Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Tayar Bunyi Berdengung Tanda Bearing Sudah Rosak
    Info

    Tayar Bunyi Berdengung Tanda Bearing Sudah Rosak

    adminBy admin24/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Adakah anda mempunyai pengalaman ketika memandu kereta dan terdengar bunyi mengaum atau berdengung pada tayar kereta anda? Jika ada, biasanya ianya datang dari dua punca utama. Yang pertama berpunca dari masalah penyerap hentak iaitu absorber yang sudah rosak seperti minyak tumpah (leaking). Ianya menyebabkan alignment tayar lari, bunga tayar menjadi haus tidak sekata dan menyebabkan bunyi berlaku. Dan penyebab yang kedua adalah datangnya dari bearing tayar kereta yang sudah rosak. Selalunya penyebab yang kedua inilah yang paling kerap berlaku. Tanda bearing sudah rosak ini mudah sahaja hendak kesan. Bagaimana?

    Biasanya kalau masalah ini diadukan kepada bengkel kereta, mereka biasanya akan membuat check pada tayar. Apa yang mereka akan buat adalah sentuh absorber kereta sambil memusingkan roda tayar. Ketika roda tayar dipusingkan, mereka akan cuba merasakan “gegaran” pada absorber. Jika tiada atau kurang, maka bearing roda berkenaan masih ok. Jika ketika dipusingkan roda tayar berkenaan dan terasa gegaran pada absorber, maka bearing untuk tayar tersebut sudah rosak dan perlu diganti.

    Contoh bearing tayar kereta untuk Proton Saga
    Contoh bearing tayar kereta untuk Proton Saga

    Bearing Sudah Rosak Punca Bunyi Mengaum Berdengung

    Kepada yang tidak faham “apa itu bearing”. Saya pasti anda pernah belikan untuk anak fidget spinner atau paling tidak nampak alat ini di pasar pasar betul? Apa yang mereka selalu buat? Mereka akan pusingkan fidget spinner ini betul? Biasanya fidget spinner mana yang paling lama berpusing? Yang paling lama berpusing adalah fidget spinner yang mempunyai “bearing” yang paling bagus. Ianya berpusing sebab bearing lah. Dan bearing inilah yang diguna pakai kepada roda tayar kereta anda jelas?

    bearing sudah rosak dan perlu diganti
    bearing sudah rosak dan perlu diganti
    Resit bill gantian bearing tayar kereta yang baru untuk Proton Saga
    Resit bill gantian bearing tayar kereta yang baru untuk Proton Saga

    Cumanya bearing yang digunakan pada kereta tidaklah sama dengan bearing yang digunakan pada fidget spinner. Maksud saya, konsepnya adalah serupa. Apa apa benda yang berpusing, ianya memang menggunakan bearing untuk ianya berputar dengan baik. Kalau bearing sudah rosak, maka tayar masih boleh berputar, tetapi ianya menghasilkan gegaran yang mana dapat anda rasai ketika memandu yang akan menghasilkan bunyi seperti mengaum atau berdengung. Faham?

    Proton Saga saya baru baru berbunyi bising hampir sebulan lamanya. Saya biarkan sahaja. Tetapi dari hari ke hari ianya menjadi semakin bising dan berbunyi dengung agak kuat. Orang yang naik pun terasa akan bunyi bising tersebut dan membuat suara bunyinya sama seperti bunyi “turbo”. Orang diluar tidaklah dengar. Tetapi orang yang berada di dalam kabin kereta akan terdengar bunyi bising tersebut ketika kereta berjalan.

    Harga bearing tayar kereta Proton Saga
    Harga bearing tayar kereta Proton Saga

    Bearing Kereta Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli bearing tayar kereta Proton Saga di sini

    Saya hantar ke bengkel. Mekanik berjaya jumpa puncanya iaitu bearing sudah rosak. Kos untuk menukar dan menggantikan bearing tayar kereta yang baharu adalah RM130 untuk Proton Saga saya. Saya tidak pasti untuk model kereta yang lain apakah sama atau lain. Proses gantian tidaklah lama. Sekejap sahaja.

    Di atas ini saya kongsikan gambar dan juga video untuk anda lihat sendiri bentuk sebenar bearing tayar kereta dan bagaimana proses menukarnya. Dan selepas menggantikan bearing sudah rosak kepada yang baru, bunyi mengaum berdengung sudah tiada lagi. Bawa kereta terasa tenang dan senyap semula. Kalau anda mempunyai masalah seperti ini, cepat cepat tukar ya. Bye.

    Bearing Kereta Bearing Kereta Berbunyi Bearing Kereta Berdengung Bearing Kereta Proton Bearing Kereta Proton Saga Bearing Kereta Rosak Bearing Tayar Kereta Beli Bearing Kereta Ganti Bearing Kereta Harga Bearing Kereta Pasang Bearing Kereta Tukar Bearing Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.