Pertama sekali, perlu saya ingatkan yang penulisan ini bukanlah perkongsian dengan fakta sebenarnya ya. Penulisan ini hanyalah info yang saya dapat dari penjual motosikal di kedai jual motor. Saya sendiri pernah membeli motorsikal bertahun tahun dulu dan saya bertanya sendiri kepada kedai motor tentang bagaimana cara untuk beli motosikal dan kaedah pembayaran yang ada zaman sekarang. Atas maklumat ringkas tersebut, jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang bayaran bulanan yang dikenakan sekiranya anda beli motor secara berhutang. Harap maklum ya.
Rakan saya baru baru ini bercadang untuk membeli motor Yamaha NVX. Tetapi kaedah bayaran yang beliau pilih adalah menggunakan loan kilang. Apa itu loan kilang? Sebenarnya di tempat kerja rakan saya ada satu benefit yang ditawarkan kepada pekerja tetap mereka iaitu boleh membeli motosikal atau kereta tetapi menggunakan pinjaman dari tempat kerja itu sendiri. Yang menariknya, beliau boleh membeli motor secara cash tunai menggunakan duit dari kilang. Dan selepas itu wang gaji beliau akan ditolak/potong secara bulanan untuk tempoh 2-3 tahun.
Cara Beli Motosikal Dan Jenis Hutang
Contoh. Katakan motor NVX dijual dengan harga RM11500. Kilang akan membeli motor tersebut dengan bayaran menggunakan cek sebanyak RM11500. Dengan kata lain motor NVX tersebut telah dibeli oleh kilang dengan cash tunai. Kemudian kilang tersebut akan membuat potongan gaji rakan saya selama 3 tahun. Apa yang menarik dengan loan kilang tempat kerja rakan saya ini? Selepas habis bayar ke semua bayaran bulanan selama 3 tahun tersebut. Jumlah yang telah rakan saya bayar hanyalah RM12200. Hanya bayar lebih RM700 sahaja untuk tempoh 3 tahun tersebut. Murah dan jimat bukan?
Tidak mengapa, kita tolak tepi kisah loan kilang untuk beli motosikal ini. Bukan semua tempat kerja ada benefit seperti kilang rakan saya ini. Sebenarnya apakah jenis hutang iaitu loan yang boleh anda guna dan dapat di kedai yang menjual motorsikal ini? Biasanya ada loan bank, loan kedai dan gunakan loan lain seperti pinjaman AEON credit. Di kedai motor tempat rakan saya beli motosikal hanya ada loan kedai dan pinjaman Aeon credit sahaja.
- Loan Kedai – Motor Yamaha NVX berharga lebih kurang RM12500. Kena beri duit muka downpayment sebanyak RM6000. Oleh kerana beli motor secara hutang, harga jualan adalah RM13000. Jadi baki adalah hutang selepas beri downpayment adalah RM7000. Bayaran ansuran bulanan adalah RM250 untuk 3 tahun. RM350 sebulan jika pilih bayaran selama 2 tahun. Loan kedai iaitu hutang kedai hanya boleh buat 2 atau 3 tahun sahaja. Dan kena beri wang muka yang agak besar.
Biasalah bila hutang kedai, kedai tersebut yang akan menanggung risiko kalau anda tidak membuat bayaran installment bulanan dengan tetap. Jadi untuk kurangkan risiko kerugian dari pihak kedai kalau anda gagal membuat bayaran bulanan dengan betul, maka tidak pelik kalau mereka hanya mahu menerima wang muka deposit downpayment yang agak tinggi. Salah satu kelebihan kalau anda mampu berikan deposit downpayment yang tinggi, bayaran bulanan anda pasti akan menjadi rendah.
- Aeon Credit – Maaf saya tiada maklumat lengkap berkenaan kadar bayaran bulanan yang dikenakan. Kedai hanya cerita kalau guna pinjaman Aeon credit boleh berikan wang muka downpayment serendah RM1000, RM1500 dan sebagainya. Kelulusan bergantung kepada kredit skor kemampuan dan rekod pembayaran semasa dan lalu anda. Saya kongsikan sedikit info dari laman Aeoncredit melalui gambar di atas ini. Anda boleh baca sendiri.
Ramai sahaja orang yang paginya cuba untuk apply kredit Aeon, petang sudah dapat jawapan dan lulus. Sangat mudah dan cepat. Aeon kredit hanya minta 10% deposit downpayment sahaja. Kalau motor berharga RM10K, maka anda hanya perlu beri RM1k downpayment sahaja. Kekurangan Aeon kredit adalah kadar interest yang agak tinggi. Anda bayangkan, kadar interest paling rendah pun 0.833 per month. Kalau setahun akan jadi 0.833 x 12 bulan = 9.996% setahun.
Biasanya orang yang tidak mampu berikan deposit wang muka yang tinggi akan terpaksa juga ambil dan beli motosikal guna loan aeon credit. Sebab hendak dapatkan motor juga sanggup dan terima untuk bayar bayaran instalment bulanan yang sedikit lebih tinggi dari beli motor guna loan kedai. Terpulang kepada keadaan dan kemampuan masing masing ya..
- Kad Kredit – Ada satu soalan yang saya betul betul hendak tahu daripada tauke kedai motor tersebut. Adakah boleh kita beli motosikal menggunakan kad kredit? Jawapannya adalah YA!!. Saya tanya lagi kepada beliau, antara pinjaman Aeon kredit dengan loan kedai dengan kad kredit, mana lebih baik? Tauke jawab, kompem kompem la jimat kalau beli motor guna kad kredit. Biasanya kad kredit dari bank menawarkan kadar faedah zero interest atau tersangat sangat rendah. Lagi best kalau anda layak apply dan gunakan kad kredit untuk petrol. Jimat berkali kali. Haha.
Motor Yamaha NVX Online
- [ Shopee ] – cari dan beli motor Yamaha NVX dan aksesori di sini
Kalau anda ada kad kredit, anda boleh beli motor Yamaha NVX secara online melalui Shopee. Ya, jangan terkejut kalau zaman sekarang beli motor pun boleh melalui online. Hendak cari part, barang dan aksesori motor pun boleh melalui link Shopee di atas ini ya.
Jadi fahamlah kita cara untuk beli motosikal ini ada 4 jenis. Yang pertama adalah beli motor guna cash tunai. Kedua, beli motor guna loan kedai. Kaedah ketiga adalah dengan gunakan pinjaman loan Aeon kredit. Dan cara berhutang untuk beli motor yang paling jimat dan murah adalah dengan menggunakan kad kredit. Sekali lagi saya ingatkan ya, penulisan dan perkongsian saya ini bukan dari pengalaman sebenar membeli motorsikal ya. Saya hanya tulis dari sedikit info ringkas yang dikongsikan sendiri oleh pemilik iaitu tauke kedai motosikal. Harap maklum. BYE!!!.