Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Tayar kereta Michelin Energy XM2

Penulisan ini bukanlah penulisan ilmiah. Jadi tidak akan ada fakta yang tepat berkenaan akan apa yang saya tuliskan. Perkongsian ini hanyalah dari pengalaman peribadi sendiri selaku pengguna tayar Michelin yang mahal dari spesifikasi “wet grip” iaitu dari jenis tayar yang sesuai dan mencengkam ketika hari hujan dalam keadaan jalan yang basah dan licin. Jadi adakah penggunaan tayar jenis ini sesuai untuk kegunaan dan penggunaan saya? Jom teruskan membaca. Saya pernah menggunakan Perodua Viva, Proton Saga dan kini menggunakan Proton Preve. Sepanjang menggunakan sebuah kereta, tayar yang saya guna adalah dari jenis tayar yang biasa dan murah sahaja. Dan ini adalah…

Read More
Beli kereta direct owner dari bukan warga tempatan iaitu non local bukan rakyat Malaysia

Sepanjang saya terlibat aktif dalam dunia “Beli Kereta Direct Owner” ini, belum pernah lagi saya terfikir akan ada orang yang mahu beli kereta terpakai dari pemilik yang bukan warga negara. Dengan kata lain, saya sendiri belum berpengalaman menguruskan warga asing untuk beli kereta di Malaysia. Jadi bila ada permintaan untuk mendapatkan bantuan uruskan submit loan kereta di bank untuk beli kereta terpakai dari pemilik warga asing, maka saya jadi blur tidak tahu macam mana hendak reply pertanyaan dari individu tersebut melalui Whatsapp. Ok macam ini ceritanya. Saya telah bekerjasama dengan kedai yang menjual kenderaan terpakai iaitu used car bagi menawarkan…

Read More
Website banding pinjaman kereta di Malaysia

Teringat saya ketika pertama kali baru belajar cara beli kereta baru. Ketika itu yang saya mahu beli adalah Perodua Viva. Sebuah kenderaan kompak yang kecil tetapi baru. Maklumlah bila baru pertama kali beli kereta, saya tidak tahu pun berapakah nilai atau kadar rate loan kereta yang dikatakan rendah atau murah. Pada ketika itu pihak bank menawarkan kadar interest rate sebanyak 3.9% setahun. Bila saya sembang bersama rakan sekerja, mereka terkejut kerana kadar 3.99% adalah dikira mahal atau tinggi. Betulkah? Entahlah, saya tidak pernah buat kira kira. Saya pun tidak tahu berapa kadar interest rate yang dianggap sebagai murah atau rendah.…

Read More
Beli kereta direct owner dari negeri lain

Salam kepada pembaca. YA!!! Anda boleh beli kereta secara direct owner melalui saya jika anda ingin mendapatkan bantuan untuk menguruskan proses apply dan submit loan kenderaan di bank. Jika anda beli kereta terpakai secara cash tunai, anda lakukan sahaja urusan tersebut sesama sendiri antara pemilik kereta (seller) dan juga anda sebagai pembeli (buyer) tanpa perlu gunakan orang tengah. Sejak saya ada menyediakan servis submit loan kereta di bank, ramai yang tanya bagaimana cara untuk beli kereta terpakai dari lain negeri? Ya ini yang berlaku. Ramai yang menganggap kita tidak boleh beli kereta terpakai dari negeri lain. Alasannya sebab jauh dan…

Read More
Dapatkan pinjaman kredit tunai segera dari Tambadana yang berlesen dari KPKT Malaysia

Di Malaysia, kita selalu sangat membaca berita dan kisah berkenaan para peminjam wang yang telah terjebak dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ahlong. Dan kemudian kerajaan memperkenalkan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dengan nama panggilan “Kredit Komuniti”. Dan salah satu syarikat yang menawarkan pinjaman tunai segera yang boleh dilakukan secara online adalah TAMBADANA. Nama yang sinonim dengan maksud “tambah dana”. Ianya adalah pinjaman dalam nilai skala micro. Berminat? Apa maksud pinjaman dalam skala micro? Micro bermaksud kecil. Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman cash tunai oleh Tambadana adalah dari RM500-RM10K sahaja. Dan mereka hanya benarkan jumlah pinjaman sehingga…

Read More
Jumlah pinjaman yang ditawarkan dan kadar interest yang dikenakan untuk pajak geran kenderaan

Salam kepada pembaca. Saya lihat sekarang sudah terlalu banyak iklan berkenaan “PAJAK GERAN KERETA” di media sosial. Jujur cakap, saya sendiri tidak faham pun apa yang ditawarkan. Selepas saya menghubungi salah satu pengiklan pajak kenderaan melalui Whatsapp, saya bertambah bingung dengan jawapan yang diberi. Saya perlu pajak geran kereta, saya dapat duit dan kereta boleh guna seperti biasa. Terus saya tanya lagi, macam mana saya boleh dapat duit? Sebab bisnes apa? Rupa rupanya, ianya adalah dari syarikat penyedia & pemberi pinjaman wang swasta. Ceritanya macam mana? Kalau anda ada sebuah kereta yang sudah habis bayar dan ada geran atas nama…

Read More
Kadar cas upah bagi rider runner untuk Misi Express

Saya adalah pengguna aplikasi Misi food delivery. Saya pernah beberapa kali membeli makanan secara online menggunakan app tersebut. Ianya juga membuka peluang kepada penghantar makanan untuk menambah pendapatan. Dan kini, MISI setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan servis perkhidmatan yang terbaru iaitu Misi Express. Ianya memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barangan. Jadi kalau anda suka kerja sebagai penghantar barang, sila sertai Misi Express sekarang. Ramai yang masih keliru antara kerja sebagai Misi Rider dan juga Misi Express. Tugasan Misi Rider adalah untuk menghantar pesanan makanan. Maknanya kalau anda beli makanan melalui aplikasi Misi, yang menghantar pesanan makanan anda disebut sebagai rider atau…

Read More
Jual kereta yang masih ada baki pinjaman loan dari Toyota Capital

Saya baru sahaja mendapat pertanyaan melalui Whatsapp dari seseorang yang mahu menjual kereta beliau. Beliau tidak ada pembeli (buyer) dan memang terdesak mahu jual kereta Toyota Rush milik beliau yang masih ada hutang baki pinjaman. Dan selepas bertanya, rupa rupanya loan pinjaman yang beliau dapatkan sebelum ini adalah dari loan Toyota Capital. Beliau meminta cadangan dari saya tentang apa yang beliau harus buat untuk berjaya jual kereta tersebut. Satu kisah yang saya rasa patut saya kongsikan dengan pembaca blog ini. Ceritanya begini, individu ini membeli sebuah kereta baru dari brand dan model Toyota Rush pada tahun 2019. Dan pada tahun…

Read More