Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Cara Bayar Tiket Parking Guna Mesin Autopay

    adminBy admin29/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Zaman sekarang semua benda kena bayar. Anda mahu ke pasaraya dan menghabiskan duit di sana. Sudah pasti pasaraya akan mendapat duit dari beli belah yang anda lakukan. Dan sudah pasti juga anda akan perlu dan mesti untuk parking kenderaan anda di pasaraya tersebut. Memang ada parking disediakan. Akan tetapi anda kena bayar! Anda kena ambil parking ticket dan bayar tiket parking menggunakan mesin autopay yang mereka sudah sediakan. Biasanya lagi lama anda parking kenderaan anda, lagi banyak wang yang anda perlu bayar.

    Sebenarnya kita hendak tentang benda ini pun tidak boleh. Ada kebaikkan juga. Zaman sekarang adalah zaman “sesak”. Orang sangat ramai. Kedai bisnes di sana sini. Parking kereta pun agak sempit. Kalau mana mana pasaraya tidak mengenakan apa apa cas lagi lagi percuma (free), saya pasti akan berlaku masalah lain iaitu ada orang yang parking kereta mereka sesuka hati dalam tempoh yang lama di kawasan parking pasaraya tersebut. Sedangkan lot petak parking tersebut adalah khas untuk pelanggan pasaraya tersebut. Betul? Jadi ada baiknya juga.

    Panduan dan rujukan tentang kaedah bayar tiket parking di mesin station autopay
    Panduan dan rujukan tentang kaedah bayar tiket parking di mesin station autopay

    Panduan Bayar Tiket Parking Di Mesin Autopay

    Cumanya saya secara peribadi suka kalau mana mana pasaraya mengenakan cas parking yang murah. Ada sesetengah pasaraya hanya kenakan cas parking sebanyak RM1 sahaja. Jadi kita boleh bershopping lama mana yang kita suka dan hanya perlu bayar tiket parking sebanyak RM1 sahaja. Memang berbaloi. Tetapi tidak banyak pasaraya yang mahu berbuat seperti ini. Kebanyakkan mengenakan cas mengikut jam. Sejam pertama RM2 misalnya. Dan 1 jam selepas itu RM1 setiap jam. Ini adalah contoh. Selagi boleh buat duit, mereka buat. Kita pengguna hanya ikut dan terima sahaja.

    Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu cara untuk bayar tiket parking di mana mana shopping mall. Ramai yang hanya ikut family dan kawan. Orang lain yang tolong bayarkan. Kalau sendiri yang pergi pasaraya, maka itulah kali pertama mereka akan belajar cara bagaimana hendak bayar tiket parking kereta mereka. Kepada anda yang baru pertama kali jangan risau. Saya akan kongsikan dengan anda akan caranya. Ianya sebenarnya tersangat mudah sebenarnya.

    Cara Menggunakan Mesin Autopay Untuk Bayar Parking

    • Sila masukkan tiket parking
    • Skrin akan memaparkan jumlah bayaran parking
    • Masukkan wang kertas/duit syiling mencukupi atau lebih
    • Tiket parking akan dikeluarkan semula selepas bayaran dibuat
    • Sila ambil tiket parking semula
    • Sila ambil wang baki jika ada (kalau anda bayar guna wang besar)

    Baru baru ini saya telah ke Penang Sentral. Dan saya perlu parking kereta saya di kawasan parking kenderaan bertingkat mereka. Memang kena ambil tiket parking ketika masuk ke sana. Dan ketika mahu balik, kena cari mesin autopay terdekat dan perlu membuat bayaran terlebih dahulu. Ini kerana anda perlu memasukkan tiket parking yang telah dibayar pada palang pintu laluan keluar masuk kawasan parking mereka untuk keluar dari sana. Kalau tidak bayar, memang palang tidak akan terbuka. Jelas?

    Di atas ini saya sudah kongsikan cara cara untuk bayar tiket parking guna mesin autopay (car autopay station) mereka. Kalau anda masih tidak faham, sila tonton video yang telah saya sediakan di atas ini. Anda jangan berasa pening dengan rekaan design mesin autopay yang anda jumpa di mana mana. Walaupun luaran nampak berbeza, sebenarnya kaedah pembayaran tiket parking menggunakan mesin automatik tersebut adalah hampir sama sahaja. Saya harap anda dapat ikutinya dengan mudah ya. Selamat mencuba.

    Cara Guna Mesin Autopay Guna Mesin Autopay Mesin Autopay Tiket Parking Mesin Autopay
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.