Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Cara Tampal Tayar Kereta Bocor

    adminBy admin06/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya pengguna kereta Proton Preve. Sebenarnya sudah 2 bulan saya perasan yang tayar kereta sebelah pemandu kerap pancit. Bukanlah pancit banyak. Tetapi perasanlah kalau seminggu tidak pam tayar, mesti tayar tersebut kempis lebih banyak berbanding 3 tayar yang lain. Dan kebetulan saya mahu membuat servis kereta untuk balik kampung, maka saya ambil peluang tersebut untuk minta mekanik untuk check keadaan semasa tayar kereta saya. Terkejut saya rupanya ada paku kecil yang telah tertusuk dalam tayar kereta saya. Jadi mahu tidak mahu terpaksa untuk tampal tayar kereta telah terkena paku.

    Bila hendak balik kampung atau ada keperluan untuk bergerak jauh menggunakan kenderaan. Maka salah satu faktor terpenting berkenaan kondisi kereta adalah tentang keadaan semasa tayar tersebut. Tayar tidak boleh botak atau bunga tayar sudah haus. Alignment tayar kena betul. Angin tayar kena dalam keadaan yang mencukupi. Dan yang paling penting kena ada tayar spare kalau tiba tiba tayar kereta bocor. Di sebabkan saya sedar yang tayar kereta saya bocor sedikit, maka saya buat semakan di bengkel kereta.

    Tayar kereta pancit kena paku
    Tayar kereta pancit kena paku

    Tayar Kereta Pancit Kena Paku

    Gambar di atas ini adalah gambar sebenar paku kecil yang telah tertusuk pada tayar kereta saya. Sebenarnya proses untuk buat sendiri tampung bocor lubang tayar kereta adalah mudah sahaja. Cumanya oleh kerana kita tidak pernah melakukannya sendiri dan kebetulan kita memang tidak ada alat yang sesuai, maka kita suruh sahaja bengkel kereta yang buatkan untuk kita. Kalau tayar kereta pancit dan masih ada angin, bolehlah bawa kereta ke bengkel. Kalau tayar sudah bocor atau kempis terus, maka tidak boleh bawa kereta. Rosak nanti sport rim dan tayar kereta.

    Saya hanya ada kereta sahaja dan tidak ada motosikal. Jadi saya gunakan kereta 100% untuk ulang alik ke tempat kerja. Dengan kata lain, pengalaman tayar pancit, tayar kempis dan tayar meletup ketika memandu adalah hal yang biasa. Cumanya kalau kena tengah jalan, tiada pam angin, memang kena tukar tayar spare terus lah. Kalau tayar kena skru atau paku dan pancit sendikit, lebih baik kalau ada tool kit untuk tampung (cucuk getah cacing) dan tampal bahagian yang bocor tersebut. Murah ja. Tidak sampai RM20 pun.

    Tool kit alat untuk baiki dan tampal lubang bocor tayar kereta
    Tool kit alat untuk baiki dan tampal lubang bocor tayar kereta

    Beli Tire Puncture Repair Tool Kit

    • [ Shopee ]  – anda boleh cari dan beli alatan untuk tampal tayar kereta bocor seperti gambar di atas ini secara online.

    Saya share terus panduan cara cabut paku, skru dan cara untuk tampal lubang tayar kereta guna tool kit yang macam gambar dan video di atas ini. Alat seperti ini patut ada untuk setiap pemilik kereta. Kalau pun anda mungkin tidak reti dan tidak tahu guna, paling tidak anda dapat meminta tolong orang lain yang boleh  membantu anda dengan syarat anda ada tool peralatan yang sesuai untuk setiap masalah seperti tayar kereta pancit terkena paku seperti ini. Ye lah, kadang kita hendak minta bantuan orang tetapi kita sendiri tidak menyediakan peralatan yang boleh memudahkan orang untuk membantu anda. Apa pun selamat membeli alat “cacing” untuk tampal lubang bocor tayar kereta melalui link di atas ini ya. Selamat mencuba. BYE!!!.

    Cacing Tayar Kereta Tampal Tayar Kereta Tampung Tayar Kereta Tayar Kereta Bocor Tayar Kereta Kempis Tayar Kereta Pancit
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.