Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Tuesday, May 20
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Motosikal Yamaha NVX Malaysia
    Motosikal

    Motosikal Yamaha NVX Malaysia

    adminBy admin18/08/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Baru baru ini seorang rakan saya berhajat untuk membeli sebuah motosikal yang baharu. Selepas beliau melakukan beberapa survey di internet, akhirnya beliau memilih untuk membeli motorsikal Yamaha NVX. Kenapa? Sebenarnya sebelum ini beliau sudahpun menggunakan Yamaha Nouvo yang telah beliau gunakan lebih dari 10 tahun. Jadi oleh kerana sudah terbiasa menggunakan motosikal dari yamaha dan sebuah skuter, jadi tidak salah kalau akhirnya beliau memilih untuk membeli dan menggunakan motor skuter NVX pula.

    Beliau mengajak saya untuk ke kedai motosikal tersebut untuk proses penyerahan geran motorsikal, ambil motor nvx dan bawa balik. Saya sendiri sudah lebih 10 tahun juga tidak pernah bawa dan menaiki mana mana motosikal. Jadi bila tengok motor Yamaha NVX depan depan mata, terasa berminat pula hendak beli dan bawa ke tempat kerja. Terasa seperti perlu pakai motor pula kerana jalan pergi dan balik ke tempat kerja selalu sesak. Kalau balik naik motor hanya ambil 15 minit sudah sampai ke rumah. Kalau naik kereta biasanya saya akan habis masa selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke rumah.

    Motor NVX Malaysia cantik bergaya
    Motor NVX Malaysia cantik bergaya

    Yamaha NVX V2

    Kalau tidak silap saya, harga cash tunai motorsikal Yamaha NVX V2 ini adalah RM11500. Dan motor ini adalah jenis skuter (scooter) dan mempunyai sesaran enjin sebesar 155cc. Anda yang mempunyai berat badan sebesar 75-100kg rasanya sesuai kalau beli dan bawa motor NVX 155 cc ini kerana enjin yang lebih kuat dan motor yang tampak sedikit besar. Bila tengok depan depan motor NVX ini memang nampak cantik. Nampak besar, moden dan ada teknologi terkini. Motor skuter pun dah maju rupanya sekarang ni.

    Maaf, saya tidak boleh bercerita lebih detail tentang motor skuter NVX ini kerana ianya bukan motosikal saya. Saya hanya kongsikan beberapa keping gambar dan bercerita secara ringkas sahaja berkenaan motor ini.

    Motosikal skuter NVX V2
    Motosikal skuter NVX V2

    Pertama sekali, motosikal Yamaha NVX ini mempunyai kapasiti enjin 155cc. Enjin juga menggunakan sistem penyejuk jenis cecair (A liquid-cooled SOHC). Jadi kalau untuk pemanduan jauh dan lama rasanya motor skuter yamaha ini boleh berjalan dalam tempoh yang lama. Cumanya anda kenalah pandai jaga cecair penyejuk seperti kereta juga.

    Panel meter motosikal yamaha nvx
    Panel meter motosikal yamaha nvx

    Panel meter pula guna “LCD digital”. Panel meter seperti ini biasanya mampu untuk memberikan bacaan yang lebih dari meter jenis analog. Biasalah motor zaman moden perlukan bacaan bacaan elektronik seperti ini untuk memaparkan keadaan semasa motor tersebut. Cumanya saya secara peribadi lebih sukakan panel meter jenis analog. Terpulang kepada citarasa masing masing dan masalah ini bukanlah masalah yang besar pun.

    Kapasiti tangki minyak adalah sebesar 5.5 liter. Kalau ikut website Hong Leong Motor, motor Yamaha NVX boleh memandu sehingga 200KM untuk satu tangki yang penuh (full tank). Enjin motor NVX 155 cc ini mempunyai teknologi Variable Valve Actuation (VVA) iaitu enjin motor dapat bekerja dengan lebih kuasa tetapi dalam masa yang sama penjimatan minyak petrol dapat dilakukan. Kesimpulan, enjin terasa ada kuasa tetapi jimat minyak. Menarik bukan?

    Motor NVX Malaysia cantik bergaya
    Motor NVX Malaysia cantik bergaya

    Lain lain kelebihan adalah adanya port USB untuk mengecas handphone. Ada sistem Y-Connect untuk menghubungkan motosikal Yamaha NVX dengan smartphone. Jadi boleh tahu keadaan semasa kerosakkan motor tersebut dengan mudah, tarikh servis penyelenggaraan dan tahap penggunaan petrol.

    Motor Yamaha NVX Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli motor Yamaha NVX dan aksesori di sini

    Dari pengalaman peribadi saya memandu motosikal. Kadang kala masalah pecutan yang lebih laju agak penting di lebuh raya untuk pemanduan yang jauh. Jadi motor Yamaha NVX ini memang memberikan skor yang baik dalam hal ini. Dan teknologi enjin yang berkuasa dan jimat minyak adalah 2 komponen yang paling penting bagi saya dan motosikal yamaha skuter NVX menang dalam skor ini. Lain lain kelebihan adalah nilai tambah yang memberikan lebih nilai pada satu satu motorsikal. Saya berikan skor 8/10 untuk keseluruhan motor ini.

    Anda berminat ingin beli motor sukter Yamaha NVX ini? Biasalah motor skuter NVX 155 versi 2 ini adalah barang panas. Kalau beli cash tunai memang dapat lambat sebab kedai akan kata stok habis dan lambat sampai. Kalau beli hutang pula tiba tiba ada stok. Amalan biasa bagi kebanyakkan kedai yang mahu orang ramai beli motor secara hutang bulanan kerana lebih untung. Jom baca perkongsian saya berkenaan cara beli motor hutang. Apa apa pun motor Yamaha NVX terbaik. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Yamaha NVX Beli Yamaha NVX Harga Yamaha NVX Motor Yamaha NVX Spesifikasi Yamaha NVX Yamaha NVX Yamaha NVX Malaysia Yamaha NVX V2
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli Motor Secara Online Sabah

    07/01/2025

    Beli Motosikal Yamaha RZ250R YPVS Recond

    29/11/2024

    Jenis Bayaran Untuk Beli Motosikal Di Kedai

    18/08/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.