Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK
    Panduan

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    adminBy admin22/01/2026No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Pada tahun 2025 adalah kali pertama saya renew insurans kereta guna BJAK. Dan pada tahun ini 2026 adalah kali kedua saya masih juga meneruskan proses perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan servis BJAK juga. Kenapa masih terus gunakan khidmat mereka? Kenapa saya tidak buat sahaja melalui kedai kedai fizikal yang menawarkan servis yang serupa yang mungkin lebih murah sedikit dari apa yang BJAK tawarkan. Kenapa?

    Kepada yang mengenali saya, mereka akan sedar yang saya memang sudah hidup bertahun secara cashless. Boleh dikatakan segala urusan 95% yang berkaitan dengan kewangan saya sudah melakukan secara online sahaja. Saya pun tidak ingat bila kali terakhir saya keluarkan duit wang kertas melalui mesin ATM. Dan beg dompet saya pun mungkin ada note RM1 atau tiada langsung. Saya sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.

    Perbaharui cukai jalan roadtax dan insurans kereta guna BJAK
    Perbaharui cukai jalan roadtax dan insurans kereta guna BJAK

    Pengalaman Renew Roadtax Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    Jadi bila sampai kepada urusan untuk memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan insurans kereta, maka platform BJAK adalah servis yang pasti saya akan gunakan. Tidak ada sebab lain melainkan ianya memudahkan urusan saya. Jadi jika ada yang bertanya kenapa saya masih gunakan servis BJAK pada kali kedua, inilah jawapan dia. Mudahkan urusan. Itu sahaja. Tapi… saya menghadapi sedikit masalah pada kali ini. Dan ianya berkaitan dengan proses untuk renew roadtax. KENAPA???

    Biasalah, bila kita hendak perbaharui cukai jalan dan juga insurans kereta, kita akan renew kedua duanya sekali. Cumanya ini adalah kali pertama seumur hidup saya yang proses untuk renew cukai jalan GAGAL!!!. Jawapan yang saya dapat dari BJAK adalah kerana kereta saya telah di senarai hitam (blacklist). Saya pun tak tahu bahawa kereta saya kena blacklist. Kena blacklist sebab apa saya pun tak tahu.

    Kenderaan disenarai hitam oleh JPJ
    Kenderaan disenarai hitam oleh JPJ

    Saya minta tolong runner puspakom saya untuk buat semakan. Hasil semakan beliau, rupanya saya ada kes saman lalu lintas jalanraya dari Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Dengan kata lain, saya tidak boleh untuk renew cukai jalan melainkan saya wajib bayar dan selesaikan dahulu tunggakkan saman trafik oleh JPJ. Ermm, kena keluar duit lagi. Dan pembayaran saman JPJ boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ.

    Kesimpulan? Ya, anda boleh untuk perbaharui cukai jalan (roadtax) dan juga insurans kereta anda terus melalui BJAK. Tapi kalau kenderaan anda di senaraihitam, maka adalah lebik baik anda selesaikan dahulu saman yang dikenakan. Ini kerana saman JPJ yang masih tertuggak akan menyebabkan kenderaan anda tidak boleh untuk meneruskan proses renew roadtax. Harap maklum ya.

    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Guna BJAK

    • [ Bjak Website ] – Sila klik link ini untuk mula. Jika ketika mendaftar anda diperlukan masukkan kod tajaan referral, sila masukkan nombor kod ini ya “U63OI2“
    • Sila pilih samada mahu bayar “Insurans Kereta” atau “Insurans Motor” dan kemudian sila klik “Minta Sebut Harga….. “
    • Sila isikan ke semua info maklumat yang diminta dengan betul dan tepat
    • Tandakan tick pada “Saya bersetuju dengan terma syarat”, “Terima email”, “Ya, Hantar Quote Secara Whatsapp” dan kemudian sila klik “Dapatkan Sebut Harga”.

    Akhir sekali. Kenapa pilih “takaful”? Tidak ada jawapan lain melainkan jika anda seorang muslim Islam, maka memilih insurans dari Takaful adalah wajib lah. Ada banyaklah insurans kereta yang halal dan salah satunya adalah Takaful Malaysia dan juga Takaful Ikhlas. Terpulang. Saya sudah. Anda bila lagi? Selamat perbaharui cukai jalan roadtax dan juga insurans anda menggunakan BJAK. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.