Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Panduan Dan Tips Membeli Kereta Second Hand Terpakai
    Kereta Terpakai

    Panduan Dan Tips Membeli Kereta Second Hand Terpakai

    adminBy admin25/11/2024Updated:20/03/2025No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Salam kepada pembaca. Pertama sekali sebelum saya berkongsikan tips cara dan bagaimana untuk membeli kereta terpakai iaitu kereta second hand. Perlu saya ingatkan yang penulisan saya ini hanyalah perkongsian pendapat saya sahaja. Dan bukannya perkongsian ilmiah dari mana mana pakar. Harap anda maklum. Anda mahu beli kereta terpakai? Kenapa? Dan sebab apa? Tetapi anda bimbang jika kereta second hand yang anda beli itu mempunyai masalah dan tidak bagus? Saya akan kongsikan pandangan saya dalam hal ini.

    Sebelum saya bercerita lanjut, saya ingin beritahu yang saya sudah berpengalaman membeli 4 biji kereta iaitu sebuah Proton Saga Lama terpakai, Proton Saga BLM terpakai, Perodua Viva baru dan sebuah Proton Preve terpakai. Jadi saya ada pengalaman membeli kereta baru dan juga second hand terpakai. Apakah terdapat beza? Bagi saya perbezaan yang paling ketara adalah berkenaan perasaan duduk dalam kereta yang baru dan kereta yang lama. Itu adalah yang paling ketara. Tetapi itu bukan masalah besar.

    Cari Kereta Terpakai Murah Di Mudah.my
    Cari Kereta Terpakai Murah Di Mudah.my

    Apa Perlu Dilihat Ketika Membeli Kereta Second Hand Terpakai

    Sesetengah orang memilih membeli kereta terpakai kerana faktor harga. Mereka mempunyai bajet untuk mendapatkan bayaran bulanan yang rendah dan mahu buat pinjaman loan kereta untuk tempoh tertentu atau singkat. Maka sebagai contoh, anda hanya mahukan kereta di bawah RM25K sahaja. Jadi pilihan terbaik adalah mendapatkan kereta terpakai yang bagus dan tahan lama dan sparepart berharga murah dan mudah di dapati. Di bawah ini saya berikan beberapa panduan untuk membeli kereta terpakai.

    Tempat Cari Dan Beli Kereta Terpakai

    • [ Mudah.my ] – buat survey di mudah.my untuk dapatkan gambaran harga semasa kereta anda
    • [ BeliCarsome ] – servis beli kereta terus direct melalui staff di Carsome @ MyTukar (Carro). Cadangan saya, sila beli kereta terpakai berkualiti melalui Carsome. Anda boleh baca tentang apa itu Carsome di sini.

    Bayaran bulanan – Sebelum hendak beli kereta terpakai. Anda pasti sudah mempunyai target berapakah jumlah pinjaman yang anda mahukan. Adakah bayaran bulanan tersebut anda mampu dan setuju. Pastikan ianya berbaloi dan anda tidak tertekan untuk bayaran loan kereta anda

    Bukti contoh kira loan kereta yang betul dan tepat
    Bukti contoh kira loan kereta yang betul dan tepat

    Tempoh pinjaman loan – Kalau boleh, untuk kereta second hand ini anda buat tempoh pinjaman untuk tempoh paling pendek yang anda boleh dan mampu. Kereta sudah berumur. Anda mahu buat pinjaman tempoh lama, berapa pula umur kereta anda itu setelah anda selesai bayar kereta. Takut sudah rosak sebelum hutang habis bayar. Itu kita tidak mahu.

    Jimat minyak – Dalam hal berkaitan dengan penjimatan minyak, kereta kereta lama mungkin ada masalah. Tetapi kereta terpakai yang lebih terkini lebih baik penggunaan minyak kerana semakin terkini kereta memang dibuat lebih jimat minyak. Kalau anda memang sedang mencari kereta yang jimat minyak petrol, sila baca artikel senarai kereta jimat minyak di sini.

    Mileage rendah kereta Honda Civic Type R FK8
    Mileage rendah kereta Honda Civic Type R FK8

    Jarak perjalanan KM – Kalau boleh untuk kereta terpakai, anda dapatkan kereta yang sudah digunakan di atas jalan raya tidak melebihi 100KM perjalanan. Kereta yang kurang mileage menunjukkan kurang digunakan. Lagi rendah mileage lebih baik.

    Umur kereta – Yang ini berkaitan dengan loan pinjaman kenderaan anda. Berapakah umur kereta terpakai yang anda mahu beli itu dan berapa lama tempoh pinjaman yang ingin anda lakukan. Nasihat saya, sila pastikan setelah loan kereta anda habis, umur kereta masih tidak lebih dari 15 tahun.

    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty
    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty

    Warranty Kereta Terpakai – ramai tidak tahu bahawa kebanyakkan kenderaan terpakai yang dibeli memang tidak menawarkan apa apa jaminan kerosakkan. Nasihat saya, sila langgan warranty kereta terpakai dari pihak ketiga seperti EZcare Warranty. Anda boleh pilih samada mahu 1 tahun atau lebih. Ingat ya, kereta terpakai aka second hand kita tidak tahu akan kondisi keadaan enjin dan kotak gearbox kereta. Kalau rosak memang boleh berhabis duit. Lebih baik langgan warranty berbanding tiada.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Bukan Kereta Bekas Accident @ Banjir – akhir sekali sila pastikan kereta terpakai yang anda mahu beli adalah sebuah kenderaan yang bebas kemalangan dan bukan bekas kereta banjir. Macam mana hendak tahu? Jangan tanya kedai used car nanti dia cakap kereta semua ok dan tip top condition. Yang betul adalah sila dapatkan maklumat tentang kereta yang anda mahu beli melalui link Scrut di bawah ini.

    • [ Scrut ] – Semak status kondisi kereta terpakai secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta used car.

    Laporan Scrut ini kena beli dan bayar lah. Ianya adalah rekod claim insurans dari kenderaan terpakai jika ada. Jadi anda akan tahu apakah tuntutan claim yang dibuat dan apakah jenis kerosakkan yang berlaku. Adakah minor atau major. Dari data ini barulah anda buat keputusan adakah anda patut beli kereta tersebut atau tidak. Jelas? Faham? Harap maklum.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
    • [ Ebook Jaga Kereta ] – ini adalah panduan bagaimana untuk jaga kereta dan bagaimana hendak tahu tentang kereta apabila anda ke bengkel kereta supaya tidak kena tipu dengan pomen mekanik.

    Ada orang kata pakai kereta terpakai tidak bagus. Saya sendiri gunakan Proton Saga dan Proton Preve second hand. Dan umur kereta tersebut sudah lebih 10 tahun dan sehingga kini tiada masalah major yang berlaku. Jarak perjalanan juga sudah 140,000 KM. Rasanya tidak perlu kita skeptikal dengan sesebuah jenama. Selagi cara anda guna adalah baik dan jaga “servis” dengan mengikut jadual, semua kereta boleh tahan lama. Jika anda mahukan kereta terpakai anda tahan lama, sila dapatkan ebook dengan klik link di atas ini untuk mendapatkan tips dan panduan menjaga kereta dengan betul. Selamat membeli kereta.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025

    SCRUT : Beli Kereta Terpakai Honda Civic

    27/04/2025

    Beli Kereta Proton X50 Terpakai Di Carsome

    27/03/2025

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.