Saya berpengalaman beli kereta Perodua Viva baru, kereta Proton Saga second hand dan juga Proton Preve terpakai. Dan hanya kereta Proton Preve sahaja saya pernah melalui dan berpengalaman bagaimana cara untuk submit loan kereta secara online. Dan rupa rupanya sejak pasca covid dan sampailah sekarang, proses untuk hantar dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pembiayaan kenderaan boleh dilakukan terus melalui Whatsapp sahaja. Malah jangan terkejut anda boleh beli kereta melalui online seluruh Malaysia tanpa masalah.
Rakan sekerja isteri saya bekerja di Penang. Tetapi beliau ambil kereta di Perlis. Ada pelanggan beli kereta di Kuala Lumpur tetapi minta kereta di hantar terus ke rumah di Johor. Ada pelanggan beli kereta di Melaka tetapi beliau sebenarnya di Selangor dan kena datang sendiri di showroom untuk ambil kereta walaupun jauh. Kenapa situasi seperti ini berlaku? Kerana sekarang sudah zaman internet. Boleh survey kereta secara online dan boleh beli kereta dari mana mana pusat jualan seluruh negeri di Malaysia. Lain orang lain kehendak.
Panduan Submit Loan/Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan Kereta Melalui Whatsapp
Back to the topic iaitu bagaimana cara untuk submit loan kereta online? Pertama sekali yang anda kena faham adalah, tidak kisahlah anda mahu beli kereta terpakai ker, kereta recond ker atau kereta baru, yang penting sekali mestilah permohonan mendapatkan pinjaman kereta dari pihak bank adalah lulus. Dan proses ini tidak memerlukan untuk anda datang ke pusat jualan showroom pun. Hanya serahkan dokumen yang diminta kepada pusat jualan kereta melalui Whatsapp dan merekalah yang akan submit request loan anda kepada pihak bank.
Cara Beli Kereta Secara Online
- Saya kongsikan gambar kereta yang anda mahukan
- Saya kongsikan senarai harga kereta termasuk bayaran bulanan
- Jika anda berminat, sila berikan dokumen yang saya perlukan untuk membuat permohonan loan kereta (submit loan) kepada pihak bank seperti;
- IC depan belakang
- Lesen memandu depan belakang
- Slip gaji bulan terbaru;
- 3 bulan jika anda pekerja kerajaan
- 6 bulan jika anda pekerja swasta
- Bank statement terbaru;
- 6 bulan jika anda pekerja swasta atau peniaga
- Daftar Niaga SSM jika anda bekerja sendiri
- Jika loan bank lulus, anda boleh ke showroom untuk melihat kereta dan test drive
- Jika tidak berpuas hati, anda boleh tolak offer loan bank tersebut tanpa masalah
- Jika berpuas hati, anda boleh terus sign loan bank tersebut on the spot
- Masa menunggu kereta bergantung kepada stok kereta di pusat jualan kereta tersebut atau giliran untuk menerima kereta di pusat showroom tersebut. Boleh bertanya kepada dealer untuk status semasa penghantaran kereta anda.
Di atas ini adalah panduan bagaimana untuk beli kereta secara online. Apa yang anda faham dari perkongsian di atas ini? Anda tidak perlu pergi ke pusat jualan kereta showroom pun untuk beli kereta. Yang paling penting sekarang adalah permohonan loan kereta anda mesti lulus dulu. Kalau lulus, maknanya anda memang boleh mendapatkan pinjaman pembiayaan kenderaan dari pihak bank dan anda memang layak dan boleh mendapatkan kereta yang anda mahukan.
Dengan kata lain, adalah digalakkan anda untuk submit loan kereta terlebih dahulu. Kalau permohonan anda gagal iaitu tidak lulus iaitu di reject, maka tidak perlu susah payah datang tengok kereta. Kalau loan kereta anda lulus iaitu berjaya, maka anda boleh lah datang ke kedai pusat jualan kereta untuk melihat kereta dan melakukan test drive kalau berminat. Malah anda boleh reject loan tersebut kalau anda tidak berminat untuk mendapatkan kereta tersebut tanpa masalah. Jelas? Faham?
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Artikel ini tidak membincangkan tentang syarat untuk lulus loan dengan mudah ya. Artikel ini lebih kepada panduan bagaimana untuk hantar dokumen dan semak kelayakkan kita samada boleh lulus dan boleh mendapatkan pinjaman loan kereta atau tidak dari pihak bank. Saya telah kongsikan dengan anda cara untuk submit loan kereta melalui Whatsapp kepada saya. Jika berminat, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Selamat membeli kereta idaman anda!!!. BYE!!!.