Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Pengalaman Berjalan Jalan Ke Penang Sentral

    adminBy admin19/08/2024Updated:19/07/2025No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya sudah tinggal di Pulau Pinang lebih dari 12 tahun. Dan sepanjang masa tersebut, memang nampak naik turun pembangunan stesen bas express di Butterworth Penang. Terasa seperti kurang terancang, lambat membangun, sesak dan sebagainya. Dari dulu lagi sudah terdengar tentang rancangan pembangunan stesen bas yang baharu. Dan hanya pada tahun 2018 ianya berjaya di siapkan dengan nama panggilan Penang Sentral. Kenapa ianya disebut sebagai Penang Sentral? Ianya adalah pusat pengangkutan bersepadu yang menyambungkan kaunter untuk pembelian tiket bas, tiket kereta api dan juga tiket feri. Menarik bukan?

    Ketika idea ini mula mula di beritakan, saya memang teruja sangat sangat. Nampaknya stesen bas di Butterworth akan berwajah baru. Malah digabungkan sekali dengan 3 pengangkutan awam sekaligus. Anda boleh beli tiket bas express balik kampung, tiket keretapi dan juga tiket naik feri. Penang Sentral telahpun dibuka dan orang ramai sudah boleh menggunakan servis perkhidmatan mereka. Dan saya pun teruja untuk pergi jalan jalan ke sana untuk melihat sendiri rekaan dalaman Penang Sentral tersebut. Best atau tidak?

    Kaunter menunggu untuk membeli tiket bas di Penang Sentral
    Kaunter menunggu untuk membeli tiket bas di Penang Sentral

    Apa Yang Ada Di Penang Sentral

    Dan semalam isteri saya mengajak saya untuk berjalan jalan ke Penang Sentral. Terdengar ajakan tersebut saya terus bersetuju. Ini kerana saya sendiri pun memang berminat hendak tahu keadaan dan perkembangan terkini suasana di dalam stesen bas Penang Sentral tersebut. Ada apa dan bagaimana keadaannya. Selepas sembahyang maghrib, saya dan isteri terus ke sana. Ianya tidaklah jauh dari tempat kami. Kami tinggal di Permatang Pauh. Jadi jalan menuju ke stesen Penang Sentral yang berada di Butterworth tidaklah jauh mana.

    Stesen Penang Sentral ini adalah berbentuk seperti pasaraya. Ianya adalah bangunan besar dan bertingkat. Jadi ianya mempunyai kawasan parking kenderaan jenis bertingkat sama seperti pasaraya lain. Anda kena ambil tiket parking dan membayar cas parking seperti biasa. Dapat melihat ada banyak kedai kedai yang sudah dibuka dan memulakan operasinya. Jadi nampak orang orang yang datang untuk membeli tiket bas dan menunggu untuk menaiki bas.

    Food Courts yang terdapat di Penang Sentral
    Food Courts yang terdapat di Penang Sentral
    Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas
    Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas

    Antara shop lot kedai yang dibuka yang saya perasan adalah seperti KFC, Starbucks, TeaLive, Kedai Roti, 7 Eleven, kedai smartphone dan kedai kedai makan yang lain. Memang seronok dapat jalan jalan. Di tingkat bawah saya dapat melihat orang menunggu untuk membeli tiket bas dan sebagainya. Malah siap ada mesin layan diri yang membolehkan anda membeli tiket bas secara online (layan diri). Memang seronok. Di atas syiling pula digantung dengan banyaknya skrin skrin tv yang memaparkan masa dan jam waktu bas bertolak atau sampai.

    Feri Pulau Pinang dapat dilihat dari aras atas Penang Sentral
    Feri Pulau Pinang dapat dilihat dari aras atas Penang Sentral

    Dan di hadapan pula anda akan dapat melihat aktiviti keluar masuk feri Penang. Kalau datang malam memang seronok. Dapat melihat permandangan indah dengan deruan angin dari pesisir pantai dari tempat feri awam berlabuh.

    Website Untuk Beli Tiket Bas

    • [ BusOnlineTicket ] – anda boleh masuk ke website ini untuk membeli tiket atau muat turun dan install aplikasi ini.
    • [ EasyBook ] – anda boleh masuk ke website ini untuk membeli tiket atau muat turun dan install aplikasi ini.

    Permandangan luar Penang Sentral anda dapat lihat di bawahnya adalah kawasan bas express beroperasi. Di tepinya pula adalah laluan keretapi.

    Review ringkas saya berkenaan ini adalah tepat pada December 2018. Secara umumnya ianya sudahpun beroperasi bertahun sehingga kini. Ada banyak lot kedai dibuka pada tingkat tingkat atas. Bagi saya, Penang Sentral ini ibarat seperti sebuah pasaraya (shopping mall) yang di satukan dengan sistem pengangkutan awam iaitu Bas, Keretapi dan juga Feri sekaligus. Ada teksi dan ada GRAB. Memang menarik. Saya harap ianya dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang sesak di Butterworth dan memberikan keselesaan kepada warga sekitar. Terbaik.

    Penang Sentral
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.