Kisah pengalaman lalu sebagai pengguna kereta Proton Saga BLM, baru sekali sahaja saya pernah menukar timing belt saga saya ini. Bila saya semak balik artikel tersebut, rupa rupanya saya telah menggunakan Proton Saga BLM ini lebih dari 3 tahun setengah. Dan kini saya perlu menukar timing belt proton saga buat kali yang kedua. Bila lihat balik pelekat servis timing belt ini, ianya menunjukkan saya perlu membuat penukaran timing belt pada jarak 170KM dan ianya sudah sampai masa untuk ditukar dan diservis semula. Bila kira dalam jumlah “tahun”, nampak sekejap sahaja sudah kena tukar timing belt kereta semula.
Sebab itulah pembuat dan pengeluar timing belt kenderaan memberikan masa dan jarak perjalanan untuk membuat penukaran timing belt yang baharu. Ianya bukan berapa lama masa penggunaan tetapi berapa jarak perjalanan yang timing belt tersebut sudah tempohi. Kalau dari pengalaman saya pula, saya nampaknya perlu membuat penukaran timing belt proton saga setiap 3 tahun lebih. Ini kerana kereta saga saya adalah kenderaan utama untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Jadi tidak hairan kenapa penukaran agak cepat.

Pengalaman Tukar Timing Belt Proton Saga Yang Baru
Bila bercakap soal untuk men-servis timing belt kereta, saya agak mengambil berat akan perkara ini. Ini kerana timing belt ibarat “rantai” yang akan menggerakkan kenderaan. Kalau timing belt terputus, kereta anda tidak boleh bergerak. Ianya sangat merbahaya kalau terputus ketika anda memandu di jalan raya. Lebih baik mencegah dari merawat betul? Kalau ikutkan kata pomen, timing belt proton saga saya masih boleh pakai lagi dalam sebulan dua. Tapi saya tidak mahu mengambil risiko. Terus tukar yang baru sementara ada duit.
Untuk pengetahuan anda ada 2 belting di sekitar kawasan timing belt tersebut. Satu timing belt untuk enjin dan satu lagi timing belt untuk aircond. Biasanya saya akan tukar kedua duanya sekali kerana mudah kerja. Jadi tidak perlulah saya pening memikirkan bilakah masa untuk menukar timing belt enjin dan juga untuk aircond. Tukar dua dua terus senang. Di bawah ini adalah kos yang saya kena bayar untuk menukar timing belt proton saga saya ini.

Kos Servis/Tukar Timing Belt Saga
- Timing Belt Saga – RM370
- Belting Fan- RM90

Beli Timing Belt Kereta
- [ Shopee ] – Anda boleh dapatkan timing belt pelbagai jenis model kereta secara online di sini
Jumlah keseluruhan untuk menukar timing belt proton saga yang baharu adalah sebanyak RM460 sahaja termasuk upah pemasangan. Jarak pemanduan bagi penukaran timing belt yang seterusnya adalah setiap 80000KM sekali tukar. Saya tukar ketika meter menunjukkan 179763KM dan perlu menukar timing belt seterusnya pada 259763. Dan masa yang diambil bagi menyiapkannya adalah selama 4 jam. Ini kerana kereta perlu di sejukkan enjin terlebih dahulu baru mereka boleh buat kerja.
Untuk pengetahuan anda, kereta saga saya adalah model BLM. Saya tidak pasti samada model Saga FLX dan juga new Saga yang baharu timing belt mereka sama atau tidak. Kalau mengikut logik, oleh kerana enjin kereta saga adalah sama iaitu dari model Campro, maka sudah pasti timing belt yang digunakan adalah sama. Sebenarnya saya memang tidak tahu di bengkel manakah yang patut saya pergi untuk menukar timing belt proton saga. Saya cuba bertanya di Bengkel Mico Tyre Car Servies Centre di Penang. Dan ternyata mereka ada menyediakan servis untuk menukar timing belt kereta. Saya buat di situ. No tel mereka adalah 04-5376299. Terbaik.