Dulu, saya pun tergiur dengan tawaran promosi harga murah. Bila ada orang jual murah, terus mahu sambar. Bila sudah semakin dewasa, pengalaman memang memberikan satu kelebihan. Sebab itulah orang kata, orang tua atau orang lama lebih banyak makan garam dari kita. Walaupun bukan semuanya betul, tetapi kebanyakkannya memang betul. Sama seperti cerita dan kisah jual beli kereta terpakai. Kalau lihat ada orang jual kereta dengan harga murah banyak dari orang lain, terus hendak cepat cepat grab dan beli. Betulkah kaedah ini?
Bak kata orang putih, “Too Good To Be True”. Iaitu benda yang nampak macam bagus belum tentu betul. Kita wajib kena ada sifat prasangka di dalam zaman moden ini. Ada seorang individu ini ingin beli kereta Peugeot 3008 keluaran tahun 2017. Kalau anda buat semakan di laman Mudah.my, rata rata harga jualan adalah dalam lingkungan RM55K. Tapi tiba tiba di laman website Carlist.my, ada orang mahu jual kereta ini dengan harga RM42800 sahaja. Kita berhak dan patut untuk berasa curiga. Ini penting bagi elak dari kena tipu. Tipu yang macam mana?
Cuba tanya diri anda sendiri. Kalau anda ada sebuah kereta Peugeot 3008 tahun 2017 dan harga pasaran adalah RM55K. Anda mahu jual dengan harga sama, atau lebih tinggi atau sedikit lebih rendah? Biasanya mana mana pemilik kereta pasti mahu jual setinggi yang boleh. Tapi tiba tiba ada orang yang mahu jual harga rendah dan murah. Kalau harga pasaran kereta terpakai untuk Peugeot 3008 adalah RM55K, adalah normal kalau ada orang jual lebih rendah dalam RM53K atau lagi rendah RM50K. Tetapi ada orang jual lebih rendah dan murah RM42800, dan ini adalah petanda “red flag”. Kena hati hati. Kenapa?
Takut kereta Peugeot 3008 ini adalah kereta yang pernah accident atau bekas kereta banjir. Sebab itulah dia jual murah. Saya beri cadangan kepada bakal pembeli kereta ini untuk buat semakan rekod kemalangan kenderaan melalui SCRUT. Dan alhamdulillah, beliau tahu akan SCRUT dan akan buat semakan di Scrut nanti apabila hendak beli kereta pada bulan December 2024 nanti. Terbaik. Ini menunjukkan beliau seorang yang cakna dengan isu isu semasa.
Saya tidak mengatakan yang penjual (seller) menipu dalam hal ini. Memang ada pemilik kereta yang mahu jual kereta mereka dengan harga murah. Cuma masalahnya anda memang tidak kenal dengan pemilik kenderaan tersebut. Dan dalam masa yang sama anda memang tidak tahu sejarah kereta berkenaan. Jadi untuk lebih kepastikan, maka kena buat semakan latar belakang dan kondisi keadaan kereta tersebut. Hanya selepas semakan dibuat, dan tidak ada apa apa yang meragukan, maka bolehlah anda beli kereta terpakai yang dijual murah berbanding harga pasaran dengan yakin. Tapi baguslah anda cari dan dapat kereta dengan harga murah berbanding anda mahu beli kereta mahal tetapi gaji kecil. Ini lagi parah.
SCRUT menyediakan servis perkhidmatan untuk semak rekod latar belakang kenderaan terpakai di Malaysia. Rekod yang dimaksudkan adalah rekod CLAIM INSURANS. Cermin pecah, owner pasti akan buat tuntutan insurans. Kereta kena masuk air akibat banjir, pasti akan claim insurans. Kereta kemalangan, pasti akan claim insurans untuk proses baiki. Pokok patah dan hempap kereta akibat hujan lebat, pemilik kereta pasti akan buat claim insurans. Dan rekod claim insurans inilah yang akan memaparkan sejarah kereta terpakai yang anda mahu beli ini.
Dengan kata lain, kalau anda ingin beli kenderaan terpakai, sila pastikan anda buat semakan sejarah claim insurans kereta berkenaan untuk ketahui apakah rekod kerosakkan yang pernah berlaku kepada kereta berkenaan. Kalau selepas semakan telah dibuat dan tiada apa apa maklumat, maka itu tandanya kereta tersebut tidak pernah di claim apa apa insurans atas kerosakkan yang berlaku jika ada. Bukan bermaksud tidak pernah rosak tetapi mungkin kerana pemilik asal tidak buat apa apa tuntutan insurans atau kerosakkan yang berlaku adalah minor dan boleh dibaiki sendiri dengan kos rendah. Jelas? Faham?
Panduan Kereta Terpakai
- [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
- Cara Beli Kereta Terpakai – panduan untuk beli kereta terpakai secara online
- Cara Beli Kereta Recond – panduan untuk beli kereta recond secara online
- Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Gambar di atas ini adalah contoh sebenar laporan tentang kereta terpakai yang dibeli melalui SCRUT. Memang detail. Anda boleh tahu tentang sejarah banjir, kecurian, total loss, cermin pecah, jarak mileage dan juga sejarah kemalangan jika ada. Hanya selepas anda berpuas hati dengan rekod claim insurans yang kereta terpakai pernah ada, barulah kita berasa lebih yakin yang kenderaan terpakai yang akan kita beli itu adalah dari kereta yang tidak pernah mengalami apa apa kerosakkan berat iaitu major. Jelas? Faham? Jom beli kereta terpakai yang murah tetapi dengan cara selamat dengan SCRUT. BYE!!!.