Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Lekat Roadtax Dengan Betul Di Cermin Kereta
    Info

    Cara Lekat Roadtax Dengan Betul Di Cermin Kereta

    adminBy admin24/08/2024No Comments3 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Pernah tidak anda mengalami keadaan di mana anda berasa leceh untuk melekat sticker cukai jalan (roadtax) anda di cermin kenderaan seperti kereta anda. Kadang kadang ianya tidak sekata dan kadang kadang ianya melekat dengan tidak cantik. Dan yang lebih menyusahkan ketika anda mahu menanggalkan pelekat roadtax lama dan ianya tidak tertanggal dengan mudah. Malah telah meninggalkan kesan gam yang susah di buang dan menyebabkan cermin hadapan kereta anda kelihatan buruk. Mari saya kongsikan idea bagaimana cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal.

    Sticker pelekat cukai jalan iaitu sticker roadtax memang wajib anda tampal pada cermin hadapan kereta anda selepas anda memperbaharui cukai jalan kenderaan anda. Tujuan utama adalah untuk memudahkan kerja polis atau penguat kuasa jalan raya (JPJ) melihat status cukai jalan kereta anda. Jadi mereka akan tahu dengan mudah samada anda sudah membuat pembayaran roadtax atau belum. Hanya cukai jalan yang telah diperbaharui sahaja yang layak untuk kenderaan tersebut berada di atas jalan raya.

    Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul
    Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

    Cara Lekat Roadtax Cukai Jalan Tanpa Meninggalkan Kesan Gam

    Mari saya ceritakan pengalaman saya. Setiap tahun, setiap kali saya memperbaharui roadtax dan insurans kereta, saya akan menampal sticker roadtax terus pada cermin hadapan kereta. Tahun tahun sebelum ini cermin hadapan saya tidak di pasang dengan tinted. Dan pada tahun lepas saya telah memasang tinted. Oleh sebab itu, saya telah menampal sticker cukai jalan jpj pada lapisan tinted. Anda jelas ya? Dan apabila saya mahu menanggal sticker jpj tersebut, maka ada kesan gam yang tertinggal. Kalau anda tidak jelas, sila lihat gambar di atas.

    Cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal
    Cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal

    Oleh kerana saya telah berputus asa. Saya bawa sahaja kereta ke kedai servis kereta dan meminta mereka menolong saya. Dari maklum balas pekerja di sana, mereka boleh menghilangkan kesan gam tersebut, namun ianya sukar dilakukan kerana gam tersebut terlekat pada tinted. Kesan bekas gam tersebut boleh ditanggalkan dengan mudah jika ianya terlekat pada cermin. Tetapi ianya sukar dilakukan kerana bekas gam tersebut terlekat pada tinted cermin kereta yang mana boleh merosakkan tinted tersebut.

    Mahu tidak mahu, mereka mencadangkan saya untuk membuang tinted tersebut atau memakai tinted yang baharu. Kes berkenaan ini selesai kerana saya memilih untuk memasang tinted yang baharu. Dari pengalaman ringkas ini, pihak kedai repair kenderaan ini mencadangkan saya agar selepas ini gunakan “lapisan tinted” untuk menampal roadtax kereta pada cermin kereta. Bagaimana?

    Harga pelekat roadtax cukai jalan untuk kenderaan
    Harga pelekat roadtax cukai jalan untuk kenderaan

    Sticker Pelekat Roadtax JPJ Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli pelekat roadtaxPelekat Roadtax untuk kenderaan di sini

    Begini, kalau anda lekat terus sticker roadtax terus pada cermin, ianya akan meninggalkan kesan gam yang tidak elok ketika anda mahu menanggalkannya nanti selepas setahun. Apa yang perlu anda buat adalah, sila lekatkan sticker roadtax dengan 2 helaian tinted. Mudah cerita anda buatkan “laminated” seperti anda laminate sijil sijil sekolah anda dahulu tetapi laminated ini dengan 2 lapisan tinted. Dan selepas itu barulah lapisan tinted ini yang di dalamnya terdapat sticker cukai jalan roadtax ini tadi anda lekatkan pada cermin anda. Selepas setahun pun anda akan mudah cabut balik tanpa tinggalkan kesan gam. Jelas? Saya harap panduan dan rujukan cara lekat roadtax dapat anda ikutinya dengan mudah. Bye.

    Beli Pelekat Roadtax Cara Lekat Roadtax Cara Pasang Roadtax Cara Tampal Roadtax Harga Pelekat Roadtax Lekat Pelekat Roadtax Pasang Pelekat Roadtax Pelekat Roadtax Pelekat Roadtax Kenderaan Pelekat Roadtax Kereta Tampal Pelekat Roadtax
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.