Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Kos Penukaran Minyak Gear Auto Proton Saga
    Info

    Kos Penukaran Minyak Gear Auto Proton Saga

    adminBy admin18/08/2024No Comments3 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Kali pertama saya membeli kereta adalah 15 tahun lepas iaitu Perodua Viva 850cc jenis manual. Ketika itu baru hendak belajar ambil tahu berkenaan servis penjagaan kereta seperti servis menukar minyak hitam (engine oil). Biasanya bila sampai jarak perjalanan yang ditetapkan, maka saya hanya perlu menukar minyak enjin sahaja. Dan setelah saya membeli Proton Saga BLM jenis auto, maka ada perkara tambahan yang saya perlu ambil tahu setiap kali servis menukar minyak hitam iaitu saya juga perlu menukar minyak gear auto bila sampai masanya.

    Kereta jenis manual dengan kereta jenis auto mempunyai mekanisma yang berbeza. Kepada anda yang menggunakan kereta dengan gear “auto”, sila pastikan jadual menukar minyak gear auto adalah tepat. Apa apa yang bersangkut paut dengan dalam enjin dan juga dalaman kotak gear akan memakan belanja yang sangat besar jika ianya rosak. Ianya ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan untuk bergerak. Rosak jantung, rosak kesemuanya.

    Kos minyak gear auto untuk Proton Saga
    Kos minyak gear auto untuk Proton Saga

    Tukar Minyak Gear Auto Proton Saga BLM

    Biasanya kalau kita menukar minyak hitam engin, anda boleh memilih mahu menggunakan minyak hitam jenis 5000KM atau 10000KM jarak penggunaan. Akan tetapi, untuk minyak gear auto pula, biasanya kedai akan berikan anda gunakan minyak gear auto dari jenis 5000KM sehingga 15000KM jarak penggunaan. Dengan kata lain, apabila sudah mencapai jarak perjalanan 15000KM, maka anda sudah perlu untuk menukar minyak gear auto yang baharu secepat mungkin.

    Saya menghantar kereta Proton Saga BLM saya dan Perodua Myvi isteri untuk sama sama menukar minyak gear auto kereta kami. Proton Saga BLM saya adalah dari jenis 1.3cc. Dan Perodua Myvi isteri saya pula juga sama iaitu 1.3cc. Akan tetapi kos penukaran minyak gear auto untuk Proton Saga dan juga Myvi adalah berbeza. Saya perlu membayar RM160 untuk minyak gear auto kereta Proton Saga saya sedangkan isteri saya pula hanya perlu membayar RM90 sahaja untuk minyak gear auto kereta Myvi beliau. Saya jadi pening juga melihat perbezaan yang agak ketara tersebut.

    Minyak gear auto transmission kereta Proton
    Minyak gear auto transmission kereta Proton

    Minyak Gearbox Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli minyak gear auto kereta Proton Saga di sini

    Untuk pengetahuan anda, kos untuk servis menukar minyak hitam dan minyak gear auto untuk Proton Saga BLM dan juga Proton Saga baru adalah lebih kurang sama sahaja kerana ianya menggunakan enjin yang sama 100%. Jadi tidak ada perbezaan yang ketara dari segi kos. Cumanya kos akan lebih tinggi dari tahun ke tahunlah. Itu adalah biasa.

    Saya bertanya langsung kepada mekanik di kedai bengkel kereta tersebut. Kenapa Proton Saga kena bayar RM160 sedangkan kereta Myvi isteri saya hanya dikenakan cas sebanyak RM90 sahaja. Hendak tahu apa pomen tersebut cakap? Rupa rupanya kotak gear box Proton Saga dan Perodua Myvi adalah berbeza. Proton Saga BLM menggunakan kotak gear box yang besar berbanding kotak gear box Myvi adalah kecil. Jadi sudah tentu penggunaan minyak gear auto yang perlu diisi ke dalam kotar gear box Proton Saga adalah lebih. Jadi itulah sebab dan punca kenapa kos servis minyak gear auto Proton Saga lebih mahal dari Perodua Myvi. Bye

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.