MyTukar adalah sebuah syarikat yang menjual kereta terpakai yang terpercaya dan professional. Dengan kata lain, kalau anda mahu beli kereta terpakai (second hand car) di kedai used car yang meyakinkan, maka MyTukar adalah pilihan yang paling terbaik. Cumanya, oleh kerana syarikat dari Singapura telah membeli pegangan ke dalam syarikat MyTukar, maka jenama MyTukar sekarang telah dijenamakan sebagai Carro. Jadi kalau anda lihat ada tulisan terpapar MyTukar powerd by Carro, maka anda kena faham yang MyTukar adalah sama dengan Carro. Harap maklum ya.
Seperti mana mana kedai yang menjual kenderaan terpakai, mereka memang menerima kaedah “Trade In”. Jadi sama juga halnya dengan kedai MyTukar (Carro) ini. Ya, anda boleh jual kereta anda di MyTukar dan beli kereta terpakai yang lain pula di MyTukar juga. Dan kaedah ini orang sebut sebagai trade-in kereta. Sebenarnya perkataan trade in kurang tepat. Cumanya ianya adalah istilah yang popular di Malaysia. Yang betul adalah, anda jual kereta lama dan beli kereta baru di tempat dan kedai yang sama. Trade in adalah proses yang melibatkan penjualan kereta dan pembelian kereta juga. Harap maklum.
Panduan Trade-In Kereta Di MyTukar (Carro)
Dan apa kelebihan jika melakukan proses trade in kereta? Biasanya orang yang mahu trade in kereta mahu menjual kereta mereka dengan harga sedikit tinggi dari biasa. Contoh, dulu saya pernah jual kereta Proton Saga saya di kedai used car dan mereka mahu beli dengan harga RM4500 sahaja. Oleh kerana saya juga membeli kereta terpakai yang baru di kedai mereka juga, maka mereka akan membeli kereta Proton Saga saya dengan harga sedikit lebih tinggi iaitu RM5000-RM5500. Kenapa lebih tinggi dari biasa? Sebab saya trade in di kedai mereka juga. Jelas? Faham?
Trade In Kereta Di MyTukar (Carro)
- Harga jual kereta adalah sama seperti biasa tanpa trade in. MyTukar tidak membeli kereta anda dengan harga sedikit lebih tinggi walaupun anda mahu menjual secara trade in.
- Harga beli kereta adalah sama seperti biasa tanpa trade in. MyTukar tidak menjual kereta mereka dengan harga sedikit lebih rendah murah walaupun anda mahu membeli secara trade in.
Di sini jelas menunjukkan bahawa kereta yang anda mahu jual dan beli secara trade in di MyTukar adalah sama dan tidak ada beza. Kalau kedai kereta used car biasa akan beli kereta dengan harga sedikit tinggi, harga jual kereta pula adalah sama. Sedangkan MyTukar pula membeli dan menjual kereta dengan harga yang sama. Jadi apa kelebihan buat trade in kereta di MyTukar?
Di MyTukar, mereka membuat PROMOSI BULANAN. Kalau anda mahu jual kereta anda, harga yang akan pihak MyTukar beli dari anda adalah sama sahaja dengan kedai used car yang biasa di tempat lain. Tiada beza. Yang berbeza adalah promosi ketika anda mahu membeli kereta di MyTukar mengikut promosi yang ditawarkan pada bulan tersebut. Saya kongsikan contoh sebenar promosi seperti di bawah ini.
Promosi New Year Sale 2025 MyTukar (Carro)
- Tarikh Promosi : 2 January – 25 February 2025
- Promotion;
- Up to RM10K OFF
- Extended one year warranty (Total 2 years) for engine & gearbox
- Entitled to get RM200 petrol card for the first 100 customers that book and deliver
- Only selected car entitled
Berdasarkan contoh sebenar di atas, pihak MyTukar (Carro) membuat promosi jualan kereta selama hampir 2 bulan. Kereta yang terpilih akan ada diskaun dan yang paling tinggi adalah sebanyak RM10K diskaun penjimatan. Dan kereta yang dibeli dalam tempoh ini akan mendapat 2 tahun jaminan warranty untuk enjin dan kotak gearbox. Berbaloi? Jawapannya adalah YA.
Dealer Jual Beli Kereta Terpakai
- Kami adalah ejen dealer berdaftar yang menawarkan servis membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami melalui link di bawah ini.
- [ Form Untuk Jual Kereta ] – Ini adalah link borang tempahan untuk anda isi masukkan detail info yang diminta dengan betul dan tepat. Proses step sampai terjual kereta anda adalah seperti di bawah ini.
- Isi borang tempahan + Beritahu detail kereta
- Car inspection
- Tukar nama
- Pembayaran akan diberikan dalam masa 3 jam – 3 hari
Saya bukan pekerja MyTukar. Maka saya tidak dapat membantu anda untuk yang mahu jual kereta di MyTukar dan beli kereta di MyTukar secara trade in. Nasihat saya, sila ke pejabat MyTukar yang terdekat dengan tempat anda untuk melakukan proses tersebut.
Cumanya saya boleh membantu anda yang mahu jual kereta di MyTukar secara online. Apa maksud jual kereta secara online tanpa perlu ke MyTukar? Ya, kami ada ejen dealer yang boleh membantu anda untuk tolong jual kereta anda samada di kedai used car yang biasa atau di MyTukar (Carro) ikut pilihan anda. Anda hanya perlu klik link di atas untuk isikan form yang diberikan dan akan ada pihak team yang akan menghubungi anda untuk tindakkan seterusnya. Berminat? Isi form sekarang juga. Akhir sekali, saya harap anda faham akan proses untuk trade in kereta di MyTukar yang saya sampaikan ini ya. BYE!!!.