Semalam saya dapat pertanyaan dari seseorang yang mahu beli kereta recond dari satu kedai kereta import terpakai. Tetapi beliau buat survey di sana sini dan akhirnya bertemu dengan saya dan meminta pendapat. Maaf saya bukan penjual kereta tetapi sebagai ejen yang mewakili kedai kereta recond untuk tujuan mempromosikan kereta yang ingin dijual. Dengan kata lain, saya tidak tahu 100% apakah perbezaan dalam beberapa hal melainkan selepas saya bertanya soalan yang dikemukan oleh bakal pembeli dan jom kita belajar bersama sama.
Saya dapat 2 kes yang ada sedikit keserupaan dengan kes scam kereta recond sebelum ini. Saya tidaklah ingin menekankan kes yang pertama sebelum ini dan kes ke-2 ini adalah SCAM 100%. Tetapi ianya menjadi salah satu tanda red flag agar anda berhati hati ketika membeli kereta terpakai. Yang pertama kereta yang dijual adalah lebih murah berkali ganda dari harga pasaran. Memang ada yang betul. Tetapi dalam kebanyakkan kes, majoriti penjual kereta mesti ingin menjual kereta dengan harga pasaran. Ini adalah normal.
Cas Processing Fee JPJ
Macam kes kereta recond City sebelum ini. Harga pasaran kereta tahun 2021 berharga RM50k. Tetapi kedai kereta recond menjual kereta berkenaan dengan harga RM30K sahaja. Kalau pemilik kereta mahu jual sendiri murah tidak mengapalah harga murah begitu. Tetapi kalau “KEDAI KERETA” jual murah, pastilah tidak logik. Murah beberapa ratus boleh anggap normal. Murah RM1K-2K pun masih normal. Tetapi kalau murah sampai RM20K, ini tidak normal namanya. Kebarangkalian scam adalah tinggi.
Kes kedua ini pula adalah berkenaan isu bayaran processing fee JPJ. Mereka minta bayaran untuk melakukan proses proses tersebut. Adakah proses ini memang kena bayar? Jawapannya adalah YA!!!. Cuma berapakah harga patut untuk proses tersebut?
Bayaran Processing Fee JPJ
- Geran kenderaan
- Puspakom
- Nombor plate
- Tukar nama
Dalam kes ke-2 ini, bayaran yuran pemproses JPJ untuk proses di atas ini dikenakan dengan harga RM2800. Mahal? Jawapannya adalah YA. Adakah scam? Jawapannya adalah TIDAK!!!. Kenapa kalau beli kereta baru atau kereta terpakai tidak pernah kena kos kos seperti ini? Jawapannya adalah bukan kerana tidak ada atau tidak dikenakan apa apa cas. Tetapi kos ini diserap terus dalam loan pembelian kereta tersebut. Jadi anda merasakan kos tersebut seperti tiada. Itulah cerita sebenar. Jadi di mana yang dikatakan SCAM? Ia tidaklah scam. Tetapi ada 2 situasi yang anda kena lihat.
Kedai Kereta Recond Loan Kedai
Kedai yang menawarkan loan kedai biasanya akan mengenakan cas untuk memproses dokumen di JPJ seperti senarai yang saya lampirkan di atas ini. Dan kos ini ditanggung oleh customer pembeli kereta 100%. Dengan kata lain, kos JPJ sebanyak RM2800 (anggaran) ini memang customer yang kena keluar modal duit sendiri. Hanya selepas modal diberikan, barulah kedai kereta recond melakukan proses tersebut di JPJ. Jadi jika anda batalkan pembelian kereta, memang anda yang rugilah sebab duit processing fee JPJ akan burn hangus begitu sahaja.
Kedai Kereta Recond Loan Bank
Kalau anda beli kereta recond guna loan bank, biasanya cas processing fee JPJ akan diserap terus dengan harga jualan kereta tersebut. Hanya selepas anda submit dokumen untuk apply loan kereta di bank dan lulus. Jika anda sain agreement bersetuju untuk ambil dan beli kereta tersebut, barulah proses untuk pendokumenan di JPJ dilakukan dan duit processing fee adalah dari loan bank itu sendiri. Jadi anda sebagai customer memang tidak akan rasa kos kos tersebut. Jelas? Faham?
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta import terpakai dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Saya adalah seorang ejen bagi kedai kereta recond. Kereta yang kami jual semuanya adalah dari grade 3.5 dan ke atas. Anda boleh buat semakan tentang grade kereta secara pihak ketiga untuk dapatkan result lebih adil. Anda boleh bawa kereta untuk buat inspection sendiri untuk lebih puas hati. Dan anda boleh dapatkan kereta recond idaman anda dengan menggunakan loan bank dan interest yang rendah samada 100% macam loan beli kereta baru. Berminat? Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.