Bengkel kereta di tempat saya memang bengkel kereta yang fokus kepada servis menukar dan baiki tayar, rim tayar dan juga bateri. Namun lebih ramai pelanggan yang ke sana untuk pelbagai servis baiki kenderaan. Bila selalu tukar minyak hitam, tukar minyak gear dan repair tayar bocor, maka selalu jugalah melihat sport rim kereta yang mereka jual. Hanya dua model sport rim yang saya selalu survey iaitu ZE40 dan juga sport rim TC105N. Kalau anda lihat kedua dua sport rim ini ianya memiliki corak rim yang hampir sama iaitu berjejari kecil dan banyak batang jejari.
Sebelum ini pakai kereta Perodua Viva, memang malas hendak tukar sport rim pun. Selepas itu pakai kereta Proton Saga BLM pula, pun malas hendak make up kereta. Dan hanya selepas menggunakan kereta Proton Preve barulah ada semangat hendak menukar sport rim asal original Preve kepada sport rim yang diminati sejak lama iaitu dari model TC105N. Selepas membuat sedikit survey baru tahu yang rim kereta TC105 ini ada 2 versi iaitu TC105N dan juga TC105X. TC105X lebih baru dan ada sedikit upgrade tetapi tidak ketara lah.
Sport Rim TC105N Untuk Proton Preve
Saya ke bengkel Chian Soon Tyre di Bandar Perda Pulau Pinang. Ada model sport rim yang saya memang telah survey dan berkenan iaitu ZE40 dari Rays dan juga TC105N dari WedsSport. Cumanya pilihan warna agak terhad ketika saya mahu beli rim tersebut. Warna yang saya mahukan sebenarnya adalah seakan akan grey dan juga matte. Namun kedua dua sport rim tersebut hanya ada warna emas (gold), hitam (black) dan juga seakan silver. Dari pilihan warna yang ada, saya suka dengan warna hitam tetapi bagi saya ianya kurang cantik jika gambar di ambil. Nampak tayar dan sport rim akan menjadi warna sama dan tidak timbul iaitu menyerlah.
Atas sebab itu, saya memilih sport rim TC105N sebagai pilihan kerana warna yang menyerlah menurut mata saya. Mungkin lain orang lain yang mereka suka. Hasil tolak rim lama iaitu trade in dengan sport rim Preve saiz 16 inch, maka saya kena tambah duit lagi RM980 termasuk kos alignment dan balancing tayar. Saya setuju. Gambar pertama di atas ini adalah gambar asal Proton Preve dengan sport rim original bersaiz 16 inch. Dan gambar kedua di bawah ini adalah gambar Proton Preve selepas menggunakan rim TC105N yang juga bersaiz 16 inch. Ada perubahan tidak?
Sebenarnya pemilik kereta mahu tukar sport rim asal original kepada sport rim yang lain adalah kerana faktor berat dan juga kosmetik sahaja. Kenapa faktor berat? Ada sesetengah pemilik kereta berpendapat yang sport rim yang lebih ringan membuatkan pemanduan berasa lebih ringan dan menjimatkan minyak petrol. Betul atau tidak saya tidak pasti. Yang pasti perubahan penjimatan minyak tersebut mungkin minima sahaja. Kebanyakkan lebih kepada kosmetik kerana mahukan rim yang lebih nampak cantik. Itu sahaja. Saya pun begitu.
Kedai Sport Rim Penang
- [ Chian Soon Tyres/Battery ] – Facebook rasmi.
- Address – 2, Lorong Perda Utama 10, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Telephone Number – 04-537 2951.
- [ Shopee ] – Cari dan beli tayar sportrim kereta secara online
Maaf saya tidak boleh bercerita detail tentang soalan yang mungkin anda mahu tanyakan kerana saya bukanlah pakar atau tahu selok belok berkenaan tayar dan juga rim kereta. Asalkan beli, pasang dan bengkel tidak cakap ada apa apa masalah, maka oklah menurut saya. Ini kerana bengkel kereta ini antara yang saya percaya kerana sudah banyak kali melakukan servis kenderaan di sini sejak bertahun tahun lalu dan tidak menghadapi apa apa masalah dari segi penipuan dan sebagainya. Orang lain saya tidak pasti.
Soalan yang ada di tanya di Facebook geng geng Proton Preve berkenaan pemilihan antara rim sukan (sport rim) ZE40 dan juga TC105N adalah kenapa tidak ambil rim warna hitam kerana berpendapat lebih lawa. Ya saya setuju ianya cantik. Cuma apa yang saya perasan, rim yang berwarna hitam hanya cantik selepas dibasuh dan dilihat depan depan. Kalau dilihat dari jauh, rim menjadi kotor atau ketika tangkap gambar, rim berwarna hitam nampak sama warna dengan tayar kereta dan rim menjadi tidak menyerlah. Atas sebab itu saya memilih sport rim TC105N kerana ada pilihan warna cerah seperti seakan akan warna silver. Itu pandangan sayalah. BYE!!!