Semalam saya mendapat pertanyaan yang saya sendiri belum pernah terfikir berkenaan insurans kereta. Soalan beliau adalah, adakah Zurich Insurance untuk kereta patuh syariah? Masalah yang berlaku adalah, beliau sudah terbeli insurans konvensional dan ianya dikatakan sama dengan takaful oleh ejen insurans tersebut. Dan beliau minta untuk tukar dari konvensional kepada takaful. Jadi saya bantu beliau untuk mencari jawapan sebab saya sendiri pun hendak tahu jalan penyelesaiannya.
Saya tanya terus kepada ejen yang mengendalikan insurans kereta tentang perkara ini. Boleh atau tidak untuk tukar insurans kereta konvensional kepada takaful kereta. Jawapannya adalah boleh batalkan insurans kereta selagi belum renew roadtax. Sudah sudah renew roadtax, maka tidak boleh untuk cancel insurans yang telah dibuat dan dibayar. Jadi di sini kata kuncinya adalah ROADTAX. Adakah anda ada masalah yang sama?
Tukar Insurans Kereta Kepada Takaful Kereta
Ketika anda mahu perbaharui cukai jalan (roadtax), anda akan diwajibkan untuk perbaharui insurans kenderaan. Ianya kena dibuat sekali. Cukai jalan iaitu roadtax memang tidak boleh di renew jika anda tidak membuat bayaran insurans kenderaan. Roadtax adalah lesen untuk benarkan kereta anda menggunakan jalan raya sebab itu namanya adalah cukai jalan. Kereta yang bergerak di atas jalan raya pula wajib kena ada insurans kenderaan untuk perlindungan kos kerosakkan akibat kemalangan jika berlaku accident. Jelas? Faham?
Pihak ejen insurans sudah jawab pertanyaaan saya. Adakah boleh untuk cancel insurans kereta konvensional dan tukar kepada takaful kereta? Jawapannya adalah tidak boleh jika sudah issue roadtax. Jika belum buat roadtax, maka boleh batalkan insurans yang tidak patuh syariah yang lama dan tukar kepada takaful. Jelas? Faham?
Sebenarnya tidak susah hendak beza antara insurans yang tidak patuh syariah dengan yang patuh syariah. Yang tidak patuh syariah namanya adalah Insurance dan yang patuh syariah namanya adalah Takaful. Harap anda jelas ya selepas ini.
Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda
- [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
- Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
- Plat No Kereta
- IC number
- Handphone number
- Geran kenderaan
- Remark : ETIQA Takaful kereta
Saya ada kerjasama dengan ejen insurans kereta. Anda boleh renew insurans dan juga roadtax dengan beliau. Kalau anda buat melalui saya, saya cuma sarankan anda ambil yang patuh syariah sahaja. Dan ketika artikel ini ditulis, ejen insurans saya mewakili “Etiqa” dan sudah tentu pilihan yang akan ditawarkan adalah Etiqa Takaful. Harap maklum ya.
Saya pernah ada pengalaman sendiri berjumpa dengan ejen insurans yang mahu perkenalkan pakej insurans beliau kepada saya. Saya dengar sahaja sampai habis. Kemudian saya tanya, adakah insurans beliau ada takaful? Jawab beliau adalah tiada. Saya cakap, saya hanya mahu takaful sahaja sebab patuh syariah. Beliau jawab, insurans konvensional dengan insurans takaful sama sahaja. Beliau adalah seorang melayu dan muslim. Saya tolak dengan baik dan kecewa dengan beliau. Maaf!!!.
Kesimpulan. Sila pilih takaful kereta untuk perlindungan insurans kenderaan yang halal patuh syariah. Anda boleh renew insurans dan juga roadtax secara online sahaja melalui saya untuk seluruh Malaysia tanpa masalah. Ke semua urusan melalui Whatsapp sahaja. Mudah, senang dan cepat. Kalau anda duduk jauh, nanti surat insurans dan pelekat roadtax akan dipos ke rumah anda. Berminat? Sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.