadi dari report berkenaan kita akan tahu kisah kereta tersebut. Jelas? Faham?

Di singkatkan cerita, pihak SCRUT sendiri buat semakan terhadap rekod sejarah berkenaan kereta BMW F30. Apa yang mereka jumpa? Kereta ini telah terlibat di dalam kemalangan sebanyak 2 kali dan jenis kerosakkan tersebut adalah dari kategori “high severity” iaitu kemalangan teruk. Adakah kereta tersebut iaitu sekarang adalah baik dan boleh dipandu dengan selamat? Jawapannya adalah YA!!!. Sebab kereta tersebut telah dibaiki dari claim insurans tersebut. Tetapi biasalah, mana mana pemilik kereta pasti tidak mahu gunakan kereta yang pernah alami accident yang teruk walaupun telah dibaiki.
Tulisan ini bukan hendak kecam penganjur (organizer) Honda Day 2024 tersebut. Dan saya pun tidak akan kecam hadiah utama Honda Accord SM4 atau BMW F30 tersebut. Bagi saya hadiah tidak semestinya kena bagi kereta baru atau mahal. Kereta murah pun saya tidak kisah. Nama pun hadiah. Penganjur ada hak untuk berikan hadiah apa. Cuma dari pandangan orang lain iaitu netizen, ianya seakan tidak patut untuk pihak penganjur berikan hadiah berupa kereta buruk atau kereta bekas accident. Terpulang kepada anggapan masing masing.

Jom baca kisah Scrut Nissan X-Trail di sini. Kisah yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang mahu beli kereta terpakai di Malaysia. Kalau tanya tauke pemilik kedai used car, pasti mereka akan cakap kereta yang mereka jual bukan kereta banjir atau bekas accident. Selepas di semak melalui Scrut, rupa rupanya kereta pernah kemalangan sebanyak 5 kali. Terkejut bakal pembeli. Terus tidak jadi beli kereta Nissan X-Trail tersebut. Ini adalah contoh sahaja ya.
Dari 2 contoh kisah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa, untuk anda elak dari terbeli kereta yang ada rekod yang tidak baik, seeloknya anda Scrut lah dulu. Jangan berkira untuk keluarkan modal sebanyak RM80 untuk sebuah report kereta terpakai dari Scrut jika anda serius mahu membeli dan memiliki kereta terpakai berkenaan.
Panduan Kereta Terpakai
- [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
- Cara Beli Kereta Terpakai – panduan untuk beli kereta terpakai secara online
- Cara Beli Kereta Recond – panduan untuk beli kereta recond secara online
- Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk faham akan kegunaan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scrut untuk anda yang bakal beli atau telah guna kereta recond dan kereta terpakai di Malaysia ini. Sebagai pembeli dan pengguna kereta terpakai kita berhak mendapatkan sebuah kenderaan yang selamat dan berbaloi untuk digunakan dalam jangka panjang. Dan kalau anda hendak beli kereta, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!..