Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Nissan Almera Baru Secara Online
    Almera

    Beli Nissan Almera Baru Secara Online

    adminBy admin30/06/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Anda sedang mencari kereta baru Nissan? Dan anda mahukan sebuah seda? Jika ya, hanya ada 1 sahaja model sedan yang ditawarkan oleh syarikat automotif pengeluar kenderaan Nissan iaitu Nissan Almera. Dan saya salah seorang yang hampir hampir membeli Nissan Almera sebelum ini tetapi dari generasi lama lah iaitu dari generasi ke-3. Dan bila ada keluar model Nissan Almera baru, maka sejujurnya saya terus jatuh hati dengan design reka bentuk dan spesifikasi yang ditawarkan. Kenapa?

    Nissan Almera untuk pasaran Malaysia adalah dari generasi yang paling terkini iaitu Nissan Almera 4th generation. Masa kereta Almera masuk ke pasaran Malaysia, saya cuma terkejut dengan 1 benda sahaja iaitu spesifikasi enjin nya. Enjin 1.0L biasanya sangat identik dengan kereta kecil dan sub kompak macam Perodua Axia dan Bezza. Tiba tiba kereta Almera pun guna 1.0L enjin. Macam tidak percaya pula. Tapi sejak saya membina bloh website ini, saya sedar yang CC enjin kenderaan tidaklah begitu memainkan peranan besar. Yang penting berapa jumlah kuasa HP dan torque Nm. Maksudnya?

    Harga dan bayaran bulanan Nissan Almera baru
    Harga dan bayaran bulanan Nissan Almera baru

    Harga Nissan Almera Baru

    Begini, tidak kisahlah berapa saiz kapasiti enjin, yang akan menentukan samada enjin tersebut kuat dan menawarkan kuasa yang diperlukan adalah di sebabkan berapa jumlah output horsepower iaitu HP dan berapa jumlah torque iaitu Nm nya. Kalau kuasa yang ditawarkan oleh enjin dengan cc kecil adalah hampir menyamai dengan kereta sedan dengan 1.3L, maka ianya ok ok sahaja. Jom kita lihat dahulu spesifikasi kereta Nissan Almera yang baru di bawah ini.

    Pandangan Hadapan Nissan Almera Black Edition
    Pandangan Hadapan Nissan Almera Black Edition

    Spesfikasi Kereta Nissan Almera

    • 1.0 litre turbocharged inline-three petrol engine (99HP/152Nm)
    • Gearbox : X-Tronic CVT
    • Segmen : Sedan segmen-B
    • Jarak Roda : 2620mm
    • Panjang : 4495mm
    • Lebar : 1740mm
    • Tinggi : 1460mm
    • Luas Bonet : 482L
    • Airbag : 6 Beg Udara
    • Safety Features : AEB, VSC, ABS, EBD, BA, HSA,
    • Berat : 1180KG
    • Tangki Minyak : 41L

    Kuasa (HP) & Torque (Nm)

    • Nissan Almera – 99HP & 152Nm
    • Proton Persona – 108HP & 150Nm
    • Honda City – 116HP & 146Nm
    • Toyota Vios – 106HP & 138Nm
    Pandangan Stereng Dan Dashboard Nissan Almera
    Pandangan Stereng Dan Dashboard Nissan Almera
    Pandangan Seat Hadapan Nissan Almera
    Pandangan Seat Hadapan Nissan Almera
    Pandangan Seat Belakang Nissan Almera
    Pandangan Seat Belakang Nissan Almera

    Untuk pengetahuan anda, Nissan Almera adalah dalam segmen-B sedan. Proton Persona menggunakan enjin 1.6L. Dan Toyota Vios dan Honda City pula menggunakan enjin 1.5L. Nissan Almera pula cuma menggunakan enjin 1.0L. Tetapi kuasa enjin yang dihasilkan seperti HP dan torque Nm adalah hampir sama sahaja dengan kereta sedan segmen B yang lain. Dengan kata lain, kita tidak perlu bimbang pun akan masalah enjin dengan CC kecil. Sebab kebanyakkan pengeluar kereta sekarang menawarkan penggunaan kapasiti enjin yang lebih kecil tetapi disekalikan dengan pengguna “soft turbo” untuk meningkatkan kuasa enjin. Jelas? Faham?

    Kelebihan Nissan Almera baru? Bila kapasiti enjin kecil, maka anda boleh menjangkakan penggunaan minyak (fuel consumption) petrol yang baik. Dan ya, penggunaan minyak kereta Almera baru ini adalah dalam lingkungan 1L petrol boleh bergerak sejauh antara 17K- 25KM. Jimat? Memang jimat pun.

    Pandangan Tepi Nissan Almera
    Pandangan Tepi Nissan Almera
    Pandangan Tepi Belakang Nissan Almera
    Pandangan Tepi Belakang Nissan Almera
    Pandangan Hadapan Tepi Nissan Almera
    Pandangan Hadapan Tepi Nissan Almera
    Pandangan Belakang Kereta Nissan Almera
    Pandangan Belakang Kereta Nissan Almera

    Jom Submit Loan Untuk Kereta Nissan Secara Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Toyota , Mitsubishi, Honda, Proton dan juga Nissan!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Nissan ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Nissan secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Nissan Almera baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Nissan Almera Gambar Nissan Almera Harga Nissan Almera Kereta Nissan Almera New Nissan Almera Nissan Almera Nissan Almera Baru Spesifikasi Nissan Almera
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar hadapan kereta Nissan Kicks

    Beli Kereta Nissan Kicks Online Malaysia

    05/12/2024
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Nissan

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Nissan

    15/11/2024
    Laporan kemalangan kereta terpakai Nissan X-Trail oleh report SCRUT

    SCRUT : Beli Kereta Terpakai Nissan X-Trail

    25/09/2024
    Pandangan Tepi Hadapan Nissan Serena baru warna kelabu gray

    Beli Nissan Serena Baru Secara Online

    30/06/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.