Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kenapa Beli Perodua Bezza Berbanding Proton Saga
    Bezza

    Kenapa Beli Perodua Bezza Berbanding Proton Saga

    adminBy admin13/11/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Makcik saya pernah bertanyakan kepada saya samada beliau patut beli Proton Saga baru atau kereta Perodua Bezza baru kepada saya. Saya kemudian membalas soalan tersebut dengan soalan balas yang lain iaitu apa tujuan beliau hendak beli kereta baru? Beliau cakap untuk tujuan ulang alik ke tempat dan urusan pekerjaan. Jika itu tujuannya, maka saya cadangkan kepada beliau untuk memilih Perodua Bezza berbanding kereta Proton Saga. Kenapa?

    Perodua Bezza dan Proton Saga adalah sebuah kenderaan sedan dalam segmen A. Maknanya sama kategori. Kedua dua kereta ini menawarkan enjin dalam sesaran 1.3CC. Bezza menawarkan kuasa output sebanyak 94HP | 121 Nm. Sedangkan Saga menawarkan kuasa output sebanyak 94HP | 120Nm. Ini menunjukkan dari segi kemampuan enjin adalah lebih kurang sama sahaja. Dengan kata lain, orang tidak akan pilih kereta Bezza atau kereta Saga kerana salah satunya menawarkan enjin yang lebih berkuasa. Tidak sama sekali. Cumanya teknologi enjin Bezza adalah moden terkini sedangkan teknologi Saga adalah dari jenis lama.

    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah

    4 Sebab Kenapa Beli Kereta Bezza Berbanding Saga

    Begini ceritanya, makcik saya seorang Cody iaitu Coway Lady yang mana tugasnya banyak diluar iaitu perlu ke sana ke mari ke rumah pelanggan Coway untuk urusan penukaran filter mesin air Coway. Dan sudah tentu beliau akan membawa banyak peralatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut. Bila anda gunakan kereta dan bergerak ke serata tempat, maka faktor penjimatan bahan bakar kenderaan iaitu “minyak petrol” adalah sangat penting di sini. Dan kenapa pilih Bezza? Sebab kereta Perodua Bezza adalah salah satu kereta jimat minyak. Ini boleh dicapai dengan teknologi enjin yang digunakan pada Bezza. Ini adalah faktor yang pertama.

    Faktor yang kedua pula adalah berkenaan “safety features” iaitu dalam soal keselamatan. Sebenarnya kedua dua kereta menawarkan fungsi keselamatan untuk penumpang yang baik. Cumanya Perodua Bezza mempunyai satu kelebihan yang tidak ada pada Proton Saga iaitu dengan penawaran ASA 2.0.  Nama lain bagi ASA ini adalah ADAS. Ianya adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu pemandu kereta dan meminimakan risiko berlakunya kemalangan. Kelalaian manusia dapat diminimakan dengan adanya teknologi ASA ini.

    Faktor yang ketiga adalah berkenaan ruang bonet iaitu boot space. Ruang bonet Perodua Bezza menawarkan ruang sebesar 508L sedangkan Proton Saga cuma sebesar 420L sahaja. Sebenarnya ruang boot space kereta Saga sudah cukup besar, cumanya kereta Bezza adalah lebih lagi besar. Ya ada orang beli kereta baru sebab hendak ruang boot space kereta yang besar sebab untuk tujuan letak banyak barang dan mudah balik kampung. Terpulang.

    Perbezaan harga kereta terpakai Bezza dan Saga untuk model tahun yang sama
    Perbezaan harga kereta terpakai Bezza dan Saga untuk model tahun yang sama

    Faktor keempat pula adalah berkenaan harga jualan balik iaitu resale value. Konsep bank di Malaysia adalah mudah. Mana mana kenderaan yang mendapat permintaan tinggi biasanya harga jualan balik lebih tinggi dari dari kenderaan yang kurang orang membeli. Ya, Perodua Bezza dijual lebih mahal berbanding Proton Saga dalam dunia kenderaan terpakai. Dengan kata lain, sebagai pemilik kereta Bezza anda boleh pastikan bahawa harga kereta Bezza tidak jatuh banyak berbanding kereta Saga. Ini fakta.

    Kelebihan Proton Saga terletak pada “handling” iaitu pemanduan ketika memegang stereng kereta. Dalam environment dunia automotif sekarang, kebanyakkan pembeli tidak begitu ambil tahu berkenaan handling dan sebagainya. Pembeli kereta cuma mahukan sebuah kenderaan yang jimat minyak, ada teknologi terkini dan harga jualan balik yang tinggi. Ketiga tiga faktor ini ada pada Perodua Bezza. Atas sebab itulah ianya berjaya dibuktikan jumlah jualan Bezza adalah NO 1 kereta paling laris di Malaysia berbanding Proton Saga cuma menduduki ranking ke 4.

    Perodua Bezza mencatatkan jualan kereta paling banyak terjual tahun 2024
    Perodua Bezza mencatatkan jualan kereta paling banyak terjual tahun 2024

    Saya ada seramai 4 orang adik beradik termasuk saya. 2 orang adik saya menggunakan kereta Perodua Bezza 1.0 dan seorang lagi menggunakan Perodua Bezza 1.3L. Maknanya, di dalam ahli keluarga saya ada 3 orang yang menggunakan Bezza. Sebab apa? Sebab mereka yakin dengan produk automotif keluaran Perodua.

    Jom Submit Loan Perodua Bezza Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PERODUA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan semakan kelayakan mendapatkan loan bank secara online. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. 

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Perodua Bezza baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Bezza ini atau model kereta selain Bezza juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive Perodua Bezza secara online melalui saya. Selamat membeli kereta Bezza baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Perodua Bezza Beli Perodua Bezza Bezza Gambar Perodua Bezza Harga Perodua Bezza Kereta Perodua Bezza New Perodua Bezza Perodua Bezza Perodua Bezza Baru Spesifikasi Perodua Bezza
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia

    Beli Kereta Baru Paling Murah Bayaran Bulanan

    24/03/2025
    Proton X50

    Ulasan Proton X50: Prestasi dan Keselamatan (Artikel AI)

    25/02/2025
    Gambar permandangan hadapan kereta Proton eMas7

    Beli Proton eMas 7 Baru Secara Online

    11/01/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.