Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank

    adminBy admin23/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Aplikasi Wise adalah sebuah app smartphone yang dicipta khas untuk menukar dari matawang negara lain ke mata wang negara yang lain dengan mudah, cepat dan murah secara online. Mudah cerita ianya adalah sebuah kedai pengurup wang iaitu money changer yang boleh anda lakukan sendiri secara online di mana sahaja. Yang penting anda tidak membuang masa dan kos fee adalah jimat dan murah. Mungkin ada yang akan bertanya, bolehkah kita transfer duit Wise ke akaun bank tempatan kita? Bolehkah? Jawapannya adalah ya boleh!.

    Saya pernah menulis dan  tentang Cara Withdraw Duit Wise di mesin ATM menggunakan kad wise dan Cara Tukar Matawang Online menggunakan app Wise itu sendiri. Tetapi bagaimana pula kalau duit dalam akaun Wise masih berbaki banyak dan anda mahu hantar transfer semula ke akaun bank anda misalnya ke akaun bank CIMB atau Maybank. Jangan bimbang. Memang boleh.

    Cara transfer duit Wise
    Cara transfer duit Wise

    Panduan Transfer Duit Wise Ke Bank

    Contoh. Anda travel ke luar negara. Jadi anda beli dan tukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada mata wang Euro dan USD melalui aplikasi Wise. Dan selepas balik dari luar negara, ada masih berbaki lagi duit di dalam akaun Wise anda. Kaedah yang pertama, anda boleh sahaja ambil duit tersebut dengan withdraw duit dari akaun Wise melalui mesin ATM menggunakan kad Wise.

    Kaedah yang kedua adalah anda sebenarnya boleh untuk transfer duit dari Wise terus masuk ke akaun bank kita seperti CIMB, Maybank dan lain lain bank tempatan Malaysia. Cumanya anda kena faham yang anda tidak transfer dari bank tempatan ke bank tempatan yang lain. Anda sedang cuba transfer dari akaun luar negara iaitu akaun WISE ke dalam akaun bank tempatan. Jadi di sini anda perlu tahu Swift Code Bank Malaysia. Kod ini adalah kod arahan penghantaran duit antarabangsa. Kalau anda transfer dari bank luar negara ke bank tempatan dan sebaliknya pun memang kena guna kod Swift ini. Harap maklum ya.

    Transfer duit dari Wise ke akaun bank
    Transfer duit dari Wise ke akaun bank

    Cara Transfer Duit Dari Wise Ke Akaun Bank

    • [ Wise ] – Buka aplikasi Wise
    • Sila klik menu “Send”
    • Sila klik akaun matawang Malaysian Ringgit (MYR/Contoh)
    • Sila pilih “Same currency” dan klik “Continue”
    • Sila klik pada simbol “+” di sebelah kanan atas
    • Sila pilih “Myself” jika ingin transfer ke diri sendiri
    • Sila klik “Local bank account”
    • Sila pastikan nama anda betul. Sila pilih bank dan masukkan nombor akaun
    • Sila klik “Confirm” jika ke semua info yang anda berikan adalah betul
    • Semak semula. Klik “Confirm and send” untuk bersetuju transfer
    • Pilih sebab (reason) kepada anda ingin transfer duit dan klik “Submit”
    • Masukkan password untuk mengesahkan dan klik “Continue”
    • ALL SEND (Done).

    Berapa lama duit dari Wise masuk ke akaun bank? Saya cuba transfer duit Wise ke akaun Maybank saya. Selepas saya siap klik submit/continue di akaun Wise saya, ianya memaparkan yang ianya telah berjaya untuk hantar (transfer) duit wang tersebut dalam masa 17 saat sahaja. Saya terus check akaun Maybank saya di Maybank2u. Rupa rupanya duit dari Wise memang terus masuk serta merta. Memang pantas dan laju.

    Wang duit dari Wise telah masuk akaun bank
    Wang duit dari Wise telah masuk akaun bank

    Sebelum saya terlupa, rupa rupanya aplikasi Wise memang telah siap siap setting kod Swift bank negara di dunia. Jadi ketika kita memilih bank kita, kod swift telah di set kan serta merta. Jadi kita tidak perlu isi kod swift bank kita secara manual. Terbaiklah WISE!!.

    Saya telah rekod video sebenar sebagai bukti dan panduan anda tentang cara untuk transfer duit Wise ke akaun bank. Saya harap anda dapat faham dan ikuti panduan rujukan ini dengan mudah. Rasanya lengkap sudah ke semua tentang fungsi yang ada dan boleh Wise lakukan. Pendapat saya, anda boleh gunakan Wise ini untuk hantar duit ke luar negara dengan mudah, jimat dan murah. Hantar duit ke anak atau keluarga family anda diluar negara? Mudah jer, guna Wise sahaja. Selamat mencuba ya. BYE!!!.

    bagaimana transfer duit Wise cara transfer duit Wise transfer duit dari Wise transfer duit Wise transfer wang dari Wise transfer wang Wise
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.