Semalam bos masuk ke dalam line (department) dan meminta kami mengisikan nama dan alamat rumah. Kemudian bertanya kami datang kerja naik apa dan parking di mana. Tempat kerja kami memang ada di sediakan tempat parking. Namun pekerja yang sangat ramai, menyebabkan terpaksa parking diluar kawasan tempat kerja. Dan kawasan parking tersebut adalah milik MPSP iaitu milik pihak majlis perbandaran negeri. Namun untuk tahun 2020 ianya telah dikuat kuasa yang kawasan petak parking tersebut memang kena mula bayar menggunakan aplikasi Penang Smart Parking (PSP).
Kawasan petak parking memang milik majilis perbandangan negeri Penang. Namun ianya adalah kawasan perindustrian perkilangan. Jadi sangat kurang untuk orang awam menggunakannya kecuali adalah para pekerja yang bekerja di kawasan tersebut. Penguat kuasaan terhadap cas dan kaedah bayaran petak parking kenderaan ini menyebabkan para pekerja yang terpaksa meletak kereta untuk masuk dan pergi kerja mula terasa terbeban. Maklumlah, bayaran cas parking dari pukul 8 pagi sehingga jam 6 petang adalah RM6 sehari. Jadi kalau setiap bulan parking memang kena RM100 ke atas lah setiap bulan.
Bayar Parking Kereta Di Pulau Pinang Dengan Aplikasi Penang Smart Parking
Sebenarnya bayaran parking tempat letak kereta memang kena guna kupon parking kereta yang tersendiri. Cumanya kaedah yang terbaru pula di mestikan menggunakan apps penang smart parking di Pulau Pinang ini. Ianya sebenarnya memudahkan urusan. Senang bagi pengguna seperti saya, dan senang bagi pihak majlis perbandaran untuk membuat semakan bayaran parking letak kereta dengan mudah.
Dan semalam saya ke tempat kerja. Berita mengenai selepas ini kena bayar cas parking kalau parking di luar membuatkan ramai pekerja yang datang awal dan mahu parking kereta di dalam tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan saya yang sudah lama parking kereta di dalam tiba tiba terpaksa parking diluar tempat kerja. Mudah cerita kena parking di tapak petak khas kenderaan milik majlis perbandaran negeri. Oleh kerana tidak mahu kena saman parking kereta, maka saya telah install app penang smart parking pada smartphone. Daftar, topup kredit dan bayar cas parking untuk sehari sebanyak RM6. Selesai. Agak mudah.
Cara Guna App Penang Smart Parking (PSP)
- PenangSmartParking – sila cari dan pasang (install) aplikasi ini pada smartphone anda melalui Google Play (Android) atau App Store (iOS).
- Register – sila jalankan (open) aplikasi tersebut dan daftar (register) terlebih dahulu. Anda kena daftar nombor telefon anda dan juga nombor plat kenderaan anda.
- Reload – selepas itu sila klik menu “Reload” untuk membuat topap/tambah nilai akaun PSP anda terlebih dahulu.
- Pay – selepas itu barulah klik “Pay” untuk membuat bayaran parking kereta jika anda parking di tempat letak kereta milik majlis perbandaran/bandaraya. Kredit di dalam akaun PSP anda akan automatik ditolak (deduct).
Untuk pengetahuan anda, ketika mahu membuat bayaran parking menggunakan apps penang smart parking, anda akan diminta untuk memilih kawasan anda parking iaitu di dalam pulau pinang atau seberang pulau pinang. Saya tidak pasti kenapa ada 2 pilihan tersebut. Mungkin kerana cas yang berbeza yang dikenakan atau mungkin majlis perbandaran/bandaraya yang menguruskan adalah pihak majlis yang berbeza. Mungkin lah.
Setelah menggunakan aplikasi penang smart parking ini buat pertama kali. Saya berpendapat ianya memudahkan dan wajib untuk rakyat Pulau Pinang memang apps ini di dalam smartphone masing masing. Cumanya dari pandangan saya sebagai orang awam, saya lebih suka kalau ada hanya 1 aplikasi parking kereta yang boleh digunakan seluruh Malaysia. Jadi pergi mana mana negeri di Malaysia pun jadi mudah. Tidak pening pening hendak tahu cara dan kaedah bayaran parking kereta yang berbeza beza. Apa apa pun saya ucapkan tahniah kepada app penang smart parking yang memudahkan ini. Selamat mencuba.