Semalam saya sempat membuat sedikit research berkenaan medical cost-sharing program di internet yang ada di Malaysia. Rupa rupanya ada beberapa syarikat yang menjalankan dan menyediakan servis yang hampir serupa. Bagi saya ianya adalah satu berita yang baik. Persaingan akan membuatkan penyedia perkhidmatan berasaskan komuniti kongsi bil perubatan ini memberikan tawaran yang baik kepada pengguna. Cumanya saya sedikit kecewa kerana saya sendiri baru tahu berkenaan perkhidmatan sebegini. Kenapa?
Saya pernah menggunakan medical card dari PruBSN. Kemudian beralih kepada medical card Takaful Malaysia. Dan kemudian beralih pula kepada medical card AIA. Ke semua menawarkan perkhidmatan yang baik. Cuma itulah, sekejap saya pakai dan kemudian terminate. Kemudian pakai yang lain pula. Alasannya adalah sama iaitu komitmen kewangan menjadi sebab punca kenapa saya tidak mampu mengekalkan untuk tempoh masa yang lama walaupun kesedaran tentang kos perubatan itu ada.

WE KONGSI – Komuniti Kongsi Bil Perubatan Di Hospital
Bila saya tanya rakan sekerja pula, rasanya majoriti memang tidak ada pun medical card. Kalau ada pun hanya gunakan perlindungan insurans kesihatan yang ditawarkan oleh majikan iaitu insurans syarikat jenis kelompok. Dan kalau ada yang pakai medical card mahal pun kerana beliau tidak ada komitmen lain kerana beliau belum berkahwin. Rasanya ini adalah alasan utama kenapa ramai dari kita tidak memiliki apa apa pelan perlindungan perubatan. Masalahnya berpunca dari isu kemampuan iaitu MAHAL!!!.
Jadi apa kaitan dengan komuniti kongsi bil perubatan ini? Sebenarnya program sebegini menawarkan bantuan membayar kos bil rawatan di hospital kepada ahli iaitu perserta yang menyertai program berkenaan. Peserta yang ramai ini akan membentuk sebuah komuniti. Setiap ahli akan membuat sumbangan ke dalam tabung. Dan mana mana ahli yang dimasukkan hospital akan mendapat bantuan bayaran bil hospital dari ahli iaitu komuniti. Bagaimana bil perubatan tersebut dikongsi sesama ahli di dalam komuniti?

Cara Kira Kongsi Bil Perubatan (Contoh)
- Ali masuk ke hospital swasta KPJ
- Kos bil rawatan Ali sepanjang berada di wad adalah sebanyak RM30K
- Ketika ini, ahli komuniti yang berdaftar dan aktif ada seramai 1000 orang
- Bil perubatan Ali di kongsi dengan 1000 orang. RM30K / 1000 orang = RM30
- “Akaun Tabung” ahli akan dikenakan iaitu ditolak sebanyak RM30
- Dengan kata lain, setiap ahli akan dikenakan bayaran RM30 sahaja sebulan untuk menampung dan membayar kos rawatan perubatan Ali
Dari kiraan di atas jelas setiap ahli di dalam komuniti akan kongsi bayar bil perubatan Ali. Adakah RM30 yang dikenakan ini mahal harganya? Adakah mana mana pelan atau pakej medical card yang semurah dan serendah ini di Malaysia?
Macam mana kalau bil perubatan Ali adalah mahal iaitui RM60K? Syarikat hanya mengenakan had maksimum yang perlu ahli komuniti kongsi bil perubatan ini bayar cumalah RM50 sahaja maksimum dalam sebulan. Baki bil yang belum dibayar akan dibawa ke bulan hadapan. Dengan kata lain, paling mahal pun anda cuma kena bayar RM50 sahaja sebulan.
Macam mana kalau di dalam bulan tersebut tidak ada mana mana ahli dalam komuniti kongsi bil rawatan perubatan ini sakit dan dimasukkan ke hospital? Lagi bagus! Sebab tidak ada perkongsian bulanan yang akan dikenakan. Anda tidak perlu bayar apa apa komitmen pun pada bulan tersebut. Bayaran yang anda kena adalah RM0 SAHAJA!!!. Menarik bukan?

Ramai yang cakap tentang medical card dan sebagainya. Sebenarnya kebanyakkan syarikat insurans/takaful sekarang sudah tidak ada berikan apa apa kad pun. Anda hanya perlu ke hospital dan berikan IC sahaja. Atau anda tunjuk sahaja kad perubatan dalam bentuk digital. Contohnya dalam gambar di atas ini. Hanya buka website atau aplikasi dan tunjukkan sahaja kad kemasukkan hospital digital ini kepada staff di hospital tersebut. Itu sahaja. Cuma kita dah biasa sebut ianya sebagai medical card. Itu sahaja.
Komuniti kongsi bil perubatan apa yang bagus sekarang ini? Bagi saya buat masa ini, komuniti medical cost-sharing program yang terbaik adalah dari WE KONGSI! Kenapa? Bagi saya sesebuah syarikat komuniti platform yang baik adalah apabila ceo iaitu founder kepada syarikat komuniti tersebut aktif di dalam memasarkan produk mereka. CEO rajin turun padang. CEO rajin bantu ahli bawah. Pengguna iaitu ahli berdaftar dapat faedah dan agent yang ingin buat duit dan membina pendapatan pun dapat manfaat.

Kenapa kena pilih We Kongsi? Bagi saya sebab bos rajin turun padang membantu ahli komuniti dan buat kerja. Ini penting ya. Kalau bos (ceo/founder) jenis turun padang, maknanya pemimpin aktif. Bukan duduk diam dan tunggu dapat duit. Bila turun ke bawah, pihak atasan akan sentiasa tahu perkembangan ahli bawahan dan mendapat input yang berguna untuk kebaikkan sesama ahli di dalam komuniti kongsi bil perubatan We Kongsi ini. Ini pendapat sayalah.
Apa kaitan program bantuan perkongsian bil perubatan hospital WE Kongsi ini dengan website yang cerita tentang kereta? Memang ada kaitan. Sebagai pengguna kenderaan, kita terdedah dengan risiko kemalangan yang menyebabkan kecederaan, kecacatan dan juga kematian. Apabila kita terkena musibah seperti ini, biasanya masalah kewangan akan menjadi isu yang paling utama. Macam mana hendak bayar bil kos rawatan perubatan dihospital? Kalau tidak boleh berkerja dalam tempoh lama kerana terpaksa duduk dalam wad hospital, macam mana hendak ada gaji? Kalau meninggal pula, adakah keluarga ada duit untuk majlis pengebumian? Pernah terfikir?

Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Di WeKongsi, ada elaun wad harian, ada perlindungan kemalangan RM10K dan ada khairat kematian jika berlaku kematian. Ke semua benefit ini anda perolehi dengan komitmen bayaran bulanan tidak lebih dari RM90 sebulan. Setiap bulan bukan kena bayar sama yer? Kadang bayar RM0, kadang bayar RM10, kadang bayar RM50 dan paling tinggi pun RM90 jer. Tidak lebih RM100 pun sebulan. Menarik? Anda berminat bersama saya? Daftar melalui link di atas ini ya.



