Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Pandangan Hadapan Tepi Proton Persona Silver

Mungkin ada yang kurang tahu, sebenarnya proton persona adalah model untuk menggantikan proton wira. Dengan kata lain, proton wira bolehlah disebut sebagai variant proton persona generasi pertama. Dan kemudian proton Persona generasi kedua pula dilancarkan pada tahun 2007 yang diambil dari model Proton Gen2 yang dipanjangkan. Dan kemudian proton Persona baru yang ada sampai sekarang adalah dari generasi ke-3 dan ianya dilancarkan pada tahun 2016 yang diambil dari base proton Iriz yang dipanjangkan. Dengan kata lain, proton Persona yang baru sekarang sudah pun berumur hampir 8 tahun lamanya dipasaran. Oleh kerana proton persona dibina di atas platform Proton Iriz yang…

Read More
Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia

Kenapa ada orang sanggup beli perodua Axia baru? Kereta sudahlah kecil, mungkin kurang selesa bagi kebanyakkan orang lain. Kalau hendak kata murah, perodua Bezza lagi murah berbanding Axia baru. Serius ya. Ke mungkin ada di antara anda yang tidak tahu. Ini adalah fakta. Kalau tanya saya, salah satu faktor utama kenapa orang mahu beli perodua Axia adalah kerana mudah dibawa ke tempat kerja dan jimat minyak. Untuk pengetahuan anda, di dalam line-up barisan kereta keluaran perodua, Axia adalah kereta yang paling jimat minyak. Memang sesuailah untuk ulang alik ke tempat kerja. Saya adalah pengguna Proton Preve yang terbukti memang kuat…

Read More
Pandangan Hadapan Tepi Iriz Silver

Semua tahu, sejak dulu memang syarikat automotif pertama negara iaitu PROTON lah yang menduduki ranking jualan kenderaan penumpang NO 1 di Malaysia. Kemudian selepas terciptanya syarikat automotif negara yang kedua iaitu Perodua, maka jualan kereta Proton semakin lama semakin berkurangan kerana terpaksa berkongsi “kek ekonomi” dan hasilnya pengurusan pentadbiran Proton ketika itu membuat keputusan untuk memasuki bidang yang sama dengan Perodua. Maka terhasil dan terlahirlah Proton Iriz. Adakah berbaloi atau tidak untuk beli proton Iriz baru sekarang? Persoalan, kenapa syarikat Proton menghasilkan kereta Iriz untuk bersaing dengan Perodua? Anda kena faham ini terlebih dahulu. Perodua ketika itu berjaya membuat jualan…

Read More
Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah

Masa mula mula perodua Bezza dilancarkan saya memang kurang berkenan dengan reka bentuk design yang ditampilkan. Faktor utama adalah reka bentuk bonet bahagian belakang yang nampak seperti tonggek dan terjungkit. Rupanya ramai yang beranggapan seperti itu dan yang bagusnya pihak perodua membuat kemaskini pada rekaan bumper yang menyebabkan rekaan belakang nampak segar dan boleh diterima. Perodua terbaik. Perodua Bezza adalah sebuah kenderaan sedan di dalam segmen A. Umum mengetahui yang jualan kereta baru perodua adalah berada di dalam ranking NO 1 jumlah jualan kenderaan di Malaysia. Kenapa? Tidak lain tidak bukan kerana kualiti binaan dan teknologi yang ditawarkan. Dan kereta…

Read More
Pandangan Hadapan Proton S70 Biru

Anda berminat hendak beli kereta baru Proton? Sejak syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON bekerjasama dengan syarikat automotif dari China iaitu Geely, maka proton telah pun berjaya melancarkan siri variant model terbaru iaitu Proton X50, Proton X70, Proton X90 dan yang paling terbaru adalah Proton S70. Dan barisan model baru inilah yang menyebabkan proton mampu untuk bersaing dengan syarikat pengeluar kenderaan yang lain. Dan apa kelebihan proton X series dan S series ini? Model siri X adalah kereta dari segmen SUV dan model siri S adalah untuk segmen sedan. Dan alhamdulillah, series X dan S memang mendapat permintaan tinggi dari…

Read More
Pandangan Hadapan Tepi Toyota Vios Putih

Teringat saya kisah lebih dari 10 tahun lalu. Rakan saya menjadi antara orang pertama dan terawal di tempat kerja kami menggunakan kereta toyota Vios dari generasi pertama. Saya sendiri sempat naik dan bawa kereta tersebut. Perasaan saya? Teruja!!! Kenapa? Sebab perasaan ketika menekan pendikit minyak dan tiba tiba rasa enjin terus pickup dan mudah memotong. Rasa macam bawa kereta turbo pula. Kereta toyota Vios baru pula, jadi memang cantiklah. Lagi lagi kalau makeup dengan skirting memang jadi lagi wow. Waktu itu Vios adalah sebuah kereta sedan yang memang berjaya dijual dengan mudah. Kemudian generasi toyota Vios baru (2nd generation) tiba…

Read More
Kereta import terpakai recond Daihatsu Taft G Turbo

Saya pernah menulis dan berkongsikan tentang Cara Beli Kereta Recond Jepun sebelum ini di link ini. Perkongsian tersebut adalah perkongsian asas berkenaan dunia kereta terpakai berkualiti yang ianya diimport masuk ke dalam pasaran Malaysia dari luar negara iaitu dari negara UK dan juga Jepun. Dan pada artikel kali ini saya akan berkongsikan tentang bagaimana hendak mengetahui yang kereta recond yang anda beli itu benar benar berkualiti? Sebab banyak sahaja kes pembeli kereta import terpakai kecewa kerana keadaan kereta yang dibeli tidak seperti diiklankan. Secara asasnya begini. Kereta baru import yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia disebut sebagai Complete Build Unit…

Read More
Ke semua variant Proton X50 facelift dapat infotainment head unit (IHU) saiz 10.3 inch

Mungkin ramai yang tidak faham tentang kenapa syarikat pengeluar kereta melakukan “FACELIFT” pada model kereta mereka. Ada 2 sebab utama. Yang pertama adalah untuk meningkatkan jualan bagi kereta berkenaan setelah beberapa tahun dijual di pasaran dengan penampilan yang segar dan juga penawaran teknologi yang lebih terkini. Sebab yang kedua pula adalah untuk clear stok sebelum dilancarkan model kereta dari generasi yang terkini. Dan ini berlaku pada model kereta Proton X50 facelift untuk tahun 2024. Pertama sekali, projek Proton X50 facelift adalah dalam kategori “minor”. Dengan kata lain tidak ada perubahan yang besar. Kalau anda mahukan perubahan yang besar, maka anda…

Read More