Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Dan Pasang Sport Rim TC105N Pada Preve
    Preve

    Beli Dan Pasang Sport Rim TC105N Pada Preve

    adminBy admin29/08/2024Updated:06/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bengkel kereta di tempat saya memang bengkel kereta yang fokus kepada servis menukar dan baiki tayar, rim tayar dan juga bateri. Namun lebih ramai pelanggan yang ke sana untuk pelbagai servis baiki kenderaan. Bila selalu tukar minyak hitam, tukar minyak gear dan repair tayar bocor, maka selalu jugalah melihat sport rim kereta yang mereka jual. Hanya dua model sport rim yang saya selalu survey iaitu ZE40 dan juga sport rim TC105N. Kalau anda lihat kedua dua sport rim ini ianya memiliki corak rim yang hampir sama iaitu berjejari kecil dan banyak batang jejari.

    Sebelum ini pakai kereta Perodua Viva, memang malas hendak tukar sport rim pun. Selepas itu pakai kereta Proton Saga BLM pula, pun malas hendak make up kereta. Dan hanya selepas menggunakan kereta Proton Preve barulah ada semangat hendak menukar sport rim asal original Preve kepada sport rim yang diminati sejak lama iaitu dari model TC105N. Selepas membuat sedikit survey baru tahu yang rim kereta TC105 ini ada 2 versi iaitu TC105N dan juga TC105X. TC105X lebih baru dan ada sedikit upgrade tetapi tidak ketara lah.

    Permandangan tepi Preve
    Permandangan tepi Preve

    Sport Rim TC105N Untuk Proton Preve

    Saya ke bengkel Chian Soon Tyre di Bandar Perda Pulau Pinang. Ada model sport rim yang saya memang telah survey dan berkenan iaitu ZE40 dari Rays dan juga TC105N dari WedsSport. Cumanya pilihan warna agak terhad ketika saya mahu beli rim tersebut. Warna yang saya mahukan sebenarnya adalah seakan akan grey dan juga matte. Namun kedua dua sport rim tersebut hanya ada warna emas (gold), hitam (black) dan juga seakan silver. Dari pilihan warna yang ada, saya suka dengan warna hitam tetapi bagi saya ianya kurang cantik jika gambar di ambil. Nampak tayar dan sport rim akan menjadi warna sama dan tidak timbul iaitu menyerlah.

    Atas sebab itu, saya memilih sport rim TC105N sebagai pilihan kerana warna yang menyerlah menurut mata saya. Mungkin lain orang lain yang mereka suka. Hasil tolak rim lama iaitu trade in dengan sport rim Preve saiz 16 inch, maka saya kena tambah duit lagi RM980 termasuk kos alignment dan balancing tayar. Saya setuju. Gambar pertama di atas ini adalah gambar asal Proton Preve dengan sport rim original bersaiz 16 inch. Dan gambar kedua di bawah ini adalah gambar Proton Preve selepas menggunakan rim TC105N yang juga bersaiz 16 inch. Ada perubahan tidak?

    Proton Preve dengan sport rim TC105N
    Proton Preve dengan sport rim TC105N

    Sebenarnya pemilik kereta mahu tukar sport rim asal original kepada sport rim yang lain adalah kerana faktor berat dan juga kosmetik sahaja. Kenapa faktor berat? Ada sesetengah pemilik kereta berpendapat yang sport rim yang lebih ringan membuatkan pemanduan berasa lebih ringan dan menjimatkan minyak petrol. Betul atau tidak saya tidak pasti. Yang pasti perubahan penjimatan minyak tersebut mungkin minima sahaja. Kebanyakkan lebih kepada kosmetik kerana mahukan rim yang lebih nampak cantik. Itu sahaja. Saya pun begitu.

    Kedai Sport Rim Penang

    • [ Chian Soon Tyres/Battery ] – Facebook rasmi.
    • Address – 2, Lorong Perda Utama 10, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
    • Telephone Number – 04-537 2951.
    • [ Shopee ] – Cari dan beli tayar sportrim kereta secara online

    Maaf saya tidak boleh bercerita detail tentang soalan yang mungkin anda mahu tanyakan kerana saya bukanlah pakar atau tahu selok belok berkenaan tayar dan juga rim kereta. Asalkan beli, pasang dan bengkel tidak cakap ada apa apa masalah, maka oklah menurut saya. Ini kerana bengkel kereta ini antara yang saya percaya kerana sudah banyak kali melakukan servis kenderaan di sini sejak bertahun tahun lalu dan tidak menghadapi apa apa masalah dari segi penipuan dan sebagainya. Orang lain saya tidak pasti.

    Soalan yang ada di tanya di Facebook geng geng Proton Preve berkenaan pemilihan antara rim sukan (sport rim) ZE40 dan juga TC105N adalah kenapa tidak ambil rim warna hitam kerana berpendapat lebih lawa. Ya saya setuju ianya cantik. Cuma apa yang saya perasan, rim yang berwarna hitam hanya cantik selepas dibasuh dan dilihat depan depan. Kalau dilihat dari jauh, rim menjadi kotor atau ketika tangkap gambar, rim berwarna hitam nampak sama warna dengan tayar kereta dan rim menjadi tidak menyerlah. Atas sebab itu saya memilih sport rim TC105N kerana ada pilihan warna cerah seperti seakan akan warna silver. Itu pandangan sayalah. BYE!!!

    Sportrim 16 Inch Sportrim Proton Preve Sportrim WedsSport TC150N
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.