Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Servis Proton Saga Sebelum Balik Kampung
    Info

    Servis Proton Saga Sebelum Balik Kampung

    adminBy admin18/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bila hendak memandu jauh, kita kenalah lihat keadaan kenderaan kita samada ianya sudah bersedia atau tidak. Bersedia dari segi apa? Bersedia samada benda benda asas sudah dipastikan baik untuk mengurangkan risiko ianya rosak ditengah jalan. Dan raya ini saya akan memandu dari Pulau Pinang ke Johor. Satu perjalanan yang jauh. Dan sebelum balik kampung, saya servis proton saga saya di bengkel. Sedikit dari perkongsikan saya ini kepada anda yang menggunakan kereta yang sama seperti saya berkenaan apa yang perlu anda kisahkan dan juga berkenaan kos servis.

    Bila lihat pelekat jadual servis sudah sampai masa dan kebetulan mahu balik beraya di kampung. Maka eloklah kalau kita servis kereta terlebih dahulu. Dan biasalah, perkara pertama sekali bila bercakap tentang servis kenderaan, kita tidak boleh lari dari keperluan menukar minyak hitam iaitu minyak enjin yang perlu ditukar mengikut jadual dengan tepat. Perkara pertama yang paling penting bagi sebuah kenderaan adalah jantungnya. Jantung bagi sesebuah kenderaan adalah enjin. Untuk memastikan engine dapat berjalan lebih lama, maka kenalah jaga minyak hitam. Jangan lewat untuk servis.

    Servis proton saga sebelum balik kampung
    Servis proton saga sebelum balik kampung

    Servis Proton Saga Auto Untuk Jalan Jauh

    Bagi kenderaan yang menggunakan sistem gear jenis automatik, maka anda kena jaga “minyak gear”. Perkara kedua paling mahal untuk servis selepas minyak enjin adalah minyak gear. Kalau anda tidak menjaga minyak gear auto, dan kalau rosak, bersedialah dengan wang ribuan ringgit. Dengar cerita, gear box auto cvt yang terdapat dalam Proton Saga baru boleh cecah sehingga ribuan ringgit untuk menukar yang baharu kalau kotak gear box rosak. Jadi jangan ambil mudah berkenaan servis minyak gear auto ini. Sila ikut jadual yang telah ditetapkan.

    Slip bayaran selepas servis proton saga
    Slip bayaran selepas servis proton saga

    Perkara ketiga adalah berkenaan tayar. Jalan jauh, tayar botak, jangan cari pasal. Bila anda memandu jauh dalam tempoh yang lama, tayar akan menjadi sangat panas. Kalau tayar sudah menampakkan tanda tanda botak, licin, tiada bunga, lebih baik tukar tayar baharu dengan segera. Kalau hari hujan, lagilah berisiko tinggi. Anda tidak boleh bawa laju. Kalau tiba tiba tayar meletop kerana bocor, pemanduan anda ketika itu akan merisikokan nyawa anda dan juga penumpang anda. Yang pasti, jangan lupa tayar spare yang telah siap berisi angin di bonet kenderaan anda sebagai langkah berjaga jaga.

    Perkara keempat adalah peralatan untuk menukar tayar seperti spanar, screw driver, kain pengesat, botol berisi air kosong, lampu suluh ini semua adalah barang yang perlu ada bagi setiap kenderaan. Benda ini akan sangat diperlukan ketika kecemasan. Kalau tayar pancit, tools untuk tukar tayar tiada, meranalah anda. Pastikan ada buat persediaan sewajarnya setiap kali anda mahu berjalan jauh.

    Harga minyak hitam minyak enjin kereta Proton
    Harga minyak hitam minyak enjin kereta Proton

    Engine Oil Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli minyak hitam kereta Proton Saga di sini

    Perkara kelima dan terakhir adalah berkenaan “coolant”. Pastikan air coolant mencukupi pada radiator enjin kereta anda. Memandu jauh dalam jangka masa lama, enjin akan menjadi sangat panas. Air coolant pada radiator lah yang akan memastikan suhu enjin kekal normal terkawal sepanjang pemanduan. Ramai orang kurang melihat takat penuh air penyejuk enjin ini kerana merasakan ianya senantiasa ada. Kalau kurang, anda boleh tambahkan dengan air mineral ya. Jangan air biasa. Nanti berkarat pula radiator anda. Beli sahaja air mineral dari kedai stesen minyak dan isikan.

    Sebenarnya ada banyak lagi benda yang perlu anda ambil tahu dan servis dahulu sebelum balik kampung. Namun 5 benda ini adalah perkara yang paling mustahak bagi saya berdasarkan berpengalaman memandu kereta. Tadi pun saya sudah servis proton saga saya untuk menukar minyak enjin, minyak gear dan tambahkan air coolant. Entah kenapa kali ini kos untuk servis proton saga terasa sedikit lebih mahal dari biasa. Adakah kedai yang saya pergi ini kenakan cas yang mahal, atau produk yang digunakan memang mahal atau harga barang untuk servis kenderaan sudah naik. Tidak mengapalah, asalkan kereta sudah servis, rasa yakin sedikit untuk memandu jauh. Selamat memandu.

    Kos Servis Proton Saga Servis Kereta Proton Saga Servis Proton Saga
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.