Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Runner Puspakom & Runner Tukar Nama
    Perkhidmatan

    Runner Puspakom & Runner Tukar Nama

    adminBy admin30/04/2025No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bila saya buat blog tentang proses jual beli kenderaan seperti kereta. Rupanya ekosistem kereta adalah sangat besar. Ada orang mahu jual kereta. Ada orang mahu beli kereta. Ada orang cari servis submit loan bank. Ada orang mahu tahu tentang geran kenderaan. Ada orang mahu tukar nama pemilik. Ada orang mahu buat puspakom. Ada orang mahu servis runner dan bermacam macam lagi. Selagi adanya transaksi jual beli kereta, maka perkhidmatan runner untuk puspakom dan tukar nama akan terus ada permintaan tinggi. Kenapa?

    Sebab bukan semua orang tahu atau ada masa untuk menguruskan proses tersebut. Bila anda sebagai owner kereta yang mahu menjual kenderaan anda. Maka di sisi undang undang kereta yang mahu dijual itu wajib untuk buat pemeriksaan (inspection) oleh Puspakom. Kalau anda jenis malas atau tiada masa untuk hantar kereta untuk buat inspection di Puspakom, maka anda boleh upah orang lain untuk buat kerja booking tarikh, ambil kereta di rumah dan hantar kereta ke Puspakom. Orang yang buat kerja ini kita sebut sebagai runner Puspakom lah.

    Servis runner puspakom untuk hantar dan buat inspection kereta di Puspakom
    Servis runner puspakom untuk hantar dan buat inspection kereta di Puspakom

    Contact Number Runner Puspakom & Tukar Nama Kereta

    Boleh ke orang lain yang hantar kereta ke Puspakom? Jawapannya adalah ya boleh!!!. Puspakom tidak mewajibkan pemilik kereta (owner) untuk hantar sendiri kereta ke Puspakom. Sesiapa pun boleh asalkan tujuan asalnya adalah untuk kereta yang mahu dijual tersebut akan dapat sijil sebagai kenderaan yang selamat dipandu, layak untuk dijual dan digunakan di atas jalan raya. Hanya selepas lulus pemeriksaan puspakom, barulah boleh buat proses tukar hak milik atau tukar nama ke atas geran kenderaan anda.

    Proses untuk tukar hak milik pula perlu dilakukan di JPJ. Macam biasa, bukan semua orang tahu atau ada masa untuk bersusah payah untuk ke JPJ. Kalau anda jenis malas atau tiada masa untuk ke JPJ, maka anda boleh upah orang lain untuk buat kerja tukar nama geran kenderaan anda di JPJ. Orang yang buat kerja ini kita sebut sebagai runner tukar nama kereta lah.

    Servis runner tukar nama hak milik kenderan kereta
    Servis runner tukar nama hak milik kenderan kereta

    Boleh ke orang lain tolong buatkan proses tukar nama pemilik kereta untuk kita? Jawapannya adalah ya boleh!!!. Tetapi ada caralah. Ada pernah dengar MyEG? Ya anda boleh melakukan proses tukar hak milik melalui sistem MyEG. Runner tukar nama kereta akan datang ke lokasi rumah anda, mereka bawa laptop dan juga alat scan cap ibu jari thumbprint. Anda boleh melakukan proses pembatalan nama sebagai hak milik terus dari lokasi tempat anda sahaja. Runner yang datang kepada anda dan terus buat proses tukar nama on the spot. Mudah bukan?

    Harga Servis Puspakom & Tukar Nama

    • Harga Runner Puspakom : RM200-RM250 atau lebih bergantung kepada jenis kenderaan
    • Harga Runner Tukar Nama Kereta : RM300

    Jadi berapa harga servis puspakom dan tukar nama? Kedua dua ini adalah proses yang berbeza. Satu kerja pergi ke Puspakom. Dan satu lagi kena buat di JPJ. Dengan kata lain, caj harga servis yang ditawarkan adalah berbeza mengikut keperluan anda. Harap jelas ya.

    Booking Runner Puspakom Sekarang!!!

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama kenderaan anda.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Macam mana hendak contact dan hubungi kami untuk mendapatkan dan booking servis runner dari kami? Mudah sahaja. Sila klik link Whatsapp di atas ini. Nyatakan niat anda mahu guna dan dapatkan servis runner yang mana. Dan saya akan pass nombor telefon anda kepada runner untuk proses seterusnya. Tidak kisah anda berada di negeri mana, kami menawarkan servis runner puspakom dan runner tukar nama kereta untuk seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap maklum ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025
    Sangat mudah booking servis Lalamove on-demand melalui Easyparcel

    Cara Booking Penghantaran Segera On-Demand

    01/09/2025
    Runner puspakom datang ke rumah

    Servis Pemeriksaan Puspakom Di Rumah

    21/08/2025
    Kedai alat ganti kenderaan Bateriku

    Tukar Bateri Kereta Proton Preve Dengan Bateriku

    21/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.