Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Elak Beli Kereta Eksiden
    Info

    Cara Elak Beli Kereta Eksiden

    adminBy admin13/07/2024Updated:11/01/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya baru sahaja membaca keratan akhbar mengenai data kemalangan jalan raya yang sudah pasti melibatkan kenderaan yang bernama KERETA. Dari perkongsian data tersebut menunjukkan sebanyak hampir 600 ribu kemalangan telah direkodkan sepanjang tahun 2023. Sedikit atau banyak? Itu baru tentang kemalangan yang melibatkan kerosakan kenderaan. Bagaimana dengan yang melibatkan kematian? Dan bagaimana pula dengan keadaan kereta eksiden tersebut? Total loss? Boleh pakai lagi? Boleh baiki lagi? Atau boleh dijual semula? Macam mana hendak tahu?

    Kereta Proton Wira aeroback milik adik saya pernah accident. Dan ayah mengatakan yang kereta tersebut diklasifikasikan sebagai total loss. Dan adik terus scrap sahaja kereta tersebut dan selepas itu beli kereta Perodua Bezza yang baru. Masalahnya pihak bengkel kata, kereta Proton Wira tersebut masih boleh dibaiki dan digunakan. Boleh claim insurans dan adik kena “bayar sedikit” sebagai wang pemprosesan. Saya tidak pasti bagaimana ianya dilakukan dan saya tidak pasti cerita yang sebenar kerana saya tinggal di negeri yang lain dari adik dan ayah. Cuma saya dengar cakap cakap begitulah ceritanya. Habis sampai itu sahaja.

    Data kereta eksiden di Malaysia tahun 2023
    Data kereta eksiden di Malaysia tahun 2023 – image credit to https://paultan.org

    Jangan Beli Kereta Eksiden Total Loss

    Kembali kepada tajuk dan isu utama. Bagaimana dengan kereta yang bekas eksiden ini? Bukan semua kereta akan rosak teruk sampai diklasifikasikan sebagai total loss. Ada yang rosak sedikit sahaja. Ada yang kerosakkan hanya medium atau sederhana berat. Dan kereta ini setelah dibaiki pastilah akan dijual semula. Samada owner tidak lagi mahu kereta tersebut dan dijual kepada kedai used car. Atau kedai used car jual semula kepada anda dan mengatakan yang kereta tersebut bukan kereta eksiden atau kereta bekas kemalangan. Macam mana hendak tahu?

    Sebab itulah kalau anda ingin beli kereta terpakai, sila pastikan yang anda tahu akan sejarah kereta berkenaan. Kalau anda tanya kedai yang menjual kereta tersebut, mereka mestilah akan cakap yang kereta tersebut ok, tidak pernah accident, bukan kereta banjir dan macam macam lagi. Jadi macam mana hendak tahu yang kereta terpakai tersebut bukan kereta eksiden?

    Saya simple kan untuk anda lebih faham. Majoriti kereta yang mengalami kemalangan pasti akan membuat tuntutan claim insurans. Dan setiap tuntutan claim insurans akan dicatatkan sebab kenapa tuntutan insurans itu dibuat. Jadi sudah tentulah jika anda membuat semakan insurans terhadap kereta terpakai yang anda mahu beli itu, anda akan dapat melihat sejarah claim insurans dan anda akan tahu jenis kerosakkan yang berlaku dan apa part bahagian yang dibaiki. Jelas? Faham?

    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai
    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai

    Cara Elak Beli Kereta Bekas Eksiden

    • [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
    • Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
    • Cara Beli Kereta Carsome – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carsome
    • Cara Beli Kereta MyTukar – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carro

    Jadi macam mana hendak dapatkan maklumat claim insurans kereta terpakai yang anda berminat hendak beli? Sila dapatkan dokumen report berkenaan melalui link Scrut di atas ini ya. Anda boleh baca panduan cara guna scrut melalui link yang telah saya sertakan sekali ya.

    TETAPI bukanlah bermaksud yang kereta eksiden anda tidak boleh beli. Macam yang saya cakap di atas tadi, banyak sahaja kereta yang mengalami kemalangan dan kerosakkan yang berlaku adalah dari jenis minima dan boleh diterima. Contoh kereta kena langgar dari belakang. Remuk bumper kereta. Claim insurans untuk minta dibaiki bumper dan belakang kereta. Dan body chasis tidak berlaku kerosakkan apa apa. Jadi dalam kes ini sudah tentulah kereta tersebut boleh dipakai dan digunakan dengan selamat. Tiada masalah pun.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Yang kita bimbang, anda beli kereta yang pernah mengalami kemalangan teruk. Banyak repair sana sini. Pernah berlaku kerosakan akibat kemalangan berkali kali. Kereta bekas banjir. Atau kereta pernah ada sejarah total loss dan sebagainya. Dan kereta yang seperti ini sudah tentulah tidak selamat untuk anda beli dan guna. Takut nanti banyak kerosakkan berlaku dan banyak pula duit anda habis semata mata untuk baiki. Jelas? Faham?

    Kesimpulan. Selepas anda membuat semakan kereta terpakai melalui Scrut. Maka anda akan boleh membuat keputusan samada anda mahu teruskan pembelian atau berfikir 2-3 kali sebelum benar benar anda yakin mahu membeli kereta terpakai tersebut. Paling tidak anda tahulah kenapa anda patut atau tidak patut beli kereta berkenaan. Jelas? Faham?

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk faham akan kegunaan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scrut untuk anda yang bakal beli kereta terpakai di Malaysia ini. Sebagai pembeli dan pengguna kereta terpakai kita berhak mendapatkan sebuah kenderaan yang selamat dan berbaloi untuk digunakan dalam jangka panjang. Dengan Scrut, anda boleh elak dari membeli kereta eksiden yang total loss. Dan kalau anda hendak beli kereta baru, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!..

    Beli Kereta Eksiden Cara Check Kereta Eksiden Elak Beli Kereta Eksiden Jangan Beli Kereta Eksiden Kereta Eksiden
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.