Teringat saya ketika pertama kali baru belajar cara beli kereta baru. Ketika itu yang saya mahu beli adalah Perodua Viva. Sebuah kenderaan kompak yang kecil tetapi baru. Maklumlah bila baru pertama kali beli kereta, saya tidak tahu pun berapakah nilai atau kadar rate loan kereta yang dikatakan rendah atau murah. Pada ketika itu pihak bank menawarkan kadar interest rate sebanyak 3.9% setahun. Bila saya sembang bersama rakan sekerja, mereka terkejut kerana kadar 3.99% adalah dikira mahal atau tinggi. Betulkah?
Entahlah, saya tidak pernah buat kira kira. Saya pun tidak tahu berapa kadar interest rate yang dianggap sebagai murah atau rendah. Jujur saya memang tidak tahu. Yang saya tahu adalah, macam mana hendak pastikan loan pinjaman beli kereta (hire purchased) adalah lulus. Itu sahaja. Bagi saya kalau ada orang lain dapat kadar rate serendah 3.5% iaitu lebih rendah dari saya 3.99% pun tidak memberikan perbezaan bayaran bulanan yang ketara. Itu menurut pandangan saya ketika itulah.

Senarai Rate Loan Kereta Setiap Bank Di Malaysia
Seiring dengan berjalannya waktu, saya baru tahu kalau rata rata orang kalau beli kereta baru, mereka boleh dapat kadar interest rate dibawah 3.5% setahun atau bawah 3% setahun. Kadar faedah pinjaman kereta baru seperti 3.5% dan ke atas sebenarnya adalah kadar bagi pembelian kenderaan terpakai iaitu kereta second hand. Haha. Yaka. Saya baru tahu.
Zaman saya beli kereta Perodua Viva memang bukan zaman sosial media dan internet pun. Maklumat tentang kadar rate loan kereta bukan hendak dapatkan secara mudah. Kalau dapat pun, kena cari dan compare secara manual. Tetapi zaman sekarang sudah ada servis perkhidmatan yang menawarkan sistem perbandingan kadar faedah pinjaman kenderaan secara online dengan mudah. Jadi di sini anda akan mendapatkan idea secara mudah berapakah kadar interest rate yang ditawarkan oleh setiap bank di Malaysia bagi pinjaman pembelian kereta. Mahu tahu? Jom teruskan baca.

Website Banding Kadar Interest Rate Loan Kereta
- [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan kereta
- [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk pembiayaan kereta
- [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan hire purchase kereta
Di atas ini adalah senarai website yang ada menawarkan servis membanding kadar interest rate kereta yang ditawarkan oleh setiap bank di Malaysia. Sila klik dan buat perbandingan. Sila masukkan harga nilai jumlah pinjaman yang anda mahu dapatkan, masukkan jumlah kadar tempoh bayaran balik dan jumlah pendapatan anda. Kemudian sistem website akan banding (compare) dan memaparkan berapa bayaran bulanan yang anda akan kena bayar berdasarkan anggaran kadar faedah yang ditawarkan oleh setiap bank.
Dari result keputusan perbandingan inilah yang akan membantu anda untuk buat keputusan untuk mendapatkan rate loan kereta dari bank yang mana yang sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Jelas? Faham?
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Malah, anda jangan terkejut yang anda boleh terus tekan butang “apply” untuk ketahui samada anda layak atau tidak mendapatkan pinjaman loan kereta dari bank berkenaan secara online. Ini kerana bukan semua bank akan terima permohonan kita dan kadar faedah yang sama yang akan ditawarkan kepada anda. Ianya masih tertakluk kepada kredit skor pinjaman yang anda telah buat sebelum ini bagi mendapatkan kadar interest rate yang rendah dan murah. Atau anda mahu mudah buat kerja, sila submit dokumen melalui saya jika anda mahu beli kereta baru. Kami akan bantu anda. Berminat boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.
2 Comments
Saya belum mampu beli kereta baharu tuan…saya masih guna kereta lama hehehe
sama la saya