Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Servis Menukar Timing Belt Proton Saga
    Info

    Servis Menukar Timing Belt Proton Saga

    adminBy admin17/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kisah pengalaman lalu sebagai pengguna kereta Proton Saga BLM, baru sekali sahaja saya pernah menukar timing belt saga saya ini. Bila saya semak balik artikel tersebut, rupa rupanya saya telah menggunakan Proton Saga BLM ini lebih dari 3 tahun setengah. Dan kini saya perlu menukar timing belt proton saga buat kali yang kedua. Bila lihat balik pelekat servis timing belt ini, ianya menunjukkan saya perlu membuat penukaran timing belt pada jarak 170KM dan ianya sudah sampai masa untuk ditukar dan diservis semula. Bila kira dalam jumlah “tahun”, nampak sekejap sahaja sudah kena tukar timing belt kereta semula.

    Sebab itulah pembuat dan pengeluar timing belt kenderaan memberikan masa dan jarak perjalanan untuk membuat penukaran timing belt yang baharu. Ianya bukan berapa lama masa penggunaan tetapi berapa jarak perjalanan yang timing belt tersebut sudah tempohi. Kalau dari pengalaman saya pula, saya nampaknya perlu membuat penukaran timing belt proton saga setiap 3 tahun lebih. Ini kerana kereta saga saya adalah kenderaan utama untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Jadi tidak hairan kenapa penukaran agak cepat.

    Posisi timing belt proton saga
    Posisi timing belt proton saga

    Pengalaman Tukar Timing Belt Proton Saga Yang Baru

    Bila bercakap soal untuk men-servis timing belt kereta, saya agak mengambil berat akan perkara ini. Ini kerana timing belt ibarat “rantai” yang akan menggerakkan kenderaan. Kalau timing belt terputus, kereta anda tidak boleh bergerak. Ianya sangat merbahaya kalau terputus ketika anda memandu di jalan raya. Lebih baik mencegah dari merawat betul? Kalau ikutkan kata pomen, timing belt proton saga saya masih boleh pakai lagi dalam sebulan dua. Tapi saya tidak mahu mengambil risiko. Terus tukar yang baru sementara ada duit.

    Untuk pengetahuan anda ada 2 belting di sekitar kawasan timing belt tersebut. Satu timing belt untuk enjin dan satu lagi timing belt untuk aircond. Biasanya saya akan tukar kedua duanya sekali kerana mudah kerja. Jadi tidak perlulah saya pening memikirkan bilakah masa untuk menukar timing belt enjin dan juga untuk aircond. Tukar dua dua terus senang. Di bawah ini adalah kos yang saya kena bayar untuk menukar timing belt proton saga saya ini.

    Kos menukar dan mengganti timing belt proton saga
    Kos menukar dan mengganti timing belt proton saga

    Kos Servis/Tukar Timing Belt Saga

    • Timing Belt Saga – RM370
    • Belting Fan- RM90
    Harga set timing belt kereta Proton di Shopee
    Harga set timing belt kereta Proton di Shopee

    Beli Timing Belt Kereta

    • [ Shopee ] – Anda boleh dapatkan timing belt pelbagai jenis model kereta secara online di sini

    Jumlah keseluruhan untuk menukar timing belt proton saga yang baharu adalah sebanyak RM460 sahaja termasuk upah pemasangan. Jarak pemanduan bagi penukaran timing belt yang seterusnya adalah setiap 80000KM sekali tukar. Saya tukar ketika meter menunjukkan 179763KM dan perlu menukar timing belt seterusnya pada 259763. Dan masa yang diambil bagi menyiapkannya adalah selama 4 jam. Ini kerana kereta perlu di sejukkan enjin terlebih dahulu baru mereka boleh buat kerja.

    Untuk pengetahuan anda, kereta saga saya adalah model BLM. Saya tidak pasti samada model Saga FLX dan juga new Saga yang baharu timing belt mereka sama atau tidak. Kalau mengikut logik, oleh kerana enjin kereta saga adalah sama iaitu dari model Campro, maka sudah pasti timing belt yang digunakan adalah sama. Sebenarnya saya memang tidak tahu di bengkel manakah yang patut saya pergi untuk menukar timing belt proton saga. Saya cuba bertanya di Bengkel Mico Tyre Car Servies Centre di Penang. Dan ternyata mereka ada menyediakan servis untuk menukar timing belt kereta. Saya buat di situ. No tel mereka adalah 04-5376299. Terbaik.

    Beli Timing Belt Proton Saga Harga Timing Belt Proton Saga Timing Belt Kereta Timing Belt Kereta Proton Saga Timing Belt Proton Saga Tukar Timing Belt Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.